
Sama ada anda melancong atas urusan kerja atau makan angin, mengekalkan tabiat makan yang sihat adalah satu cabaran yang besar. Ikut garis panduan ini untuk membantu anda makan sihat semasa melancong.
Sediakan makanan ringan
Menurut Sian Porter, seorang jurucakap British Dietetic Association, anda perlu membawa bersama makanan ringan yang sihat untuk mengelakkan keinginan kepada makanan yang tidak sihat di jalanan. “Cuba ambil sayur-sayuran serta buah-buahan. Tahu apa yang anda boleh beli sebagai makanan ringan yang sihat di mana sahaja – dan apa yang anda boleh bawa di atas kapal terbang bersama anda,” kata Porter
Makanan yang sihat di dalam kapal terbang
Sama ada makanan di dalam kapal terbang adalah baik atau buruk, penting untuk anda mengekalkan jadual makan anda. Disebabkan tekanan dari perjalanan, anda mungkin hilang selera makan. Namun anda mungkin akan makan berlepas selepas tidak mendapatkan makanan dalam tempoh masa yang panjang. Juga, anda perlu kekal terhidrat. Minuman beralkohol adalah dibenarkan, tetapi dalam jumlah yang kecil kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.
Makan di luar? Sila berhati-hati!
Sila berhati-hati, jika berada di restoran. Anda biasanya memanjakan diri dengan makanan. Walau bagaimanapun, ia merupakan idea yang baik jika anda menempah satu hidangan dan sayur-sayuran tambahan atau salad hijau. Buah-buahan sudah cukup sebagai pencuci mulut anda. Selain itu, roti dan mentega harus dielakkan.
Porter menulis dalam artikel beliau bahawa pelancong boleh meminta pihak restoran. Anda boleh meminta sayur-sayuran berbanding kentang goreng, atau makanan yang dimasak mengikut cara yang anda suka.
Jangan tinggalkan sarapan
Seperti yang anda tahu, sarapan adalah hidangan yang paling penting dalam satu hari. Ia membantu meningkatkan sistem anda dan menyediakan anda dengan penuh tenaga untuk menjalani mesyuarat perniagaan atau aktiviti lain. Oleh itu anda tidak perlu melangkauinya, walaupun jam badan anda tidak stabil.
“Jauhkan diri dari bufet!” kata Porter. “Penting untuk mengambil protein dari sumber seperti telur dan cendawan. Cuba memasukkan beberapa buah-buahan dan cuba elakkan bijirin bergula. Apabila anda memilih roti bakar, pilih yang bergandum.”
Anda perlu memberi perhatian kepada protein kerana kekurangannya membuatkan anda merasa lapar. Sebab itulah mengapa anda memerlukan lebih banyak makanan ringan.
Kafein boleh membantu anda fokus, tetapi cuba untuk tidak bergantung kepadanya.
Mengikuti tabiat makan yang sihat semasa dalam perjalanan kerja bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi jika anda mengamalkannya setiap hari, pastinya tiada masalah bagi anda!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.