Ramai wanita memilih bulu mata palsu sebagai pelengkap solekan untuk kelihatan lebih cantik dan menyerlah.
Ramai wanita memilih bulu mata palsu sebagai pelengkap solekan untuk kelihatan lebih cantik dan menyerlah.

Namun, penting untuk kita tahu bahawa pemakaian eyelash palsu mungkin membawa risiko kesihatan. Walaupun eyelash palsu itu sendiri tidak menyebabkan kanser, ada sesetengah gam yang digunakan mengandungi bahan kimia seperti formaldehid; bahan yang dikenali sebagai karsinogen (punca kanser).
Selain itu, gam yang digunakan juga boleh menyebabkan alahan dan kerengsaan kulit, terutamanya pada individu yang mempunyai kulit sensitif atau yang sedang menjalani rawatan kanser.
Jadi, sebelum kita memakai eyelash palsu, penting untuk kita fahami apa kandungannya, risikonya dan bagaimana Islam memandang isu ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mata, anda boleh dapatkannya di sini.
Ramai tidak sedar bahawa bulu mata palsu dibuat dari apa boleh memberi kesan kepada kesihatan mata.
Umumnya, eyelash palsu di pasaran diperbuat daripada beberapa jenis bahan seperti:
Selain material eyelash itu sendiri, gam pelekat yang digunakan biasanya mengandungi bahan kimia seperti formaldehid yang boleh menjadi punca kanser jika terdedah dalam jangka masa panjang atau jika digunakan secara berlebihan.
Pengguna perlu berhati-hati dan membaca label produk sebelum membeli.

Persoalan adakah memakai bulu mata palsu haram sering menjadi topik perbincangan dalam kalangan wanita Muslim.
Ulama berbeza pandangan berdasarkan jenis dan tujuan pemakaian.
Ringkasan pendapat:
Oleh itu, penting untuk wanita mendapatkan maklumat yang sahih dan bertanya kepada pihak berautoriti agama jika ragu-ragu.
Dalam konteks hukum bulu mata palsu menurut Islam, terdapat beberapa garis panduan umum yang perlu difahami:
Ringkasnya, pemakaian eyelash palsu dibenarkan dalam keadaan tertentu, dengan syarat ia tidak bertentangan dengan hukum syarak dan tidak memudaratkan kesihatan.
Walaupun kelihatan cantik di mata kasar, pemakaian eyelash palsu boleh mendatangkan beberapa risiko kesihatan seperti:
Pengguna disarankan memilih gam pelekat bebas formaldehid dan menjaga kebersihan semasa menggunakan eyelash palsu.

Walaupun bulu mata palsu menjadi pilihan popular dalam dunia kecantikan, pengguna perlu bijak menilai keselamatan dan kesesuaian produk.
Fahami material bulu mata palsu dibuat dari apa, ketahui hukum bulu mata palsu menurut Islam, dan pastikan bahan yang digunakan tidak memudaratkan kesihatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
How to Define Your Eyelashes. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/coping/physically/changes-appearance/skin-care-makeup/eyelashes. Diakses pada Julai 1, 2025.
Eyelash and Eyebrow Loss After Chemo. https://www.breastcancer.org/treatment-side-effects/hair-loss/eyebrows-eyelashes-chemo. Diakses pada Julai 1, 2025.
Are False Eyelashes Safe? https://www.jeffersonhealth.org/your-health/living-well/ask-an-ophthalmologist-are-false-eyelashes-safe. Diakses pada Julai 1, 2025.
Changes to your eyebrows and eyelashes during treatment. https://www.macmillan.org.uk/cancer-information-and-support/impacts-of-cancer/changes-to-your-appearance-and-body-image/changes-to-your-eyebrows-and-eyelashes-during-treatment. Diakses pada Julai 1, 2025.
Eyelashes. https://csn.cancer.org/discussion/168702/eyelashes. Diakses pada Julai 1, 2025.
Versi Terbaru
10/07/2025
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa