1. Strok menyebabkan otak sesak nafas
Semasa serangan strok, saluran darah di dalam otak tersumbat menyebabkan darah tidak sampai ke tisu otak. Darah yang berfungsi membawa oksigen gagal membekalkan makanan serta oksigen kepada otak sehingga ia mengalami ‘sesak nafas’.
Jika keadaan ini terus dibiarkan tanpa rawatan, sel-sel otak mungkin boleh mati. Apa yang lebih bahaya adalah bahawa sel-sel otak adalah berbeza daripada sel lain di dalam badan manusia. Ia tidak boleh berkembang dan hidup semula selepas mati. Sekali telah mati, selamanya tidak akan dapat diganti.
2. Diagnosis perlu dibuat seawal mungkin
Strok biasanya sudah boleh dikesan melalui simptom. Namun, diagnosis perlu disahkan melalui beberapa ujian termasuk ujian darah, pengimbas CT atau MRI.
Seperti yang disebutkan di atas, sel-sel otak yang mati tidak akan boleh diganti. Oleh itu, diagnosis awal adalah sangat penting dalam mengurangkan kecederaan dan bahagian yang terjejas.
3. Simptom bergantung kepada bahagian yang terjejas
Otak manusia mempunyai bahagian-bahagian berbeza yang menjalankan fungsi tertentu. Bahagian ini termasuk:
- Frontal – emosi dan pemikiran.
- Temporal – pendengaran.
- Occipital – penglihatan.
- Parietal – deria rasa dan kawalan pergerakan.
- Cerebellum – imbangan koordinasi.