Tidur yang cukup dan selesa amat penting bagi tumbesaran bayi dan kanak-kanak. Namun, cuaca panas dan udara yang tidak menentu sering membuatkan si kecil mudah berpeluh, gelisah atau sukar tidur lena. Di sinilah jenis aircond memainkan peranan penting untuk membantu mengekalkan kualiti udara yang sihat dan bersih untuk mereka bernafas.
Siapa sangka dengan memilih jenis aircond rumah yang sesuai dapat membangkitkan suasana yang lebih baik di dalam rumah lebih-lebih lagi buat kanak-kanak?
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Mengapa udara yang bersih dan sihat penting untuk kanak-kanak dan bayi?
Tahukah anda, pencemaran udara adalah ancaman utama kepada kesihatan dan perkembangan kanak-kanak? Lebih 90% kanak-kanak di bawah umur 15 tahun menghirup udara kotor yang menjejaskan perkembangan masa depan mereka 1.
Kanak-kanak adalah golongan yang sering terkesan akibat berhadapan dengan malapetaka dalam bencana yang berkaitan dengan iklim dan cuaca seperti banjir, kemarau, kebakaran hutan dan taufan 2.
Hal ini kerana, bahan toksik dalam udara, air, tanah boleh membahayakan otak kanak-kanak yang sedang membesar. Ini boleh membawa kepada masalah pembelajaran yang serius seperti kesukaran berfikir dan menyelesaikan masalah serta penurunan skor IQ 3.
Kanak-kanak, terutamanya di bawah umur lima tahun, lebih sensitif terhadap gelombang panas dan cuaca kering.
Pencemaran seperti ini boleh meningkatkan risiko masalah fizikal seperti kecacatan kelahiran. Kanser boleh berkembang apabila toksin merosakkan sel dan sistem badan yang sedang membesar. Bahan cemar alam sekitar juga boleh mencetuskan kadar asma yang lebih tinggi, gangguan sistem saraf, diabetes, obesiti dan masalah pembiakan 4.
Jadi, apa yang ibu bapa perlu buat untuk melindungi si manja?
Cara mewujudkan ruang selamat untuk anak tidur dan bermain
1. Tempat sentiasa bersih dan teratur

Antara perkara penting untuk mewujudkan ruang yang selamat dan bersih buat si manja ialah memastikan kebersihan mereka sentiasa terjaga pada setiap masa.
Habuk, bulu haiwan dan sisa debu halus boleh terkumpul di atas lantai, katil atau mainan tanpa disedari. Apabila anak bermain di lantai atau merangkak, mereka mudah terdedah dengan partikel halus ini 5.
Selain untuk nampak kemas, ia juga akan kurangkan risiko anak mengalami masalah alahan kulit dan pernafasan. Jadi, ibu bapa perlu rajin untuk bersihkan ruang ini dengan kerap ya 5 !
2. Pastikan pengudaraan bilik sentiasa segar
Tidak salah rasanya untuk parent melabur pada produk pembersih udara HEPA yang menghilangkan bau, virus, bahan pencemar dan bahan kimia 5.
Hal ini kerana, udara yang bersih dan segar memainkan peranan besar dalam memastikan bayi dan kanak-kanak mendapat tidur yang berkualiti. Ketika tidur, sistem imun dan paru-paru anak sedang berkembang. Jika udara dipenuhi debu atau bakteria, proses ini boleh terganggu 5.
Tidak lupa juga, pastikan anda membuka tingkap pada waktu pagi atau petang untuk pengudaraan yang baik.
Jika udara di dalam rumah dalam keadaan baik, barulah bayi anda bangun dengan ceria dan kurang mengalami masalah hidung tersumbat.
- Pilih bahan yang mesra dengan kulit kanak-kanak
Tahukah anda material kapas adalah kain yang paling biasa digunakan untuk cadar? Secara umumnya, kapas mempunyai kebolehnafasan yang sangat baik dan kebolehan menyerap kelembapan.
Selain itu, material kapas biasanya tahan lama, mudah digunakan dan banyak dipasaran 6.
Anda boleh gunakan cara ini pada barang-barangan anak anda seperti alas cadar, sarung bantal dan selimut.
4. Kebersihan barang permainan juga penting
Membasuh peralatan mainan anak juga penting sebab mainan inilah yang selalu digunakan dan kadang kala dihisap, digigit dan disentuh 5.
Selain itu, jika anda membela haiwan peliharaan, pastikan tubuh mereka kerap dimandikan. Lebih-lebih lagi jika anak anda mengalami alahan terhadap bulu haiwan 5.
Ibu bapa yang prihatin akan bertindak segera jika terdapat sebarang tindak balas negatif pada si comel mereka.
5. Biarkan cahaya masuk dalam rumah
Cahaya matahari bukan sahaja membantu membunuh bakteria, malah menjadikan ruang lebih hangat dan ceria. Pastikan bilik anak mendapat pencahayaan semula jadi setiap hari 5.
Selain memberi kesan positif kepada mood anak, cahaya matahari juga membantu mengawal tahap kelembapan dalam bilik menjadikannya kurang pertumbuhan kulat 5.
6. Teknologi sebagai pembantu di rumah

Dalam era moden ini, ibu bapa boleh menggunakan teknologi untuk membantu memastikan udara rumah kekal bersih. Contohnya, jenis aircond yang mempunyai teknologi Panasonic nanoe™ X bukan sekadar menyejukkan bilik, tetapi juga membantu menyahaktifkan bakteria, virus dan bahan pencemar di udara.
Jenis aircond rumah yang menggunakan teknologi sebegini amat berguna untuk rumah yang ada bayi dan kanak-kanak kecil kerana ia membantu mengekalkan kualiti udara sepanjang 24 jam sehari, tanpa perlu membuka tingkap terlalu kerap atau bimbang tentang habuk dari luar.
Apa jenis aircond yang sesuai untuk keluarga?
Berikut ialah panduan untuk mencari jenis aircond ideal untuk rumah anda 7.
-
Jenis aircond yang memperbaiki kualiti udara di rumah
Setelah seharian terdedah dengan udara yang kurang menyenangkan, sudah pasti anda menginginkan rumah dalam keadaan suasana yang tenang dan terhindar dari bahan udara tercemar.
Waktu inilah aircond Panasonic nanoe™ X menjalankan tugas untuk menghalang bawaan udara dan permukaan seperti bakteria, virus, kulat, debunga dan alergen lain ke dalam rumah.
-
Jenis aircond yang mampu menghapus bau hapak & lembab
Rumah anda berbau hapak? Mungkin ia datang dari pakaian, sofa dan permaidani anda.
Molekul nanoe™ X di dalam aircond menghasilkan partikel air mikroskopik dan mengandungi radikal hidroksil. Ia aktif menyingkirkan molekul penyebab bau yang melekat pada fabrik.
Jika tidak dibendung, inilah yang akan menyebabkan potensi alergen pada si comel!

-
Mengurangkan potensi alergen
Tahukah anda, jenis aircond rumah yang terbaik harus memiliki teknologi nanoe™ X yang boleh menghalang aktiviti bakteria & virus bawaan, kulat debunga dan alergen?
Bagaimana pula ia berfungsi? Apabila ion disebarkan secara aktif di udara, ia akan mencapai jauh ke dalam pakaian, sofa, permaidani dan menghalang sehingga 99% bakteria dan virus bawaan dan melekat di udara.
-
Jenis aircond yang mengurangkan bau busuk
Molekul nanoe™ x ini bergerak melalui udara untuk meneutralkan bahan tercemar dengan merampas atom hidrogennya, menghalang virus, bakteria, alergi dan bau. Dan ini akan menghasilkan molekul air yang tidak berbahaya.
Dengan itu, rumah dan bilik anak anda menjadi lebih bersih dan segar daripada bau yang kurang menyenangkan seperti bau peluh dan lembapan pada pakaian yang di sidai di rumah!
-
Sesuai untuk kegunaan harian
Teknologi penulenan Panasonic nanoe™X mendapat pengiktirafan industri program komuniti, Pilihan Sensitif daripada National Asthma Council Australia sebagai penyelesaian penulenan udara yang sesuai untuk mereka yang menghidap asma atau alahan.
Ciri penapis udara dapat membantu penghidap asma untuk berasa lebih selesa ketika di dalam rumah. Jenis aircond inilah yang menjadi pilihan utama pengguna!
Selain itu, nanoe™ X juga baik untuk kulit dan rambut anda. Di mana, ia tidak akan membuatkan kulit anak anda menjadi kering jika menggunakan aircond rumah, malah terhidrat seperti biasa!
Panasonic nanoe™ X, penghawa dingin yang rawat udara anda setiap hari
Di pasaran Malaysia telah muncul sebuah penghawa dingin yang menggunakan teknologi unggul iaitu teknologi nanoe™X di dalam produk mereka.
Panasonic nanoe™ X merupakan satu-satunya jenama aircond yang menggunakan teknologi nanoe(TM)X, menjadikannya sukar ditandingi oleh mana-mana jenama lain!
Ditambah lagi dengan fungsi ECO Mode dengan A.I. Control dan smart Wi-Fi, ia membolehkan anda mengawal suhu, mod dan masa operasi aircond secara terus daripada telefon pintar bila-bila masa dan di mana sahaja.
Ia memberi kemudahan maksimum, terutama bagi ibu bapa yang mahu memastikan bilik anak sentiasa selesa sebelum waktu tidur.
Tidak lengkap rasanya rumah anda tanpa Panasonic aircond nanoe™ X. Sebuah penghawa dingin yang direka untuk memenuhi kriteria yang diperlukan untuk seisi keluarga menjadikan ia pilihan utama untuk anda.
Suasana rumah pasti menjadi lebih baik dengan Panasonic aircond nanoe™ X, teman sejati anda!