Cengkih merupakan antara herba yang sering digunakan dalam masakan. Tetapi, adakah anda tahu apakah khasiat bunga cengkih untuk kesihatan secara keseluruhan?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Cengkih merupakan antara herba yang sering digunakan dalam masakan. Tetapi, adakah anda tahu apakah khasiat bunga cengkih untuk kesihatan secara keseluruhan?
Dalam perkongsian artikel ini akan dikongsikan khasiat cengkih. Semoga bermanfaat!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Cengkih atau nama saintifiknya Syzygium aromaticum, adalah pucuk bunga kering yang merupakan antara rempah-ratus popular.
Bunga cengkih sering digunakan dalam masakan dan sebagai salah satu bahan untuk perubatan tradisional selama bertahun-tahun.
Menurut United States Department of Agriculture (USDA), 2.1 gram (g) atau 1 sudu teh cengkih mengandungi:
Jumlah yang sama juga membekalkan 1.263 miligram (mg) mangan, iaitu 63% daripada nilai keperluan harian untuk mineral ini.
Cengkih terkenal sebagai rempah yang manis dan beraroma, tetapi ia juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan.
Penggunaan putik, esktrak atau minyak cengkih dipercayai cukup mujarab untuk membunuh patogen di dalam badan manusia. Antaranya patogen yang menjadi punca wabak taun.
Antara manfaat bunga cengkih yang dijadikan minyak adalah ia berfungsi sebagai antiseptik dan penahan sakit berkesan untuk masalah mulut dan pergigian.
Ia boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis.
Kehadiran antioksidan yang tinggi dalam cengkih amat ideal untuk menjaga organ badan, khususnya hati.
Cengkih dengan sifat hepatoprotektifnya boleh mengatasi kesan disebabkan oleh aktiviti metabolik bebas seperti peningkatan profil lipid dan pengeluaran radikal yang mengakibatkan penurunan tahap oksidan dalam hati.
Aroma cengkih sangat berkesan dalam menghilangkan bau mulut.
Selain digunakan secara meluas sebagai bahan utama dalam penghasilan ubat gigi, cengkih boleh dimasukkan dalam minuman atau makanan setiap hari, untuk mengatasi masalah nafas berbau.
Pesakit diabetes biasanya akan berdepan keadaan di mana insulin yang dihasilkan badan tidak mencukupi dengan tahap diperlukan.
Penyelidikan menunjukkan bahawa penggunaan cengkih membawa kepada penjanaan insulin dalam badan dan mengekalkan paras glukosa darah.
Cengkih adalah ubat penahan sakit yang sangat baik kerana ia merangsang reseptor kesakitan badan dalam proses untuk melegakan kesakitan.
Kehadiran eugenol dalam jumlah tinggi dipercayai dapat mengurangkan kesakitan berkaitan dengan edema – bengkak yang disebabkan cecair berlebihan terperangkap dalam tisu badan.
Antioksidan adalah bahan kimia yang memainkan peranan dalam mengurangkan kerosakan sel penyebab kanser.
Berdasarkan kajian, cengkih mungkin mempunyai peranan penting dalam rawatan kanser masa hadapan kerana ia menyebabkan kematian sela dan penggandaan sel yang perlahan.
Minyak cengkih amat bagus dalam memastikan kelancaran pengeluaran dan rembesan enzim pencernaan – untuk memastikan proses penghadaman tidak tersekat.
Ia juga sangat berkesan dalam membantu menghilangkan ketidakselesaan perut seperti cirit-birit, kembung perut, loya, muntah, senak, perut berangin, sembelit dan sebagainya.
Baca juga:
Putik cengkih turut berperanan dalam meningkatkan kiraan sel darah putih, sekali gus meningkatkan sifat imun yang hadir bersamanya.
Ia mengurangkan hipersensitiviti badan kepada agen asing punca kepada kemudaratan dan ketidakselesaan kepada fungsi tubuh.
Ekstrak bunga cengkih juga dipercayai berpotensi dalam mengatasi masalah berat badan berlebihan.
Cengkih menghasilkan esktrak hidroalkohol sebatian fenolik seperti eugenol, flavonoid dan isoflavon.
Sebatian ini dipercayai membolehkan tubuh mengekalkan ketumpatan tulang dan meningkatkan kandungan mineral tulang.
Cengkih dipercayai sebagai afrodisiak ringan dalam bidang perubatan Unani yang berkesan untuk mengurangkan sakit kepala.
Pengambilan teh berperisa cengkih dapat menghilangkan masalah tersebut dengan mudah sambil menyegarkan mood.
Walaupun terdapat banyak khasiat bunga cengkih, namun penggunaannya haruslah secara berhati-hati.
Ini kerana penggunaan cengkih berlebihan pada bayi boleh menyebabkan sawan. Dos yang banyak juga tidak digalakkan untuk wanita hamil dan ibu menyusu kerana ia boleh menyebabkan iritasi.
Oleh sebab komposisi kimia yang kuat, penggunaan minyak cengkih secara berterusan untuk tempoh lama pada gusi dipercayai akan melemahkan membran mukus dan gusi.
Tidak dinafikan potensi bunga cengkih dalam aspek kesihatan secara keseluruhan. Namun lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengesahkannya.
Seperti kebanyakan makanan sihat, ia paling berkesan apabila dimasukkan sebagai sebahagian daripada diet seimbang.
Anda juga boleh mereneh bunga cengkih dalam air selama 5-10 minit untuk mendapatkan secawan teh yang menenangkan.
Walau bagaimanapun seperti kebanyakan produk herba, amat disarankan untuk anda mendapatkan nasihat dan rundingan doktor untuk memastikan kesesuaian diri sebelum mengamalkannya.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen