backup og meta

Ini 11 Petua Mudah Halau Kutu Beras, Guna Bahan Dapur, 'Confirm' Tak Muncul Balik!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/01/2023

    Ini 11 Petua Mudah Halau Kutu Beras, Guna Bahan Dapur, 'Confirm' Tak Muncul Balik!

    Setiap kali beli beras, mesti akan ada pepijat hitam kecil yang dikenali sebagai kutu atau bubuk beras. Ingin tahu bagaimana cara hilangkan kutu beras tersebut? Ayuh teruskan pembacaan anda untuk mengetahui jawapannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu kutu beras?

    Nama saintifik bagi perosak ini adalah Sitophilus oryzae atau dalam bahasa Yunani bermaksud Rice Grain Lover.

    Bersaiz kecil – anggaran 2-3mm – pepijat yang sering ditemui dalam beras ini juga dikenali sebagai kumbang beras. Seperti namanya, ia memang gemarkan beras.

    Pepijat ini juga boleh dijumpai dalam produk bijirin lain yang disimpan di rumah seperti jagung, sekoi (millet), gandum, oat, barli, makaroni, roti dan tepung.

    Tidak berbahaya

    Sebelum mengetahui cara hilangkan kutu beras, pastinya anda di antara anda ingin tahu adakah pepijat hitam ini berbahaya atau tidak, betul tak?

    Umumnya, kebanyakan ahli entomologi percaya bubuk beras berasal dari benua kecil di India. Ia merebak melalui proses perdagangan bijirin – secara tidak langsung menjadi faktor pepijat ini boleh ditemui di seluruh dunia.

    Bubuk beras, sama ada dalam peringkat larva atau dewasa – tidak berbahaya kepada manusia. Ini kerana ia tidak menggigit atau menyengat, mahupun membawa penyakit.

    cara hilangkan kutu beras

    Bubuk beras juga tidak menyerang haiwan peliharaan, merosakkan perabot kayu atau strukturnya mahu pun membuat lubang pada pakaian. 

    Bahagian mulut pepijat ini hanya digunakan semata-mata untuk ‘menggigit’ bijirin, bukannya sebagai pertahanan diri.

    Cara hilangkan kutu beras

    Berikut beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan bubuk beras ini:

    Bersihkan kabinet

    Pertama, kosongkan semua kabinet, rak dan almari – tempat ia telah dilihat atau dirasakan wujud. Jangan lupa untuk bersihkan bahagian tepi dan sudut dalam kerana ia merupakan tempat persembunyian biasa bagi bubuk beras.

    Asingkan dalam plastik beg

    Tidak pasti dalam beras terdapat kewujudan pepijat ini atau tidak? Tidak mengapa. 

    Apa yang boleh anda lakukan, masukkan beras dalam beg plastik dan periksanya setiap minggu.

    cara hilangkan kutu beras

    Jika terdapat bubuk beras di dalamnya, ia akan cuba keluar daripada plastik dalam masa beberapa minggu. Sekiranya tiada sebarang aktiviti langsung selepas 3 minggu, bermakna tiada bubuk beras di dalamnya.

    Jemur bawah matahari, antara cara hilangkan kutu beras 

    Letak atau jemurkan bijirin yang diserang bubuk di bawah cahaya matahari. 

    Kaedah ini dipercayai dapat menghalaunya kerana perosak ini tidak menyukai cahaya matahari dan akan mencari tempat yang gelap dan lembap.

    Daun salam

    Daun salam atau bay leaves merupakan antara cara untuk menghilangkan bubuk beras kerana mempunyai bau kuat. Bahkan banyak serangga turut tidak menyukai bau daripada daun ini.

    Letakkan beberapa helai daun salam di sudut kabinet dan letakkan juga beberapa keping ke dalam bekas berisi beras.

    Tiada daun salam? Tidak mengapa. Anda juga boleh menggunakan daun pokok semambu. Ia juga efektif dalam membantu menyingkirkan pepijat ini.

    Cara hilangkan kutu beras dengan bawang putih

    1 labu bawang putih tanpa dikupaskan kulitnya dipotong separuh pada bahagian tengah. Kemudian masukkannya ke dalam beras atau boleh sahaja diletakkan pada permukaan beras. Biarkan ia dalam tempoh sehari sebelum bubuk beras hilang secara automatik.

    Lada hitam

    Lada hitam merupakan rempah sangat bertoksik kepada bubuk beras. Anda boleh menaburkannya dalam kabinet untuk mematikan dan menghalau pepijat hitam ini.

    cara hilangkan kutu beras

    Selain itu seperti daun salam, anda juga boleh meletakkan beberapa biji lada hitam ke dalam bekas beras untuk mencegah kehadiran perosak ini.

    Bunga cengkih antara cara hilangkan kutu beras 

    Bunga cengkih juga merupakan idea yang bagus untuk menyingkirkan dan mengelakkan serangan bubuk beras.

    Taburkan beberapa ulas bunga cengkih pada rak almari dan kawasan pantri. Jangan lupa untuk memasukkannya ke dalam bekas simpanan beras anda.

    Apabila anda telah mengusir bubuk beras, anda perlu memastikan ia tidak kembali. Beberapa langkah praktikal untuk mengelakkan pepijat ini termasuklah:

    • Sebelum anda membeli bahan runcit, periksa bungkusan jika terdapat lubang atau koyakan. Sebarang bukaan boleh membenarkan pepijat atau serangga lain memasuki bungkusan
    • Beli bekalan bahan mentah seperti bijirin dalam kuantiti sedikit dan habiskan dalam tempoh yang sepatutnya. Elakkan ber’shopping’ secara berlebihan stok pantri anda. Memang bagus ada bekalan tambahan, tetapi membiarkan produk disimpan selama berbulan-bulan dalam persekitaran gelap meningkatkan peluang untuk kemunculan bubuk beras
    • Simpan bijirin dalam bekas kaca, logam atau plastik (bukan beg plastik) yang bertutup rapat
    • Bersihkan rak, kabinet atau almari di pantri secara berkala dengan memvakum dan kemudian lap dengan air bercampur sabun pencuci (detergen) lembut

    Baca juga:

    Tidak perlu sejukkan 

    Anda pasti pernah mendengar petua untuk menghilangkan bubuk beras dengan menyimpannya di dalam fridge, betul tak?

    Hakikatnya ia tidak berkesan kerana perosak ini tahan suhu.

    Walaupun anda mungkin dapat membunuh sesetengah bubuk beras dengan membekukan, tetapi untuk telur dan pupa bubuk beras, ia hanya akan menjadikannya tidak aktif.

    Sebaik sahaja dikeluarkan daripada peti ais, ia akan membesar seperti biasa.

    Semoga apa yang dikongsikan dapat memberikan manfaat dan membantu anda mengatasi masalah berkaitan bubuk beras ini.

    Sekiranya anda mungkin mempunyai petua lain yang digunakan sebagai cara hilangkan kutu beras, ayuh kongsikan bersama kami dalam ruangan komen.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan