backup og meta

Tepuk Sebelum Beli? Ini 7 Tip Pilih Tembikai, GERENTI Isinya Manis & ‘Juicy’!

Tepuk Sebelum Beli? Ini 7 Tip Pilih Tembikai, GERENTI Isinya Manis & ‘Juicy’!

Membeli buah tembikai di tepi jalan atau di kedai buah seolah-olah bermain teka-teki. Jika tidak tahu caranya, anda pasti akan membawa pulang buah yang isinya tawar. Anda hendak tahu cara pilih tembikai manis? Kami kongsikan di sini beberapa tip dan cara pilih tembikai yang confirm manis dan berjus. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Tembikai manis dan berjus buruan ramai

Siapa sahaja yang tidak tergoda jika terlihat isi buah tembikai yang berwarna merah pekat. Apatah lagi jika buah tembikai tersebut kaya dengan jus dan juga berasa manis.

Untuk pengetahuan anda, buah tembikai boleh dijadikan sebagai snek harian kerana ia kaya dengan kandungan air, vitamin serta rendah kalori.

Buah tembikai yang telah masak juga tinggi dengan kandungan antioksidan yang membantu melindungi kesihatan jantung, mengurangkan risiko diabetes dan juga sesetengah jenis kanser.

Namun, tidak ramai yang tahu tip pilih tembikai yang berkualiti bagi mendapatkan isi yang manis dan berjus.

Jangan risau, ini tujuh cara memilih tembikai manis yang boleh anda ikuti.

7 cara pilih tembikai manis

Untuk mengelakkan anda tersalah beli tembikai yang tidak manis, sila ikuti tujuh tip di bawah ini:

#1. Pilih tembikai dengan bentuk yang sama

cara pilih tembikai

Tembikai datang dengan pelbagai saiz dan bentuk yang berbeza. Ada yang berbentuk bulat, bujur dan juga memanjang. Kesemuanya boleh menjadi pilihan yang terbaik.

Namun, pastikan buah yang dipilih itu mempunyai bentuk yang sama dan simetri.

Elakkan buah yang mempunyai benjolan, kemek atau terkopek.

Kecacatan pada buah tembikai mungkin menunjukkan bahawa buah tersebut menerima jumlah air yang tidak konsisten atau tidak dibiakkan dengan betul.

Tanda calar atau terkopek pada buah pula mungkin menandakan kewujudan serangga atau kulat. 

#2. Lihat bawah buah tembikai

Tip atau cara pilih tembikai manis yang kedua adalah dengan melihat pada bawah buah tembikai tersebut.

Pada bahagian bawah buah tersebut, anda dapat melihat tompok kecil berwarna kecoklatan atau kekuningan.

Tompok yang berwarna kekuningan dan bersaiz besar menandakan bahawa buah tersebut mengambil masa yang lebih lama untuk dituai dan rasanya lebih manis.

Manakala buah dengan tompok berwarna keputihan menandakan buah tersebut mungkin telah dituai lebih awal daripada tempoh matang.

Rasanya juga lebih tawar dan tidak manis. 

#3. Rasa berat buah tembikai

cara pilih tembikai

Cara ketiga yang boleh anda lakukan adalah dengan mengangkat buah tersebut untuk menilai beratnya.

Buah tembikai yang masak dengan betul dan manis rasanya akan terasa lebih berat sesuai dengan saiznya.

Ini bermakna, buah tersebut masih tinggi dengan kandungan air atau jus.

Untuk pengetahuan anda, 91% daripada kandungan buah tembikai terdiri daripada air.

Oleh sebab itu, buah tembikai yang terasa ringan mungkin kurang berkualiti kerana sudah kehilangan sejumlah besar kandungan airnya. 

#4. Kulit buah yang kuat dan tebal

Buah yang matang dengan elok mempunyai kulit yang tebal dan kuat.

Ia tidak terasa lembik apabila dipicit dan juga tidak mudah pecah.

Jika kulit tembikai mudah menjadi lembik apabila ditekan, ia bermakna buah tersebut sudah terlebih matang. 

#5. Bunyi tembikai apabila ditepuk

cara pilih tembikai

Cara pilih tembikai manis yang kelima adalah dengan mendengar bunyi yang dihasilkan apabila tembikai ditepuk dengan tangan.

Buah tembikai yang masak dengan elok mempunyai bunyi yang lebih mendalam apabila ditepuk.

Jika tembikai mengeluarkan bunyi yang agak nyaring atau mendatar, bermakna buah tersebut sudah terlebih masak atau kurang kandungan air di dalamnya. 

#6. Lihat tangkai buah

Langkah keenam yang boleh anda lakukan adalah dengan melihat kepada tangkai yang masih ada pada hujung buah tembikai.

Jika tangkai berwarna hijau, ia bermakna buah tembikai tersebut telah dituai lebih awal daripada tempoh matang yang sepatutnya dan biasanya lebih muda dan tidak masak.

Manakala jika tangkai buah telah kering, ia bermaksud buah tersebut telah masak sepenuhnya. 

#7. Lihat tompok coklat pada bawah buah tembikai

Cara pilih tembikai manis yang terakhir adalah dengan melihat tompok berwarna coklat pada bahagian bawah buah.

Tompok coklat ini adalah tempat di mana gula buah tembikai meresap keluar ke permukaan kulit. Ini menandakan bahawa buah tersebut mempunyai isi yang lebih manis.

Selain itu, lihat juga kepada bintik-bintik coklat dalam bentuk garisan (bukan calar) yang menandakan bahawa ia adalah titik pendebungaan.

Semakin banyak bintik tersebut, maka semakin manislah isinya. 

Kesimpulan

Sekarang anda telah tahu cara pilih tembikai terbaik untuk mendapatkan buah yang bukan sahaja manis, tetapi berjus.

Ia tidaklah sesukar mana untuk memilih buah yang terbaik asalkan tahu teknik yang tepat. 

Kongsikan tip ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain kerana ia pasti bermanfaat buat mereka ketika mahu membeli buah tembikai nanti. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Three tips to pick out a sweet watermelon. https://agrilifetoday.tamu.edu/2020/06/24/three-tips-to-pick-out-a-sweet-watermelon/. Accessed on August 20, 2022. 

How to Choose a Watermelon. https://www.watermelon.org/the-slice/how-to-choose-a-watermelon/. Accessed on August 20, 2022.

Helpful Tips for Picking a Watermelon. https://www.bestfoodfacts.org/helpful-tips-for-picking-a-watermelon/. Accessed on August 20, 2022.

Insider’s Viewpoint: Watermelon: The Secret to Finding the Ripest Melon on the Shelf. https://fruitsandveggies.org/stories/insiders-viewpoint-watermelon-secret-finding-ripest-melon-shelf/. Accessed on August 20, 2022.

Watermelon. https://www.agmrc.org/commodities-products/vegetables/watermelon. Accessed on August 20, 2022.

Versi Terbaru

03/04/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Rupanya Tembikai Ada Pelbagai Jenis, Antara Khasiatnya Boleh Lancarkan Aliran Darah Menuju Zakar!

7 Khasiat Tembikai Merah Yang Anda Mungkin Tak Tahu, No. 6 Mesti Ramai Suka!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 03/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan