backup og meta

Ibu Hidap Diabetes Semasa Hamil? Ini Senarai Makanan Boleh Diambil

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/01/2023

    Ibu Hidap Diabetes Semasa Hamil? Ini Senarai Makanan Boleh Diambil

    Doktor sahkan anda mengalami diabetes gestasi? Jangan susah hati, cuba amalkan makanan untuk kencing manis semasa mengandung ini, pasti dapat membantu ibu menguruskan keadaan kesihatan dengan lebih baik.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Cadangan makanan untuk kencing manis semasa mengandung

    Untuk mendapatkan diet seimbang setelah didiagnosis diabetes gestasi, anda perlu makan pelbagai jenis makanan sihat. Membaca label makanan boleh membantu anda membuat pilihan sihat ketika membeli barangan dapur.

    Secara umumnya, anda harus makan:

    • Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
    • Jumlah protein tanpa lemak dan lemak sihat yang sederhana
    • Jumlah bijirin penuh yang sederhana, seperti roti, bijirin, pasta dan nasi, serta sayur-sayuran berkanji, seperti jagung dan kacang pis
    • Kurangkan makanan yang mengandungi banyak gula, seperti minuman ringan, jus buah-buahan dan pastri

    Anda harus makan 3 hidangan bersaiz kecil hingga sederhana bersama 1 atau lebih snek ringan setiap hari.

    Jangan melangkau waktu makan dan snek. Pastikan jumlah dan jenis makanan – karbohidrat, lemak dan protein, hampir sama dari hari ke hari. Ini boleh membantu memastikan gula darah yang stabil.

    makanan untuk kencing manis semasa mengandung

    Karbohidrat, antara makanan untuk kencing manis semasa mengandung 

    Kurang daripada separuh kalori yang anda perlu ambil berasal daripada karbohidrat.

    Kebanyakan karbohidrat terdapat dalam makanan berkanji atau bergula, seperti roti, nasi, pasta, bijirin, kentang, kacang, jagung, buah, jus buah, susu, yogurt, biskut, gula-gula dan soda – dikenali sebagai karbohidrat ringkas.

    Sebaiknya, kurangkan pengambilan karbohidrat ringkas kerana ia boleh menyebabkan gula darah meningkat dengan mendadak.

    Karbohidrat tinggi serat dan bijirin adalah pilihan sihat, – dikenali sebagai karbohidrat kompleks. Sayuran adalah pilihan yang baik untuk kesihatan dan tahap gula darah anda. 

    Bijirin, kacang dan sayuran berkanji

    Makan 6 atau lebih hidangan sehari. Satu hidangan sama dengan:

    • 1 keping roti
    • 28 gram bijirin sedia untuk dimakan
    • ½ cawan (105 gram) nasi atau pasta yang dimasak
    • 1 English muffin

    Pilih makanan yang sarat dengan vitamin, mineral, serat dan karbohidrat yang sihat, seperti:

    • Roti dan kraker gandum penuh
    • Bijirin sarapan gandum penuh
    • Bijirin seperti barli atau oat
    • Kekacang 
    • Beras perang
    • Pasta gandum penuh
    • Sayuran berkanji seperti jagung dan kacang pis

    Baca juga:

    Pilihan sayuran dalam makanan untuk kencing manis semasa mengandung 

    Makan 3 hingga 5 hidangan sehari. Satu hidangan sama dengan:

    • 1 cawan (340 gram) sayuran berdaun hijau
    • 1 cawan (340 gram) sayur-sayuran berdaun mentah yang dicincang atau dimasak 
    • ¾ cawan (255 gram) jus sayuran
    • ½ cawan (170 gram) sayur-sayuran cincang – dimasak atau mentah

    Pilihan sayuran yang sihat termasuk:

    • Sayuran segar atau beku tanpa tambahan sos, lemak atau garam
    • Sayuran hijau gelap dan oren, seperti bayam, brokoli, salad romaine, lobak merah dan lada

    Buah-buahan 

    Makan 2 hingga 4 hidangan sehari. Satu hidangan sama dengan:

    • 1 buah bersaiz sederhana seperti pisang, epal atau oren
    • ½ cawan (170 gram) buah cincang, beku, masak atau dalam tin
    • ¾ cawan (180 mililiter) jus buah

    Pilihan buah-buahan yang sihat termasuk:

    • Buah-buahan keseluruhan berbanding jus. Ia mempunyai lebih banyak serat
    • Buah sitrus seperti oren, limau gedang dan tangerin
    • Jus buah-buahan tanpa gula tambahan
    • Buah-buahan dan jus segar – lebih berkhasiat berbanding pilihan sejuk beku atau tin

    makanan untuk kencing manis semasa mengandung

    Susu dan tenusu, perlu ada dalam makanan untuk kencing manis semasa mengandung

    Makan 4 hidangan produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak sehari. Satu hidangan sama dengan: 

    • 1 cawan (240 mililiter) susu atau yogurt
    • 42 gram keju asli
    • 56 gram keju yang diproses

    Pilihan tenusu yang sihat termasuk:

    • Susu atau yogurt rendah lemak atau tanpa lemak. Elakkan yogurt dengan gula tambahan atau pemanis tiruan
    • Produk tenusu adalah sumber protein, kalsium, dan fosforus yang hebat

    Protein (daging, ikan, kacang kering, telur dan kekacang)

    Makan 2 hingga 3 hidangan sehari. Satu hidangan sama dengan:

    • 55 hingga 84 gram daging, ayam atau ikan yang dimasak
    • ½ cawan (170 gram) kacang masak
    • 1 biji telur
    • 2 sudu besar (30 gram) mentega kacang

    Pilihan protein yang sihat termasuk:

    • Ikan dan ayam. Buangkan kulit dari ayam dan ayam belanda
    • Potongan daging tanpa lemak seperti daging lembu, daging babi
    • Potong semua lemak yang kelihatan daripada daging. Bakar, memanggang atau merebus dan bukannya menggoreng. Makanan daripada kumpulan ini adalah sumber vitamin B, protein, zat besi dan zink yang sangat baik

    Makanan untuk kencing manis semasa mengandung #Manisan 

    Gula-gula tinggi lemak dan gula, jadi hadkan kekerapan anda memakannya dan hanya ambil dalam saiz hidangan yang kecil.

    Malahan gula-gula yang dilabelkan tanpa gula juga bukan pilihan yang baik kerana ia mungkin tidak bebas kalori atau karbohidrat.

    makanan untuk kencing manis semasa mengandung

    Lemak 

    Secara umum, anda harus mengehadkan pengambilan makanan berlemak.

    Kurangkan pengambilan mentega, marjerin, sos salad, minyak masak dan pencuci mulut dan elakkan makanan berlemak tepu yang tinggi seperti burger.

    Jangan menyingkirkan lemak dan minyak daripada diet anda 100% kerana ia membekalkan tenaga untuk pertumbuhan dan penting untuk perkembangan otak bayi.

    Jadi, pilihlah minyak sihat seperti minyak zaitun, termasuklah kacang dan avokado.

    Perubahan gaya hidup lain

    Pastikan juga anda turut melakukan senaman dan sasarkan sekurang-kurangnya 30 minit waktu bersenam, 5 hari seminggu.

    Berundinglah dengan doktor untuk mengetahui jenis senaman ketika hamil yang sesuai untuk anda cuba.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan