backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

Jangan Silap Beli, Ini 10 Perbezaan Antara Daun Ketumbar Dan Daun Sup Yang Anda Mesti Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/06/2024

Jangan Silap Beli, Ini 10 Perbezaan Antara Daun Ketumbar Dan Daun Sup Yang Anda Mesti Tahu!

Pernahkah anda tersalah membeli daun sup dengan daun ketumbar? Ya, mungkin ramai daripada kita yang masih tidak dapat membezakan antara daun ketumbar vs daun sup. Di sini kami jelaskan perbezaannya serta beberapa khasiat ketumbar.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Adakah daun ketumbar dan daun sup tumbuhan yang sama?

Daun ketumbar dan juga daun sup tergolong dalam keluarga tumbuhan yang sama.

Namun, walaupun kedua-dua tumbuhan ini mempunyai rupa bentuk yang hampir sama, ia sebenarnya agak berbeza.

Malah rasa, aroma dan penggunaan kedua-duanya juga sangat berlainan. 

Ini perbezaan antara daun ketumbar vs daun sup

daun ketumbar
Coriander leaves yang digunakan dalam masakan tomyam.

Untuk mengelakkan anda tersalah beli pokok ketumbar dengan daun sup, anda boleh lihat perbezaan yang kami terangkan di bawah ini.

#1. Nama komersial

Jika anda melihat secara fizikal, kedua-dua pokok ini mempunyai fizikal yang hampir sama.

Oleh sebab itu, cara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan melihat namanya terlebih dahulu.

Bagi daun sup, ia biasa dilabel dengan nama daun sup, daun saderi, celery atau Chinese celery.

Manakala untuk pokok ketumbar pula, ia dinamakan sama ada dengan nama daun ketumbar, coriander leaves atau cilantro

#2. Bau 

Untuk daun sup, ia mempunyai bau yang agak wangi, lembut dan berbau seperti bunga lawang.

Manakala bagi ketumbar daun pula, ia mempunyai bau sitrus yang agak kuat dan lebih menyegarkan.

Ada sesetengah individu berpendapat baunya seperti bau sabun atau bau kumbang.

#3. Rasa

Untuk rasa dan tekstur, daun sup mempunyai rasa yang agak manis, berserat dan hampir sama dengan rasa daun parsli.

Untuk daun ketumbar pula, ia mempunyai rasa sitrus dan agak sedikit pedas.

#4. Akar pokok

Bagi daun sup, ia mempunyai akar yang agak kecil dan lebih berserabut.

Manakala bagi pokok ketumbar pula, akarnya lebih besar dan tebal serta mempunyai ciri akar tunjang.

Selain itu, akar pokok ketumbar lebih banyak digunakan dalam masakan seperti tomyam berbanding akar daun sup.

#5. Nutrisi (setiap 100 gram)

daun sup
Daun sup yang telah dihiris.

Bagi setiap 100 gram daun sup, ia mempunyai sekitar 16 kalori, 3.4 gram protein, 3 gram karbohidrat dan 1 gram lemak.

Manakala bagi daun jenis ketumbar pula, ia mempunyai 23 kalori, 2 gram protein,  3.6 karbohidrat dan 0.52 gram lemak.

#6. Bentuk yang digunakan

Daun sup biasa didapati dalam bentuk yang masih segar. Namun ada juga daun sup yang boleh didapati dalam bentuk yang sudah dikeringkan.

Bagi pokok ketumbar pula, ia boleh didapati dengan mudah dalam bentuk yang segar dan juga yang sudah dikeringkan di dalam botol. 

#7. Hidangan yang sesuai

Sesuai dengan namanya, daun sup biasa diletakkan di dalam hidangan sup, salad, lauk-pauk Melayu, sos pasta, sandwic dan lain-lain lagi.

Manakala bagi pokok ketumbar pula, ia banyak digunakan sebagai dressing salad, salsa, acar, bahan pencicah, sos dan juga yogurt. 

#8. Penggunaan dalam kulinari

Daun sup biasa digunakan sebagai bahan hiasan, dijadikan jus (batang saderi), dan dicincang sebelum dimasukkan ke dalam hidangan.

Manakala pokok ketumbar pula biasa digunakan sebagai bahan hiasan makanan Barat dan Timur Tengah selain dimasukkan terus ke dalam hidangan sebagai bahan perasa. 

#9. Hidangan utama yang menggunakannya

Daun sup biasa digunakan dalam masakan Asia, Amerika Syarikat, Perancis, Mediterranean dan juga Eropah.

Untuk pokok ketumbar pula, ia sering digunakan dalam hidangan Timur Tengah, Afrika Utara dan juga beberapa hidangan Eropah dan Asia. 

#10. Manfaat kesihatan

Daun sup mempunyai beberapa khasiat seperti:

  • kaya dengan vitamin
  • menguatkan struktur tulang
  • kaya dengan mineral
  • tinggi kandungan serat
  • mempunyai antioksidan
  • ciri antikanser
cendawan shiitake
Kelebihan makan cendawan shiitake.

Manakala pokok ketumbar pula membantu masalah pencernaan, mengurangkan rasa loya, memperbaiki kesihatan jantung selain menyokong fungsi otak.

Ketumbar daun juga boleh membantu mengawal paras gula darah, dan menjaga tubuh daripada jangkitan Candida dan bakteria Salmonella. 

Adakah ketumbar dianggap sebagai herba atau rempah?

Pokok ketumbar boleh dianggap sebagai rempah ketumbar dan juga herba. Terma herba biasa merujuk kepada bahagian daun dan juga batang ketumbar.

Manakala terma rempah ketumbar pula sering dirujuk kepada biji ketumbar atau ketumbar kering yang dijual di dalam botol.

Kesimpulan

Kini anda telah tahu 10 perbezaan utama antara daun ketumbar dan daun sup. Kedua-dua jenis daun ini jelas mempunyai aroma, rasa dan khasiatnya yang tersendiri. Jangan tersilap beli lagi ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan