backup og meta

Pesakit Diabetes Takut Nak Makan Buah? Tak Payah Pening, Pilih Tembikai!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/02/2023

    Pesakit Diabetes Takut Nak Makan Buah? Tak Payah Pening, Pilih Tembikai!

    Antara khasiat tembikai adalah ia merupakan buah-buahan kegemaran musim panas seperti buah-buahan lain yang mengandungi gula.

    Penghidap diabetes mesti mengikuti diet ketat dan sentiasa mengawal tahap gula dalam darah anda, lantas buah tembikai ini sesuai untuk anda.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan, sila dapatkannya di sini.

    Sejauh mana khasiat tembikai?

    Menurut USDA, kandungan buah tembikai merangkumi 20% daripada Vitamin C yang orang perlukan setiap hari. Bagi vitamin A, ia menyediakan 17%.

    Di samping itu, tembikai mengandungi lycopene, yang merupakan antioksidan luar biasa membantu individu melawan radikal bebas.

    Dengan ini, tembikai membantu kita mencegah kanser.

    Selain itu, khasiat tembikai ini juga mempunyai keupayaan untuk melegakan kesakitan otot dan menurunkan kadar jantung kita.

    khasiat tembikai

    Jadi, selamatkah memakan buah tembikai?

    Untuk diabetes, anda perlu mengambil kira kedua-dua indeks: indeks glisemik (GI) dan beban glisemik (GL).

    Yang pertama menunjukkan betapa cepat gula dalam makanan tertentu memasuki aliran darah kita dan skornya bervariasi antara 1 dan 100 merujuk kepada makanan tertentu seperti gula dan roti putih.

    Yang terakhir menunjukkan gabungan GI dan kandungan karbohidrat yang sebenar.

    GL dipercayai memberikan tahap yang lebih tepat kepada gula dalam darah bagi makanan tertentu.

    Lebih tinggi kedua-dua indeks adalah, lebih baik terhadap paras gula dalam darah.

    Tembikai mempunyai GI 72 yang cukup tinggi.

    Walau bagaimanapun, GL dikira hanya 2  dalam setiap 100 gram hidangan.

    khasiat tembikai

    Jadi setiap kali bercadang untuk mendapatkan rawatan daripada manfaat tembikai, pastikan anda menggabungkannya dengan makanan GI rendah untuk mengimbangi diet dan mencegah kenaikan mendadak gula dalam darah.

    Awasi keseluruhan diet anda dan bukan hanya hidangan tertentu, kemudian anda boleh tambah tembikai sebagai pencuci mulut kerana ia adalah sumber vitamin dan mineral yang baik, tetapi kekalkannya pada tahap yang sederhana.

    Bagaimana dengan buah lain?

    Jika anda menghadapi diabetes, berikut adalah buah-buahan selain buah tembikai yang selamat dimakan pada jumlah yang sepatutnya:

    Plum: dengan GI 24 dan GL 4 (2 plum keseluruhan)

    Limau gedang: dengan GI jika 25 dan GL 7 (1 saiz purata)

    Di samping itu, pir, aprikot dan pic juga mempunyai nilai yang sama GI dan GL.

    Buah-buahan yang rendah tahap GI dan GL perlu tambah sejumlah kecil gula, dan selamat digunakan bagi anda yang mempunyai diabetes.

    Awasi plan diet anda dan pastikan memaklumkannya kepasa doktor anda untuk mendapatkan nasihat yang lebih dan diet yang lebih sihat.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 10/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan