backup og meta

Leher Berkedut & Menggeleber Akibat Usia? TENANG, Ada 3 Cara Untuk Mengurangkannya!

Leher Berkedut & Menggeleber Akibat Usia? TENANG, Ada 3 Cara Untuk Mengurangkannya!

Akibat peningkatan atau pertambahan usia, akan berlaku banyak perubahan pada kulit tubuh badan seorang manusia tidak kira lelaki atau perempuan. Antara perkara yang jelas akan berlaku adalah leher berkedut dan tidak lagi tegang seperti zaman muda. 

Sebagai contoh yang paling ketara, leher berkedut dan menggeleber mungkin akan muncul akibat daripada penuaan.

Namun tahukah anda bahawa terdapat beberapa cara untuk mengurangkan efek perubahan ini? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut! 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sihat Pada Usia Emas, sila dapatkannya di sini. 

Leher berkedut & menggeleber berlaku akibat usia?

Tiada siapa yang mahukan kulit yang berkedut dan menggeleber bukan? Ini terutamanya jika ia berlaku kepada leher!

Ini kerana leher adalah satu bahagian kulit yang sangat mudah dan senang untuk dilihat oleh individu lain.

Ada satu kondisi yang menyebabkan ia menjadi teruk dan buruk akibat kemerosotan kulit iaitu ‘turkey neck’.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu kondisi yang menyebabkan leher berkedut dan menggeleber akibat daripada otot pada leher mula lemah lantas menghilangkan keanjalan dan ketegangan kulit.

Disebabkan itu, keadaan ini dikenali sebagai ‘turkey neck’ atau ‘leher ayam belanda’ kerana ia memang akan menyebabkan leher anda kelihatan seperti haiwan tersebut.

leher berkedut

Tiada sebab lain, ia adalah salah satu daripada proses penuaan yang biasa dan akan dialami oleh setiap individu yang hidup di muka bumi ini.

Pun begitu, tahukah anda bahawa mungkin wujud beberapa cara untuk mengurangkan efek perubahan ini?

Apa cara kurangkan leher berkedut dan menggeleber?

Baik lelaki atau wanita, sudah pasti semua orang mahukan kulit yang sentiasa kekal halus dan mulus biarpun sudah lanjut usia.

Namun bukan itu yang akan terjadi kerana mahu atau tidak, usia kita semua pasti akan meningkat dan kualiti kulit akan menurun.

Jika tidak mahu orang lain tegur anda kelihatan tua akibat kulit yang tidak lagi menarik, mungkin boleh cuba beberapa kaedah berikut:

Penggunaan produk kosmetik kulit leher

Di pasaran, memang terdapat banyak krim, losyen, tonik dan berbagai-bagai lagi produk yang dikatakan boleh mencegah penuaan daripada berlaku dengan begitu cepat.

Ya, ia mungkin boleh membantu sekiranya produk-produk sebegini mengandungi bahan yang dinamakan sebagai N-acetyl glucosamine.

Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis bahan kimia asli glucosamine yang mampu memperbaiki ‘turkey neck’ ini dan disokong oleh kajian.

Ia berfungsi dengan melicinkan dan meregangkan kulit leher di samping mengurangkan efek ‘hyperpigmentation’.

Menurut kajian yang dijalankan terhadap 42 wanita yang menggunakan produk mengandungi N-acetyl glucosamine secara berterusan, dikatakan penggunaannya 2x sehari sudah mencukupi dan memadai!

Teknik urutan & senaman leher

leher berkedut

Selain itu, terdapat juga kaedah yang mungkin lebih mudah untuk dilakukan bagi mengurangkan efek perubahan ini iaitu melalui urutan dan senaman.

Ini bertujuan membina kembali otot pada leher di samping melancarkan perjalanan darah lantas menampilkan kulit leher yang lebih tegang dan regang.

Meskipun masih tiada kajian yang mengatakan teknik ini benar-benar berkesan, namun tidak salah untuk kalian mencuba kerana tidak ada kesan sampingan lain!

Berikut adalah cara yang boleh dipraktikkan untuk merawat leher berkedut dan menggeleber:

  1. Berbaring sambil kepala anda disandarkan pada kepala atau bucu katil.
  2. Angkat kepala anda setinggi mungkin dengan perlahan menggunakan otot leher.
  3. Ulang proses ini sebanyak 5 kali setiap hari.
  4. Berhenti lakukan teknik ini sekiranya leher anda mengalami kesakitan atau ketidakselesaan.

Prosedur pembedahan kulit leher

Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan hasil daripada kedua-dua kaedah mudah di atas tadi, kalian juga mungkin boleh melakukan prosedur pembedahan.

Prosedur ini sudah pasti berkesan dan cepat namun mahal bagi merawat masalah leher berkedut dan menggeleber akibat peningkatan usia.

Untuk pengetahuan anda, terdapat 5 prosedur yang kalian boleh pertimbangkan iaitu:

 #1. Suntikan botox (botulinum toxin)

Meskipun ia sebenarnya bukanlah satu prosedur pembedahan, namun ia masih perlu dijalankan bersama dengan doktor pakar.

Kebiasaannya, hasil suntikan ini akan bertahan selama 3 ke 4 bulan dan pengulangannya perlu dilakukan untuk kesan yang lebih baik.

leher berkedut

#2. Rawatan laser kulit leher

Agak sama seperti suntikan botox, rawatan laser juga bukanlah satu prosedur pembedahan namun ia perlu dilakukan bersama doktor pakar.

Untuk hasil yang lebih menarik dan berkesan, pengulangan rawatan dalam tempoh 4 ke 6 bulan masih perlu dilakukan oleh kalian.

#3. Pembedahan MST

Prosedur mengetatkan dan meregangkan kulit leher ini dilakukan dengan cara memasukkan sejenis wayar iaitu ‘barbed threads’ dan hanya akan meninggalkan parut yang kecil pada leher.

#4. Pembedahan Z-plasty

Prosedur yang juga dikenali sebagai anterior cervicoplasty ini dilakukan dengan cara membuang lebihan kulit leher berkedut dan menggeleber namun meninggalkan parut pada bahagian belakang leher.

#5. Hyo neck lift

Akhir sekali, ini adalah satu teknik pembedahan baharu yang boleh membantu mengetatkan dan melicinkan kulit leher namun masih memerlukan kajian lanjutan mengenainya.

Kesimpulannya, apa jua cara yang anda inginkan untuk mengelakkan masalah leher berkedut dan menggeleber, dapatkan dahulu konsultasi dengan doktor pakar.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Neck wrinkles. https://flo.health/menstrual-cycle/lifestyle/hygiene-and-beauty/neck-wrinkles. Accessed 5 September 2022.
  2. Treatment wrinkles. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/wrinkles/diagnosis-treatment/treatment/txc-20265780. Accessed 5 September 2022.
  3. Facial treatments neck wrinkles. https://www.efisioterapia.net/en/facial-treatments-neck-wrinkles-t-1038.html. Accessed 5 September 2022.
  4. 6 Tricks that will prevent your neck from giving out age. https://brightside.me/inspiration-tips-and-tricks/6-tricks-that-will-prevent-your-neck-from-giving-out-your-age-448760/Accessed 5 September 2022.
  5. Remove neck wrinkles. https://www.surgery.org/consumers/ask-a-surgeon/remove-neck-wrinkles. Accessed 5 September 2022.

Versi Terbaru

06/10/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

8 Tip Kurangkan Kedutan Di Wajah Agar Kelihatan 10 Tahun Lebih Muda & Berseri

Umur Muda Tapi Sudah Ada Kedutan Wajah Macam Orang Tua? Ini 5 Cara Anda Boleh Buat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan