backup og meta

Tak Boleh Campur Makanan Darat & Laut Dalam 1 Pinggan, Mengapa Agaknya?

Tak Boleh Campur Makanan Darat & Laut Dalam 1 Pinggan, Mengapa Agaknya?

Pernahkah anda dengar mengenai larangan mencampurkan makanan laut dan makanan darat? Pantang larang ini amat sinonim dalam kalangan mereka yang beragama Islam.

Nasihat yang sama selalu diulang-ulang lebih-lebih lagi pada waktu perayaan. Menurut mereka, makan ayam, ikan, daging atau telur dalam satu pinggan boleh mendatangkan mudarat.

Kalau hendak makan lauk ayam, lebih baik makan ayam sahaja tanpa mencampurkannya dengan daging lain.

Ramai antara kita yang mengamalkan amalan ini dalam kehidupan seharian untuk mengelakkan penyakit.

Walau bagaimanapun, benarkah terdapatnya bukti saintifik mengenai keburukan makan daging daripada laut bersama-sama daging daripada darat?

Jom ikuti kupasan kami di bawah.

Baca lebih lanjut tentang Pemakanan Sihat di sini.

Pendapat mufti mengenai larangan mencampur makanan laut dan darat

Ramai yang mengaitkan amalan ini dengan gaya pemakanan Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun, menurut Mufti Wilayah Persekutuan di dalam blog beliau, tidak ada halangan sedemikian tertulis dalam Al-Quran.

Namun, menurut beliau lagi, jika terbukti dari segi saintifik bahawa mencampurkan makanan tersebut boleh membawa mudarat, maka kita haruslah mengelakkannya untuk tujuan kesihatan.

Tambah lagi, amalan ini mungkin berakar umbi daripada amalan orang dulu-dulu yang jarang mencampur-adukkan makanan mereka.

Selalunya, mereka mempunyai bilangan lauk yang sedikit dan selesa makan cuma satu hidangan daging sahaja setiap hari.

Selain itu, dalam Islam, kita juga meraikan amalan yang menggalakkan semua orang untuk bersederhana dalam menjamu selera.

Pendek kata, tidak ada masalah jika anda ingin makan daging ayam, ikan dan lembu dalam satu pinggan asalkan makanan tersebut berasal daripada sumber yang halal.

Masa penghadaman yang berbeza, betul ke?

makan daging

Ada juga yang berpendapat daging daripada laut dan daripada darat mempunyai masa pencernaan yang berbeza-beza, sebab itulah ia tidak boleh dimakan sekali gus!

Sebenarnya, perkara ini adalah tidak benar sama sekali. Tidak kiralah makanan apa pun yang dimakan, tempoh pencernaannya tetap sama.

Selepas makan, makanan memerlukan masa selama 6 hingga 8 jam untuk melepasi bahagian perut dan juga usus kecil.

Kemudiannya, makanan akan masuk ke dalam usus besar untuk pencernaan yang lebih lanjut.

Makanan yang anda makan mungkin memerlukan lebih kurang 36 jam untuk dicerna sebelum ia melepasi kesemua bahagian usus.

Semua proses ini, daripada masa makanan tersebut masuk melalui mulut hinggalah ia keluar daripada badan sebagai tinja mungkin makan masa selama 5 hari, bergantung kepada individu.

Tidak ada sebab mengapa makanan mempunyai masa pencernaan yang berbeza. Oleh sebab itu, jangan mudah percaya kata orang ya!

Jadi, makan daging bagus atau tidak?

makanan laut

Ramai orang yang menyangka makan banyak daging merupakan sesuatu yang tidak baik untuk kesihatan.

Memang benar, sebenarnya makan daging merah amat berkait rapat dengan kanser, terutamanya kanser kolon.

Ada beberapa kajian yang mendapati pengambilan daging merah yang tinggi setiap hari dapat meningkatkan risiko kanser termasuklah kanser prostat, buah pinggang dan payudara.

Namun, kebanyakan kajian mendapati hanya daging merah sahaja yang mempunyai kaitan dengan kanser. Daging putih seperti daging ayam dan daging ikan masih boleh dimakan seperti biasa.

Oleh sebab itu, ada orang yang terus menjauhi daging merah, lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai ahli keluarga yang mempunyai kanser kolon.

Disebabkan perkara di atas, makanan yang mencetuskan banyak kontroversi ini membuatkan ramai orang jadi pening dan tidak dapat membuat keputusan dengan betul.

Sebenarnya, boleh ke tidak makan daging?

Yang sebetulnya, daging merupakan sumber protein dan mineral yang amat baik untuk anda.

Namun, jika anda seorang penggemar daging, anda perlu hadkan jumlah pengambilan kepada sekitar 70 gram sahaja dalam masa sehari.

Daging seperti daging ayam, kambing dan lembu semuanya kaya dengan protein. Tetapi, bukan daging sahaja yang boleh menjadi sumber protein dalam makanan harian.

Ada sesetengah individu yang memilih untuk tidak mengambil daging sebagai sebahagian daripada diet mereka setiap hari.

Walau bagaimanapun, mereka yang memilih untuk tidak makan daging masih boleh memenuhi keperluan nutrien badan dengan mengambil makanan lain seperti kekacang atau tofu.

Tip untuk mereka yang suka makan daging

Jika anda suka makan daging, ada beberapa tip yang berguna bagi memastikan ia kekal baik untuk kesihatan anda:

  1. Tidak ada masalah jika anda makan daging. Tapi pastikan anda tahu pilih bahagian atau jenis daging yang sihat.
  2. Anda boleh mengagak satu bahagian daging dengan membandingkannya dengan sekotak kad ataupun sebesar tapak tangan anda.
  3. Sebelum makan, pastikan anda buang bahagian berlemak sebanyak mungkin. Jika anda buat sup, buang lebihan lemak selepas masak.
  4. Gunakan cara memasak yang lebih sihat untuk masak daging seperti bakar, panggang atau rebus.
  5. Kurangkan makan daging merah yang diproses seperti sosej, hot dog, daging burger dan sebagainya.
  6. Amalkan makan ikan dan makanan laut seperti udang, ketam dan juga lobster. Bukan sahaja rendah lemak, malah ia juga alternatif yang lebih sihat berbanding daging.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. American Heart Association. 2017. Meat, Poultry, and Fish: Picking Healthy Proteins. March 26. Accessed November 18, 2020. https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/eat-smart/nutrition-basics/meat-poultry-and-fish-picking-healthy-proteins.
  2. Cancer Research UK. 2020. Does eating processed and red meat cause cancer? October 23. Accessed November 18, 2020. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/causes-of-cancer/diet-and-cancer/does-eating-processed-and-red-meat-cause-cancer.
  3. Mayo Clinic. 2019. How long does it take to digest food? December 31. Accessed November 18, 2020. https://www.mayoclinic.org/digestive-system/expert-answers/faq-20058340.
  4. NHS. 2018. Meat in your diet. May 24. Accessed November 18, 2020. https://www.nhs.uk/live-well/eat-well/meat-nutrition/.
  5. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 2018. IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-247: CAMPUR MAKANAN LAUT DAN DARAT. February 6. Accessed November 18, 2020. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/2287-irsyad-al-hadith-siri-ke-247-campur-makanan-laut-dan-darat.

Versi Terbaru

05/04/2021

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Risau Tak Cukup Zat Kalau Jadi Pengamal Vegetarian? Ini Cara Nak Pastikan Nutrisi Anda Mencukupi

Selain Jaga Pemakanan, 10 Cara Ini Berkesan Turunkan Bacaan Gula Darah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/04/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan