backup og meta

Penyakit Alzheimer Dalam Kalangan Warga Tua, Sedikit Info Penting Anda Perlu Tahu!

Penyakit Alzheimer Dalam Kalangan Warga Tua, Sedikit Info Penting Anda Perlu Tahu!

Bahaya penyakit Alzheimer adalah kehilangan fungsi otak yang signifikan (ia juga dipanggil sebagai demensia).

Ia perlahan-lahan memusnahkan ingatan, kemahiran berfikir dan juga keupayaan untuk menjalankan tugasan yang mudah.

Ia beransur-ansur dari tahap ringan, ketika ia baru mula mempengaruhi fungsi seseorang, ke tahap yang parah, ketika seseorang perlu bergantung sepenuhnya pada orang lain untuk penjagaan asas.

Buat masa ini, penyakit ini masih tidak boleh disembuhkan.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini.

Apa punca penyakit ini?

Walaupun tiada punca penyakit ini yang diketahui, umur dianggap faktor risiko terbesar untuk penyakit ini.

Kebanyakan orang yang menghidap penyakit ini adalah berusia 65 tahun atau lebih tua, dan risiko meningkat dengan usia.

Orang yang berumur 85 tahun ke atas amat berisiko terhadap penyakit Alzheimer.

Sementara itu, orang muda dalam lingkungan usia 30-an, 40-an, dan 50-an mungkin mendapat penyakit Alzheimer tetapi kurang biasa.

Oleh itu, bahaya penyakit Alzheimer bukanlah sebahagian daripada penuaan biasa.

bahaya penyakit alzheimer

Bagaimana simptom penyakit ini?

Simptom yang paling biasa di awal kondisi ini adalah gangguan kemerosotan memori semasa.

Ini tidak sama dengan memori jangka pendek, yang merupakan keupayaan untuk mengingati sesuatu dengan cukup lama untuk menyimpannya bagi ingatan jangka panjang.

Sebaliknya, individu dengan Alzheimer biasanya tidak mempunyai masalah dengan ingatan jangka panjang.

Simptom awal penyakit ini mungkin termasuk:

  • Pelupa/kealpaan
  • Kehilangan tumpuan
  • Masalah bahasa
  • Kekeliruan tentang masa dan tempat
  • Gangguan penghakiman
  • Kehilangan wawasan
  • Koordinasi dan pergerakan terjejas
  • Perubahan mood dan tingkah laku
  • Apatti dan kemurungan

Rawatan penyakit Alzheimer

bahaya penyakit alzheimer

Tiada ubat untuk penyakit Alzheimer tetapi terdapat cara untuk merawatnya.

Terapi ubat bertujuan untuk melambatkan perkembangan penyakit dan merawat simptom yang dikaitkan dengan penyakit ini.

Faedah daripada ubat yang digunakan untuk merawat penyakit ini biasanya kecil.

Terdapat juga cara bebas-perubatan untuk merawat penyakit, seperti terapi muzik atau terapi memori.

Pesakit dan keluarganya perlu berbincang dengan doktor jika terapi ubat dapat membantu meningkatkan tingkah laku atau kebolehan berfungsi.

Mereka juga perlu membincangkan sama ada ubat-ubatan harus ditetapkan awal dalam perkembangan penyakit atau dilewatkan.

Ubat berikut biasanya ditetapkan untuk mencegah dan mengawal bahaya penyakit Alzheimer:

  • Donepezil (Aricept, generik)
  • Rivastigmine (Exelon, generik)
  • Galantamine (Razadyne, generik)
  • Memantine (Namenda)

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Alzheimer’s Disease, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9164-alzheimers-disease, Accessed Nov 5 2023.
  2. Alzheimer’s Disease, https://nihseniorhealth.gov/alzheimersdisease/whatisalzheimersdisease/01.html, Accessed Nov 5 2023.
  3. What is Alzheimer’s Disease?, https://www.alz.org/alzheimers-dementia/what-is-alzheimers, Accessed Nov 5 2023.
  4. Alzheimer’s Disease: Signs, Symptoms, and Causes, https://www.helpguide.org/articles/alzheimers-dementia-aging/alzheimers-disease.htm, Accessed Nov 5 2023.
  5. 5 Things You Should Know About Alzheimer’s Disease, https://www.valleyvna.org/informational-articles/alzheimers-dementia-care/5-things-you-should-know-about-alzheimers-disease/, Accessed Nov 5 2023.

 

Versi Terbaru

07/11/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Tip Memilih Rumah Jagaan Warga Emas Untuk Orang Tua Anda

Warga Emas Yang Suka Minum Kopi, Minuman Ini Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/11/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan