Cara niat puasa adalah perkara pertama yang perlu diajarkan kepada anak apabila mereka mula belajar berpuasa.
- Oat
- Roti gandum
- Telur
- Susu
- Kurma
Cara niat puasa adalah perkara pertama yang perlu diajarkan kepada anak apabila mereka mula belajar berpuasa.

Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga satu latihan untuk membentuk disiplin, kesabaran dan keikhlasan dalam diri.
Namun, bagaimana cara terbaik untuk mengajar anak niat puasa Ramadhan supaya mereka lebih mudah memahami dan menikmati ibadah ini?
Teruskan membaca artikel ni untuk ketahuinya dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Setiap anak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza, tetapi secara umumnya, ibu bapa boleh mula memperkenalkan konsep puasa seawal anak-anak berusia 5 hingga 7 tahun.
Pada usia ini, anak-anak boleh diajar untuk berpuasa secara berperingkat seperti berpuasa separuh hari atau beberapa jam sahaja.
Apabila mereka semakin matang, sekitar usia 9 hingga 10 tahun, mereka boleh mula berpuasa penuh dengan bimbingan dan dorongan yang sesuai.
Paling penting, jangan memaksa anak dan pastikan mereka memahami cara niat puasa adalah asas utama sebelum memulakan ibadah ini.
Selain itu, mereka juga perlu diajarkan tentang niat puasa Ramadhan sebagai sebahagian daripada persediaan mereka.
Di bawah ini adalah beberapa tip mudah untuk membantu ibu bapa membimbing anak berpuasa dengan penuh kasih sayang.
Jangan paksa anak untuk berpuasa penuh sejak hari pertama. Sebaliknya, mulakan secara berperingkat mengikut kemampuan mereka.
Anda boleh mendidik mereka dengan cara:
Berikan ganjaran kecil seperti mainan, duit raya dan sebagainya sebagai motivasi untuk mereka meneruskan puasa lebih lama setiap hari.
Ini akan membantu mereka membiasakan diri tanpa rasa tertekan dan lebih memahami kepentingan untuk berpuasa.

Ibu bapa boleh menggunakan pelbagai kaedah kreatif untuk mengajar anak-anak tentang cara niat puasa.
Kanak-kanak lebih mudah mengingat sesuatu melalui cara yang menyeronokkan.
Beberapa cara yang boleh digunakan termasuk:
Jika anak memahami tujuan puasa dan cara niat puasa dengan betul, mereka akan lebih bersedia untuk melakukannya dengan hati yang ikhlas.
Selain itu, ajarkan mereka bahawa niat puasa esok hari adalah wajib dan perlu dilakukan setiap malam sebelum berpuasa keesokan harinya.
Kanak-kanak lebih teruja untuk berpuasa jika mereka turut serta dalam penyediaan makanan.
Ibu ayah boleh mencuba:
Ini bukan sahaja menjadikan puasa lebih menyeronokkan, tetapi juga membina kemahiran asas dalam pemakanan sihat.
Sahur adalah waktu penting untuk memastikan anak-anak mendapat tenaga yang mencukupi sepanjang mereka berpuasa.
Anak-anak mungkin sukar untuk bangun awal pagi, apatah lagi bersahur.
Jadi, anda boleh mencuba untuk melewatkan waktu sahur supaya anak juga tidak terlalu lama menahan lapar.
Elakkan makanan bergula tinggi dan makanan yang terlalu pedas yang boleh menyebabkan anak cepat letih.
Dengan memilih makanan yang sihat dan memberi tenaga tahan lama, anak-anak akan lebih bertenaga untuk menjalani ibadah puasa.

Anak-anak mudah terpengaruh dengan suasana di sekeliling mereka.
Oleh itu, pastikan persekitaran rumah sentiasa memberi sokongan dan motivasi kepada mereka:
Dengan cara ini, mereka akan lebih bersemangat untuk berpuasa dan merasai kegembiraan beribadah bersama keluarga.

Selain mengajar anak dengn niat puasa Ramadhan berpuasa, ajarkan anak untuk melakukan ibadah lain seperti:
Ini akan membantu mereka memahami bahawa Ramadan bukan sekadar tentang puasa, tetapi juga tentang cara untuk meningkatkan amalan kebaikan yang lain.
Mengajar anak berpuasa memerlukan kesabaran dan kreativiti. Jangan terlalu tegas atau memaksa mereka, sebaliknya jadikan pengalaman ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan.
Dengan pendekatan yang betul, anak-anak bukan sahaja belajar tentang cara niat puasa yang betul, tetapi juga membina nilai-nilai murni yang akan kekal dalam diri mereka sepanjang hayat.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Essential Nutritional Tips for Muslim Children During Ramadan. https://eachf.org/essential-nutritional-tips-for-muslim-children-during-ramadan-fasting/#:~:text=Suhoor%20should%20include%20complex%20carbohydrates,crashes%20later%20in%20the%20day. Diakses Februari 26, 2025.
Simplifying Suhoor Is as Easy as A, B, C…https://ifanca.org/resources/simplifying-suhoor-is-as-easy-as-a-b-c/. Diakses Februari 26, 2025.
7 Tips to Help Ease Your Child into Fasting During Ramadan. https://pennyappeal.org/news/help-your-child-fast-during-ramadan. Diakses Februari 26, 2025.
5 Ways to Involve Young Kids in Ramadan. https://teachmeislam.org/involve-young-kids-in-ramadan/. Diakses Februari 26, 2025.
Healthy Food For Ramadan Iftar And Suhoor. https://www.orphansinneed.org.uk/news/your-guide-to-a-healthy-iftaar-and-suhoor/. Diakses Februari 26, 2025.
Versi Terbaru
27/02/2025
Ditulis oleh Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor