Namun, semua remedi ini tidak boleh digunakan untuk merawat masalah yang lebih serius, contohnya angina atau sakit jantung.
Sebelum mengambil apa-apa makanan untuk merawat masalah sakit dada, jumpalah doktor terlebih dahulu untuk pemeriksaan lanjut.
Di bawah, kami senaraikan beberapa cara mengatasi sakit dada sebelah kiri yang anda boleh lakukan sendiri di rumah:
1. Makan kacang almond
Siapa sangka, pengambilan kacang almond sangat bermanfaat untuk merawat sakit dada, terutamanya yang berlaku disebabkan pedih ulu hati. Walau bagaimanapun, masih belum ada bukti saintifik yang menyokong kenyataan ini.
Namun, pengambilan kacang almond atau susu almond didapati boleh mengelakkan penyakit jantung.
Lemak yang terkandung dalam kacang almond ialah lemak tidak tepu yang sangat sihat untuk badan.
Malah, lemak jenis ini juga baik untuk jantung kerana ia dapat mengurangkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan tahap kolesterol baik dalam badan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen