Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Asma Masa Puasa, Guna Inhaler Batalkan Puasa Ke Tidak? - Ini Situasi Yang Anda Kena Maklum!
Ramai pesakit asma tertanya-tanya sama ada penggunaan inhaler batal puasa atau tidak, terutama ketika serangan asma berlaku secara tiba-tiba. Isu ini sering menimbulkan kekeliruan kerana inhaler melibatkan kemasukan ubat ke saluran pernafasan. Namun, hukum dan panduan perubatan memberikan penjelasan yang lebih jelas untuk membantu pesakit membuat keputusan yang selamat.
Untuk memahami situasi pesakit asma dengan lebih menyeluruh, mari kita lihat hukum penggunaan pelbagai rawatan asma sewaktu berpuasa serta panduan pernafasan yang selamat sepanjang Ramadan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klikdi sini.
Isu inhaler batal puasa sering menjadi persoalan utama bagi pesakit asma, terutama ketika Ramadan.
Menurut panduan rasmi Panduan Berpuasa bagi Pesakit terbitan JAKIM dan disahkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, penggunaan inhaler bagi serangan asma yang ringan dan tidak mencapai tahap darurat adalah membatalkan puasa.
Ini kerana wap atau semburan inhaler dianggap masuk ke dalam rongga badan.
Namun, menurut ulama mutakhir daripada mazhab Syafi‘i, jika serangan asma berlaku dalam keadaan darurat seperti serangan berat atau kronik, penggunaan inhaler tidak membatalkan puasa.
Dalam situasi ini, menjaga nyawa dan kestabilan pernafasan didahulukan daripada menahan puasa.
Sebagai langkah lebih berhati-hati, pesakit digalakkan membayar fidyah sekiranya penggunaan inhaler berlaku secara kerap pada siang Ramadan.
Adakah nebuliser membatalkan puasa?
Penggunaan nebuliser untuk membantu pernafasan.
Adakah nebuliser membatalkan puasa? Hukum menggunakan nebuliser ketika puasa juga berbeza mengikut keadaan pesakit.
Berdasarkan penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
Jika nebuliser digunakan dalam keadaan tidak darurat, contohnya rawatan rutin atau simptom ringan, maka penggunaan nebuliser membatalkan puasa. Pesakit wajib menggantikan puasa pada hari tersebut.
Jika nebuliser diperlukan dalam keadaan darurat, seperti serangan paru-paru kronik atau kesukaran bernafas yang serius, penggunaannya tidak membatalkan puasa.
Namun, sebagai langkah berhati-hati, pesakit disarankan membayar fidyah untuk hari-hari rawatan itu.
Adakah hidu minyak angin batal puasa seperti inhaler batal puasa?
Isu minyak angin sering menjadi persoalan kerana aromanya sangat kuat. Hakikatnya:
Menghidu minyak angin tidak membatalkan puasa kerana:
Wap minyak angin tidak dianggap sebagai benda yang masuk ke rongga perut
Ia dianggap seperti menghidu bau atau angin semata-mata
Tetapi jika struktur produk menyebabkan cecair memasuki rongga, ia boleh menimbulkan risiko terbatal puasa.
Secara umum, versi stick adalah selamat digunakan.
Tip menguruskan asma ketika berpuasa
Pesakit asma tetap boleh berpuasa dengan selamat jika mengikut panduan yang betul:
Tips sebelum sahur dan berbuka:
Ambil ubat kawalan (controller) seperti biasa pada waktu dibenarkan
Elakkan makanan yang mencetuskan serangan seperti makanan terlalu sejuk, pedas, atau berasap
Pastikan hidrasi mencukupi selepas berbuka dan sebelum sahur
Elakkan aktiviti yang terlalu berat semasa cuaca panas
Jika berlaku serangan asma:
Gunakan inhaler serta-merta walaupun sedang berpuasa
Jika masih sukar bernafas selepas 10-15 minit, pesakit boleh berbuka kerana keselamatan diri dan nyawa lebih utama
Terus dapatkan rawatan kecemasan jika serangan tidak reda
Antara tanda-tanda dehidrasi sewaktu bulan puasa.
Kesimpulan
Isu inhaler batal puasa atau tidak sepatutnya menjadi halangan untuk pesakit asma berpuasa dengan selamat. Ini kerana, keselamatan pesakit sentiasa menjadi keutamaan,
Jangan tahan serangan asma hanya kerana takut puasa terbatal.
Berbincanglah dengan doktor untuk menyusun pelan rawatan yang sesuai sepanjang Ramadan.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Irsyad Hukum Siri Ke-888: Hukum Penggunaan Inhaler Ketika Siang Ramadan. https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/6149-irsyad-hukum-siri-ke-887-hukum-penggunaan-inhaler-ketika-siang-ramadan. Diakses Disember 9, 2025.
Irsyad Hukum Edisi Khas Ramadan Siri Ke 280: Adakah Nebulizer Membatalkan Puasa?. https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-khas-ramadhan-cat/6191-irsyad-hukum-edisi-khas-ramadan-siri-ke-280-adakah-nebulizer-membatalkan-puasa. Diakses Disember 9, 2025.
Irsyad Fatwa Khas Ramadhan Siri Ke-180: Hukum Menggunakan Vicks Ketika Berpuasa. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-khas-ramadhan-cat/4793-hukum-menggunakan-vicks-ketika-berpuasa. Diakses Disember 9, 2025.
Fasting during Ramadan with a lung condition. https://www.asthmaandlung.org.uk/living-with/fasting. Diakses Disember 9, 2025.
How to manage asthma during Ramadan?. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31691934/. Diakses Disember 9, 2025.
Versi Terbaru
19/02/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim