backup og meta

Elak Cepat Berkulat, Ini Petua Bawang Kisar Tahan Lama Lebih 2 Minggu!

Elak Cepat Berkulat, Ini Petua Bawang Kisar Tahan Lama Lebih 2 Minggu!

Ada sesetengah pembaca yang mungkin berhadapan dengan masalah bahan kisar tidak tahan lama seperti bawang kisar. Mana tidaknya, bawang mudah menjadi berkulat atau berbau kurang enak. Agak membazir juga jika dibuang disebabkan tidak tahan lama. Jadi apa yang ibu-ibu boleh buat untuk pastikan bawang yang dikisar ini elok dengan jangka hayat yang panjang? Ini cara simpan bawang tahan lama yang boleh anda ikut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Bawang kisar boleh tahan berapa lama?

bawang kisar

Sebenarnya, jika kena dengan caranya ketika kita mengisar bawang, ia boleh bertahan sekurang-kurangnya satu minggu jika disimpan dalam peti sejuk.

Malah, ia juga mungkin boleh bertahan sehingga dua atau tiga minggu selagi mana disimpan dalam suhu yang optimum dan dikisar dengan teknik yang betul.

Kita mungkin tidak menggunakan bawang kisar setiap hari, oleh sebab itu ia perlu disimpan dengan baik agar stok bawang sentiasa ada ketika mahu memasak. 

Cara buat bawang kisar tahan lama

bawang kisar

Ada beberapa petua yang anda boleh amalkan agar bawang blend boleh bertahan lebih lama dalam peti sejuk.

Antara petua yang sering dikongsikan oleh ramai orang adalah dengan mengisar bawang menggunakan minyak masak.

Antara sebab mengapa bawang mudah rosak walaupun disimpan dalam peti sejuk kerana dikisar dengan air.

Air mempunyai kandungan oksigen yang boleh mempercepatkan proses pengoksidaan bawang yang telah dikisar.

Jika bawang cepat teroksida, maka jangka hayatnya akan menjadi lebih pendek. Oleh sebab itu, sebaiknya ia tidak dikisar dengan air melainkan minyak masak.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  • Bawang kecil atau bawang besar
  • Satu cawan minyak masak
  • Sedikit garam

Cara penyediaan:

  1. Kupas semua bawang dan basuh sehingga bersih. Toskan bawang sehingga kering dan potong kecil agar lebih mudah untuk dikisar.
  2. Masukkan bawang yang telah siap dipotong ke dalam pengisar dan masukkan minyak masak. Kebiasaannya, kita akan menggunakan sukatan minyak separuh daripada paras bawang dalam mesin pengisar. Namun, anda juga boleh mengisar bawang sedikit demi sedikit agar ia lebih mudah dikisar dan mengurangkan penggunaan minyak. 
  3. Kisar sehingga lumat. 
  4. Setelah siap dikisar, masukkan ke dalam bekas kedap udara.
  5. Taburkan garam pada permukaan bawang.
  6. Tutup bekas dengan rapi dan simpan dalam peti ais
  7. Kaedah blender bawang tanpa air ini boleh menyebabkan bawang kisar tahan sehingga 2 minggu.

Cara simpan bawang agar tahan lama

bawang kisar

Selain daripada bawang kisar, anda juga perlu mengetahui teknik untuk menyimpan bawang yang betul.

Jika anda membeli bawang dengan kuantiti yang agak banyak, anda mungkin perlu menyimpannya dengan baik agar tidak mudah rosak.

Antara kaedah menyimpan bawang yang boleh anda cuba ialah:

#1. Bawang belum dikupas

  • Elakkan menyimpan bawang jenis ini dalam peti sejuk
  • Bawang yang belum dikupas lebih tahan lama jika disimpan di tempat yang kering dan terbuka
  • Elakkan menyimpan bawang di kawasan yang gelap, lembap atau tiada aliran udara
  • Elakkan juga menyimpan bawang dalam bekas kedap udara. Bakul yang berlubang adalah tempat menyimpan bawang terbaik
  • Jangan simpan bawang bersama-sama sayuran lain kerana ia hanya akan membuatkan kedua-dua sayur dan bawang cepat rosak

#2. Bawang yang sudah dikupas

  • Sebelum menyimpan bawang yang telah dikupas, elakkan membasuhnya dengan air kerana air akan merosakkan bawang dengan cepat
  • Sebolehnya, simpan dalam bekas bertutup sebelum dimasukkan dalam peti sejuk. Ini untuk mengelakkan bawang cepat kering dan peti sejuk berbau bawang
  • Elakkan menyimpan bawang dalam satu bekas bersama bahan lain seperti buah atau sayuran
  • Anda juga boleh meletakkan tisu dalam bekas bawang bagi menyerap lembapan atau wap air yang mungkin ada dalam bekas nanti. Pastikan anda kerap menukar tisu tersebut terutamanya apabila ia sudah basah

Kesimpulan

Untuk membuat bawang blend yang tahan lama tidaklah sukar. Anda hanya perlu tahu teknik yang betul seperti yang kami kongsikan di atas ini.

Tapi elakkan juga menyimpan bawang blend terlalu lama kerana ia mungkin sudah terlalu berair, berubah rasa dan mempunyai tekstur yang kurang menarik.

Cuba buat stok bawang blend hanya untuk kegunaan satu atau dua minggu sahaja. Apabila sudah habis, anda boleh membuat stok baharu yang lebih segar.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Onions and Garlic Storage Tips. https://cedarcirclefarm.org/tips/entry/storing-onions-and-garlic#:~:text=Onions%20like%20a%20cold%2C%20dark,very%20little%20humidity%20is%20perfect. Accessed on November 10, 2022.

How To Store An Onion. https://www.onions-usa.org/onionista/how-to-store-an-onion/. Accessed on November 10, 2022.

Techniques For Storing Onions. https://www.echocommunity.org/en/resources/152325f2-333f-455a-8cc7-93286860bafa. Accessed on November 10, 2022.

Onions and Garlic. https://stopfoodwaste.org/tips/store/onions-and-garlic. Accessed on November 10, 2022.

10 Benefits of Onion That Will Surely Surprise You. https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/10-benefits-onion-that-will-surely-surprise-you.html. Accessed on November 10, 2022.

Versi Terbaru

14/04/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Rumah Sentiasa Kemas & Bersih? Ini 7 Tip Mudah Satu Famili Kena Tolong!

Ini 3 Tip Pilih Cili Kering Tak Pedas, (Bonus: Ada Petua Nak Hilangkan Pedas Cili Ketika Memasak!)


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 14/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan