backup og meta

Jom Buat Telur Dadar Gebu Gebas Untuk Anak! Senang Saja, Cuma Perlu 3 Bahan!

Jom Buat Telur Dadar Gebu Gebas Untuk Anak! Senang Saja, Cuma Perlu 3 Bahan!

Nak sediakan sesuatu yang mudah tetapi berkhasiat untuk si manja? Tak perlu fikir panjang-panjang, sediakan sahaja omelet untuk anak. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan satu resipi telur dadar tebal dan gebu, pasti tidak akan mengecewakan anda!

Adunan ini akan membentuk telur yang kembang dan sangat lembut. Tak percaya? Jom cuba!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Resipi telur dadar tebal

Mengapa anda perlu cuba resipi ini?

Telur merupakan antara makanan yang menjadi kegemaran ramai. Jika anda ingin memasaknya sekarang, besar kemungkinan 90% bahannya sudah ada dalam peti ais anda!

Selain itu, resipi ini juga:

  1. Cepat – Ia hanya mengambil masa selama 4-5 minit untuk dimasak.
  2. Mudah – Anda hanya perlukan 3-4 bahan sahaja untuk memasak telur yang gebu. Telur, mentega, garam dan opsyenal – keju!
  3. Guna kuali sahaja – Tidak perlu guna alatan dapur yang istimewa untuk memasak telur. Cukuplah sebatang garpu, mangkuk, kuali nonstick dan juga spatula plastik yang fleksibel.
  4. Kegemaran anak-anak! – Anak pasti suka makan telur, lebih-lebih lagi jika ia mengandungi keju.

Telur dadar merupakan masakan mudah yang boleh ibu bapa siapkan dalam masa beberapa minit.

Hidangan ini juga mengandungi pelbagai nutrisi, bergantung kepada bahan apa yang anda tambahkan ke dalam telur tersebut.

Sebagai contoh, jika anda tambah sayur-sayuran, telur tersebut akan mengandungi lebih banyak serat.

Sama jugalah jika anda menambah keju. Kandungan lemak dalam hidangan tersebut akan bertambah banyak. Namun, rasanya juga akan menjadi bertambah lazat dan berkrim!

Anda boleh goreng telur menggunakan minyak atau mentega. Walaupun mempunyai rasa yang lebih sedap, mentega mengandungi lebih banyak lemak tepu berbanding minyak.

Jika anda risau mengenai kandungan kalori telur, anda boleh goreng menggunakan minyak zaitun atau bunga matahari.

Baca juga:

Cara buat telur dadar lembut, fluffy macam awan!

telur dadar

Jika anda inginkan telur yang lembut dan tebal tetapi masih gebu, anda perlukan tangan yang kuat untuk mengacau telur!

Resipi ini merupakan gabungan telur dan juga souffle (satu hidangan yang diperbuat daripada gabungan telur putih), sejenis hidangan Perancis yang terkenal dengan kegebuannya.

Cara menyediakannya juga mudah, tak sampai 15 minit!

Bahan-bahan:

  • 2-3 biji telur
  • Secubit garam
  • ½ sudu teh mentega tanpa garam (unsalted butter)

Opsyenal:

  • ¼ cawan keju mozzarella
  • Bayam segar, dipotong kasar
  • Cendawan yang telah digoreng kilas
  • Bawang atau lada benggala yang telah digoreng kilas

Langkah 1: Asingkan telur

Pertama sekali, pecahkan telur dan asingkan telur kuning dan putih ke dalam dua mangkuk yang berbeza.

Kacau telur kuning dan perasakan dengan garam. Ketepikan.

Langkah 2: Kacau telur putih sekuat hati

telur dadar

Inilah masanya untuk anda mengacau telur putih sekuat hati. Kacau sehingga ia membentuk satu ‘puncak’ yang tidak mudah jatuh seperti dalam gambar (stiff peaks).

Kemudian, tambah kuning telur perlahan-lahan ke dalam telur putih. Gaul perlahan-lahan sehingga ia sebati.

Langkah 3: Pilih cara memasak telur dadar

Cara memasak terpulang kepada anda. Anda boleh goreng telur di dalam kuali nonstick.

Tutup kuali dan masak selama 5 minit atau sehingga bahagian atas masak sepenuhnya. Anda juga boleh tambahkan parutan keju. Barulah sedap!

Anda boleh lipat dua atau terbalikkan telur tersebut semasa masak. Namun, jika anda sukakan atasnya berwarna putih dan sedikit lembut, anda boleh biarkannya begitu sahaja.

Selain itu, anda juga boleh sediakan telur dadar menggunakan oven. Masak selama 2-4 minit dalam mod panggang (broil).

Nak tambah perasa? Letakkan beberapa sudu mentega sebelum goreng. Anda pasti dapat merasai perbezaannya. Senang bukan!

Tambah perasa sendiri!

telur dadar

Telur yang gebu merupakan satu hidangan yang sangat versatil. Anda boleh tambah macam-macam bahan mengikut kegemaran anak.

Nak tambah sayur? Boleh, tiada masalah! Tambahkan sahaja hirisan bayam. Anda juga boleh letakkan keju, herba atau sos pedas untuk buatkan omelet anda bertambah sedap!

Walau bagaimanapun, elakkan menambah daging ke dalam telur jika anda inginkan hasil yang gebu. Daging akan buatkan telur tidak dapat kembang dengan sempurna. Jadi, pastikan anda masak secara berasingan.

Selepas ini, anda tidak perlu takut sekiranya anak memilih dan perengus pada waktu makan. Dengan adanya omelet gebu ini, anak pasti tak sabar-sabar untuk menghabiskan makanan depan mata!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Are eggs good for you or not? https://www.heart.org/en/news/2018/08/15/are-eggs-good-for-you-or-not. Accessed on September 21, 2022.
  2. Eggs. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/food-features/eggs/. Accessed on September 21, 2022.
  3. Health Concerns With Eggs. https://www.pcrm.org/good-nutrition/nutrition-information/health-concerns-with-eggs. Accessed on September 21, 2022.
  4. Is it healthy to eat eggs every day? https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/is-it-healthy-to-eat-eggs-every-day. Accessed on September 21, 2022.
  5. Omelette nutrition information. https://www.egginfo.co.uk/ways-to-cook/omelettes-tortillas-and-frittatas/nutrition. Accessed on September 21, 2022.
  6. The Health Benefits of Eggs. https://www.australianeggs.org.au/nutrition/health-benefits. Accessed on September 21, 2022.

Versi Terbaru

07/05/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Inginkan Resipi Donut Gebu Yang Sihat? Buat Ikut Sukatan Cawan, Tanpa Telur!

Selalu Rebus Telur Tapi 'Menggerutu' Masa Kupas? Ini 2 Cara Merebus Confirm Telur Licin!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan