backup og meta

Influenza A Dan B Sejenis Flu? Ini Persamaan Dan Beza Kedua-duanya

Influenza A Dan B Sejenis Flu? Ini Persamaan Dan Beza Kedua-duanya

Pernah dengar mengenai penyakit influenza? Influenza atau sering disebut selesema adalah virus pernafasan yang mudah berjangkit. Dalam artikel ini, kami akan fokus pada dua jenis influenza utama yang menyerang manusia. Fahami jenis dan perbezaan simptom influenza A dan B sebelum merawatnya. 

Ayuh teruskan pembacaan anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Pernafasan, sila dapatkannya di sini.

Jenis virus selesema

Tahukah anda bahawa penyakit selesema ini sering melanda pada musim luruh dan sejuk. Biasanya influenza senang merebak melalui titisan pernafasan apabila seseorang yang selesema itu bersin atau batuk.

Sebenarnya, terdapat empat jenis virus influenza telah dikesan; A, B, C, dan D.

Namun, influenza A dan B adalah dua jenis influenza bermusim yang sering menyebabkan jangkitan wabak hampir setiap tahun.

Beza simptom influenza A vs B: Genetik

simptom influenza a
Gejala selesema teruk antara salah satu simptom Influenza.

Influenza A adalah virulent atau senang berjangkit dalam kalangan manusia dan burung.

Oleh sebab genetik virus ini berpotensi untuk berubah secara mendadak dalam masa yang singkat, wabak akan mudah merebak dalam kalangan komuniti. 

Sebaliknya, influenza B pula biasanya hanya berjangkit pada manusia.

Melihat kepada sub-jenis penyakit ini pula, influenza A boleh dibahagikan pada sub-jenis yang berbeza, berdasarkan kombinasi dua protein pada permukaan virus: hemagglutinin (H) dan neuraminidase (N).

Setakat ini, ahli-ahli sains menjumpai 18 subjenis H dan 11 subjenis N yang berbeza.

Sebagai contoh, subjenis influenza ini yang paling biasa berjangkit adalah H1N1 dan H3N2.

Pada tahun 2017, H3N2 merebak ke binatang, anjing di Florida.

Pada tahun 2015, strain yang sama ini juga menjangkiti anjing di Chicago.

Berbanding dengan influenza ini, kami tidak membahagikan influenza B pada subjenis.

Simptom influenza A vs B: Kelaziman

Dianggarkan jangkitan influenza A menyumbang pada 75 peratus daripada jumlah jangkitan influenza bermusim yang disahkan secara keseluruhan.

Sebaliknya jangkitan influenza B menyumbang baki 25 peratus.

simptom influenza a
Antara jenis-jenis influenza.

Walaupun kebanyakan jangkitan yang disahkan semasa musim selesema adalah simptom influenza A, namun jangkitan influenza B juga boleh meningkat pada musim yang sama dan boleh menyebabkan demam influenza A. 

Gunakan influenza test kit untuk mengesahkan jangkitan.

Kadar keberjangkitan simptom influenza A dan B

Kedua-dua influenza ini adalah sangat berjangkit.

Individu yang mendapat salah satu jenis masalah flu ini boleh menyebarkan virus kepada orang lain pada jarak enam kaki (1.83 meter) apabila mereka batuk atau bersin.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh dijangkiti jika menyentuh permukaan meja, pintu, telefon atau barang-barang yang tercemar dengan virus influenza a atau b, dan kemudiannya menyentuh hidung atau mulut anda.

Rawatan simptom influenza A dan simptom influenza B

Rawatan untuk jangkitan influenza adalah sama tanpa mengira jenis influenza.

Sayangnya, tidak ada rawatan berkesan untuk membunuh virus sepenuhnya.

Tujuan rawatan adalah untuk melegakan gejala sehingga imuniti tubuh menyah virus dalam badan.

Ubat antiviral boleh mengurangkan masa penyakit dan gejala anda. Preskripsi antiviral biasa termasuk:

  • Zanamivir (Relenza)
  • Oseltamivir (Tamiflu)
  • Peramivir (Rapivab)

Terdapat juga ubat antivirus baru yang dipanggil marboxil baloxavir (Xofluza). Ubat ini telah diluluskan oleh FDA pada akhir 2018.

Ubat zanamivir, oseltamivir, dan peramivir berfungsi untuk mengurangkan keupayaan virus untuk melepaskan dirinya daripada sel yang dijangkiti.

Ubat yang lebih baru, marboxil baloxavir berfungsi dengan mengurangkan keupayaan virus untuk bertumbuh.

Ubat-ubatan lain boleh dipertimbangkan untuk melegakan sesak hidung, demam, dan sakit.

Dapatkan lebih rehat, diet yang sihat, dan minum banyak air suam untuk bantu badan anda melawan virus.

Tahap keterukan virus influenza A dan B

simptom influenza a
Jangan berlengah dapatkan rawatan jika anda mengalami selesema hampir 2 minggu.

Jangkitan yang tidak rumit boleh menyebabkan gejala atau simptom influenza a mahupun simptom influenza b berlangsung sekitar satu minggu.

Sesetengah orang mungkin masih mengalami batuk atau berasa letih selepas dua minggu.

Ada juga yang mengalami demam influenza A.

Sesetengah sub-jenis influenza A boleh menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

Sebagai contoh, virus H3N2 telah dikaitkan dengan lebih banyak kemasukan ke hospital dan kematian pada kanak-kanak dan orang tua daripada kumpulan umur lain, menurut CDC.

Menurut kajian pada tahun 2015 pada orang dewasa dengan kedua-dua jenis influenza, virus ini mengakibatkan kadar penyakit dan kematian yang sama.

Di samping itu, dalam kajian Kanada yang memantau kanak-kanak berumur 16 tahun dan lebih muda, jangkitan influenza B dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi berbanding influenza A.

CDC menganggarkan bahawa pada setiap tahun, dari 2010 hingga 2018, jangkitan virus influenza A mahupun simptom influenza B, C atau D mengakibatkan antara 9.3 dan 49 juta penyakit, 140,000 hingga 960,000 kemasukan ke hospital, dan 12,000 hingga 79,000 kematian.

Kesimpulan

Terdapat beberapa jenis virus influenza: A, B, C, dan D. Jenis A dan B menyebabkan wabak bermusim penyakit pernafasan hampir setiap tahun.

Influenza A biasanya menyebabkan majoriti penyakit semasa musim selesema dan berpotensi membawa kepada pandemik kerana sifatnya yang dinamik, lebih cepat berubah bentuk secara genetik.

Vaksin tahunan juga boleh membantu anda mencegah daripada dijangkiti influenza.

Tip

Anda juga boleh menggunakan influenza test kit untuk pengesanan awal.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How Flu Spreads. https://www.cdc.gov/flu/about/disease/spread.htm. Accessed on November 29, 2021.

Nyirenda, M., Omori, R., Tessmer, H. L., Arimura, H., & Ito, K. (2016). Estimating the Lineage Dynamics of Human Influenza B Viruses. PloS one11(11), e0166107. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0166107. Accessed on November 29, 2021.

Influenza: How to prevent and treat a serious infection. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/influenza-how-to-prevent-and-treat-a-serious-infection. Accessed on November 29, 2021.

Influenza Virus (Flu). https://www.bcm.edu/departments/molecular-virology-and-microbiology/emerging-infections-and-biodefense/specific-agents/influenza-virus-flu. Accessed on November 29, 2021.

Influenza A. https://www.healthdirect.gov.au/influenza-a-flu. Accessed July 5, 2022.

Versi Terbaru

11/06/2024

Ditulis oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kerap Alami Selesema? Ini Perkara Yang Anda Mesti Tahu Mengenai Selesema

Benarkah Jika Kerap Mandi Malam Boleh Buat Paru-Paru Berair? Ini Jawapannya!


Ditulis oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Disemak pada 11/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan