Selain Tongkat Ali, resepi madu dan bawang putih untuk lelaki juga dipercayai adalah antara makanan yang bagus buat Kaum Adam kerana ia banyak manfaat pada kesihatan.
Sudah tentu juga khasiat bawang putih tunggal campur madu kelulut bukan hanya terhad pada aspek seksual lelaki sahaja kerana ia turut membawa pelbagai lagi keistimewaan yang lain.
Persoalannya, apa manfaat daripada 2 jenis makanan ini; madu dan bawang putih untuk lelaki? Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda juga boleh klik di sini.
Anda biasa dengan madu dan bawang putih untuk lelaki?
Penulis yakin bahawa semua orang mesti sudah biasa dengan cara makan madu dan bawang putih meskipun kalian agak jarang ke dapur kerana ia sering sahaja digunakan dalam masakan.
Sebagai contoh mudah, madu itu biasa digunakan sebagai pemanis minuman bagi menggantikan gula dan susu atau turut disapukan di atas makanan seperti roti dan biskut.
Manakala bawang putih pula adalah sangat popular di dalam pelbagai masakan masyarakat kita seperti sup untuk mewujudkan rasa serta aroma yang begitu menyelerakan.
Ini manfaat madu dan bawang putih untuk lelaki!
Bagi orang lelaki, anda mungkin tidak akan fikir banyak kali lagi sebelum ambil madu atau bawang putih selepas ini kerana ia ada banyak manfaat-manfaat yang tersembunyi!
Untuk pengetahuan anda semua, berikut ini adalah manfaat kesihatan madu dan bawang putih untuk lelaki:
#1. Cara buat bawang putih rendam madu boleh meningkatkan kemampuan seksual
Menurut kepercayaan orang lama, madu itu sangat bagus untuk diambil oleh pasangan suami isteri yang baru berkahwin terutamanya sebelum mereka pergi berbulan madu.
Ini kerana madu itu adalah sangat kaya dengan sumber pelbagai jenis nutrisi yang amat penting di dalam proses penghasilan dan perembesan hormon testosteron orang lelaki.
Hipotesisnya: semakin tinggi hormon testosteron, semakin tinggi libido lelaki. Kesannya, maka anda mungkin mampu jadi lebih hebat beraksi bersama pasangan di ranjang.
#2. Meningkatkan kebolehan atletik
Bagi orang lelaki yang gemar bersenam dan bersukan, kemampuan atletik adalah sangat penting agar aktiviti fizikal itu dapat dilakukan dengan lebih cergas, kuat dan sihat.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan madu dengan kerap dapat memperbaiki proses keremajaan otot selepas beraktiviti, ia juga hampir sama fungsinya seperti glukosa dan fruktosa.
Dalam pada itu, pengambilan madu juga dipercayai mampu meningkatkan ketahanan dan kekuatan tubuh badan agar anda mampu untuk beraktiviti dengan lebih lama lagi.
#3. Manfaat madu untuk kulit lelaki
Siapa kata lelaki tidak perlu atau mahu kulit yang cantik? Madu mengandungi sebatian alpha hydroxy acid (AHA) semula jadi yang mampu membuat kulit anda lebih sihat.
Kandungan AHA ini mampu untuk menggelupaskan dan membuang sel kulit mati, minyak, peluh serta kekotoran dari anasir luar sekali gus membuat ia menjadi lebih bersih.
Disebabkan itu juga, ramai individu yang menggantikan topeng muka artifisial dengan ramuan lebih alami seperti timun, lidah buaya serta madu untuk dijadikan masker.
Bagaimana pula dengan bawang putih? Berikut ini pula adalah manfaatnya untuk orang lelaki:
#1. Meningkatkan kemampuan seksual
Selain madu, bawang putih juga dikategorikan sebagai makanan afrosidiak di mana ia agak tinggi dengan kandungan allisin yang mampu untuk melancarkan aliran darah.
Kelancaran aliran darah pada saluran darah di dalam zakar sudah tentu akan membantu para lelaki mendapatkan serta mengekalkan ereksi alat sulit untuk beraksi lebih hebat.
Bukan itu sahaja, khasiat bawang putih tunggal campur madu kelulut juga mampu untuk meningkatkan libido iaitu kemahuan dan keinginan seksual lantas membuat ia bagus buat anda yang inginkan kehangatan di kamar tidur.
#2. Meningkatkan kesihatan imunisasi
Sebenarnya, bawang putih adalah tinggi dengan kandungan vitamin serta mineral lain seperti zat besi dan zat zink yang boleh membantu melawan jangkitan dalam tubuh badan.
Ia berfungsi dengan cara mengelakkan kerosakan sel serta menghindarkan kewujudan toksin di dalam tubuh badan anda lantas menguatkan sistem daya tahan atau imunisasi.
Apa yang mungkin lebih menarik, ada juga kajian mengatakan bahawa pengambilan khasiat bawang putih tunggal campur madu kelulut turut bagus untuk organ-organ tubuh badan lain seperti otak dan jantung.
#3. Cara makan madu dan bawang putih bermanfaat untuk rambut lelaki
Buat anda yang mungkin belum tahu, masyarakat dahulu gemar menyapukan ekstrak bawang putih ke kulit kepala kerana ia dipercayai mampu untuk melebatkan lagi rambut.
Ia juga boleh merawat masalah berikut:
- Keguguran rambut
- Kebotakan
- Uban
- Kelemumur
- Kegatalan pada kulit kepala
Maka tidak hairan jika khasiat bawang putih tunggal campur madu kelulut sangat popular di dalam kandungan syampu ekoran ia tinggi dengan sulfur dan antioksidan yang boleh bantu melawan radikal bebas.
Madu dan bawang putih untuk lelaki itu penting!
Kesimpulan
Pun begitu, ketahuilah bahawa anda masih memerlukan informasi dan nasihat daripada doktor sebelum mengamalkannya.
[embed-health-tool-bmr]