backup og meta

6 Jenis Makanan Yang Bagus Untuk Pesakit Tiroid, Produk Tenusu Wajib Ada!

6 Jenis Makanan Yang Bagus Untuk Pesakit Tiroid, Produk Tenusu Wajib Ada!

Kebanyakan orang mungkin tidak tahu atau kurang peduli dengan tahap kesihatan kelenjar tiroid melainkan kalau ia sudah timbul masalah. Jadi, kalian kena tahu contoh makanan untuk menyembuhkan tiroid lebih awal!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Kenapa ada tiroid?

Tiroid merupakan sejenis kelenjar yang terletak di hadapan leher dan terlindung di dalam kerongkong. Ia mempunyai bentuk seperti rama-rama dengan badan kecil dan kepak yang meliputi sisi kiri dan kanan tekak.

Menurut National Institutes of Health (NIH), kelenjar ini berfungsi menghasilkan dan merembeskan hormon tiroid ke seluruh tubuh badan bagi membantu mengawal sistem metabolisme agar ia bertindak lebih baik.

Apabila kelenjar ini gagal untuk menghasilkan atau merembeskan hormon tiroid pada paras yang optimum, ia petanda penyakit tiroid. Selepas diabetes, ia adalah masalah endokrin kedua paling bahaya di negara kita.

Untuk pengetahuan anda semua, terdapat beberapa jenis masalah lazim yang berkaitan kelenjar tiroid termasuk:

  1. Tiroiditis – Terjadi apabila kelenjar ini mula meradang, membengkak dan memicu rasa sakit.
  2. Hipertiroidisme – Berlaku akibat hormon tiroid terlalu sedikit serta beberapa faktor risiko lain.
  3. Hipotiroidisme – Berlaku angkara hormon tiroid terlalu banyak dan beberapa faktor risiko lain.
  4. Kanser tiroid – Berlaku gara-gara pertumbuhan sel-sel abnormal di dalam kelenjar ini.
makanan untuk menyembuhkan tiroid
Nutrien penting untuk pesakit tiroid.

Jika anda merupakan salah seorang pesakit kelenjar ini, justeru anda kena tahu makanan untuk menyembuhkan tiroid!

Makanan untuk menyembuhkan tiroid

Bayangkan jika anda ada masalah tiroiditis, sudah tentu anda akan mula amalkan petua kecutkan tiroid bukan? Ada beberapa jenis makanan yang mungkin boleh bantu kalian untuk menyelesaikan masalah itu.

Tidak perlu bimbang, berikut beberapa contoh jenis makanan untuk menyembuhkan tiroid yang kalian boleh cuba:

#1. Produk tenusu sebagai petua kecutkan tiroid

Pertama dan paling penting, anda mungkin memerlukan lebih iodin untuk kelenjar ini berfungsi lebih baik. Salah satu kaedah untuk mendapatkan lebih banyak iodin adalah dengan cara pengambilan produk tenusu.

Produk tenusu hasil haiwan seperti susu, yogurt, keju dan lain-lain memang sarat dengan iodin dan dipercayai mampu memenuhi sekitar 50% daripada keperluan tubuh badan sekali gus bagus untuk kesihatan tiroid.

#2. Telur haiwan sebagai makanan untuk pesakit hipertiroid

Kedua, telur ayam mampu memenuhi kira-kira 16% keperluan iodin serta 20% keperluan selenium harian individu.

Merupakan antara jenis superfood yang paling popular, kandungan iodin dan selenium tersebut lebih banyak terdapat dalam bahagian kuning telur. Jadi, anda sudah tentu perlu makan keseluruhan telur ayam.

makanan untuk menyembuhkan tiroid
Telur baik untuk pesakit tiroid.

#3. Daging haiwan

Ketiga, daging putih seperti ikan kaya dengan iodin dan daging merah seperti kambing dan lembu sarat dengan zink.

Selain iodin, zink juga adalah antara makanan untuk menyembuhkan tiroid kerana ia penting bagi proses penghasilan dan perembesan hormon ini. Namun, pengambilan yang agak berlebihan turut tidak bagus.

Petua kecutkan tiroid #4. Kekacang

Selenium juga merupakan salah satu daripada nutrisi yang penting untuk fungsi kelenjar ini. Menurut kajian terbitan Clinical Endocrinology pada tahun 2013, kacang Brazil adalah antara sumber selenium yang bagus.

Selain itu, ada beberapa lagi jenis kacang yang turut baik untuk tiroid termasuk:

Cuma, pastikan anda tidak ambil selenium lebih daripada 400 mg sehari.

#5. Makanan laut

Ramai orang mungkin sangka makanan laut termasuk di dalam senarai pantang larang makanan untuk pesakit tiroidsedangkan ia mungkin tergolong di dalam jenis makanan untuk menyembuhkan tiroid.

Selain tinggi iodin, makanan laut terutama jenis kerang-kerangan juga kaya dengan zink yang baik untuk tiroid!

makanan untuk menyembuhkan tiroid
Makanan laut juga baik untuk tiroid.

#6. Beberapa jenis buah & sayur sebagai petua kecutkan tiroid

Walaupun ia memang mustahak bagi menyeimbangkan diet harian anda, akan tetapi kalian yang mempunyai masalah tiroid mungkin akan lebih memerlukan buah dan sayur lebih-lebih lagi dari jenis berries serta cruciferous.

Alasannya, buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam keluarga di atas kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang mampu mencegah serta melawan masalah keradangan atau kebengkakan pada tiroid.

Mungkin ada beberapa lagi jenis makanan untuk menyembuhkan masalah tiroid sama ada tiroiditis, hipertiroidisme, hipotiroidisme, kanser dan lain-lain namun kemungkinan juga tidak semua makanan akan berkesan.

Rujuk doktor anda

Kalau anda ada sebarang persoalan tentang permasalahan ini, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar diet ya?

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Thyroid Disease, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8541-thyroid-disease, Accessed Mar 20 2023.
  2. Thyroid Issues? What You Should Know About Foods and Supplements to Avoid, https://health.clevelandclinic.org/thyroid-issues-what-you-need-to-know-about-diet-and-supplements/, Accessed Mar 20 2023.
  3. 5 Foods That Improve Thyroid Function, https://www.stlukeshealth.org/resources/5-foods-improve-thyroid-function, Accessed Mar 20 2023.
  4. Thyroid and diet factsheet, https://www.btf-thyroid.org/thyroid-and-diet-factsheet, Accessed Mar 20 2023.
  5. Myths About Diet and Your Thyroid, https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/nutrition/myths-about-diet-and-thyroid, Accessed Mar 20 2023.

Versi Terbaru

11/09/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Apa Jenis Diet Paling Sesuai Buat Pesakit Diabetes? (Klu: Diet Ini Sangat Popular)

Mahukan Otak Cerdas & Memori Kuat? Amalkan 5 Makanan Ini Untuk Kuatkan Minda!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan