Sudah mula bosan dengan salad yang hanya berkisar sayur berwarna hijau sahaja? Apa kata anda cuba pula variasi resepi salad buah ini! Ia bukan sahaja lebih segar, sedap malah sudah tentu sihat untuk tubuh badan para pembaca setia kami.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Salad, pencuci mulut yang paling sihat?
Terdapat banyak jenis pencuci mulut yang lazat untuk individu cuba sama ada dari jenis kuih, kek, puding, agar-agar dan pelbagai lagi sajian manisan untuk dimakan selepas hidangan berat.
Pun begitu, ramai yang mungkin kurang gemar dengan salad sedangkan ia adalah hidangan paling sihat dalam kategori pencuci mulut jika hendak dibandingkan dengan sajian manisan lain.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Pencuci Mulut: Adakah Ia Boleh Merosakkan Diet?
- Boleh Atau Tidak Pesakit Diabetes Ambil Gula & Pencuci Mulut? Pasti Anda Nak Tahu Ini!
- Nikmati Pencuci Mulut Tanpa Risau, Penghidap Kencing Manis Jenis 2, Ini Untuk Anda!
Ini kerana salad tidak kira sayur atau buah tidak menggunakan bahan-bahan seperti gula, tepung, mentega, keju dan lain-lain yang semua individu sedia maklum tidak boleh diambil pada kuantiti terlalu banyak jika tidak mahu ada masalah berat badan.
Mungkin ramai yang akan sangka bahawa salad itu hanya ada aneka sayur dan anda tidak salah. Ia memang sangat popular sebagai salah satu makanan organik namun usah lupa, kita juga ada salad buah!
Berikut buah yang ideal untuk salad anda!
Keliru untuk campur buah apa ke dalam menu pencuci mulut anda? Tenang, ikut contoh di bawah:
#1. Aneka buah sitrus
Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak jenis buah sitrus seperti kiwi, oren, limau, lemon dan macam-macam lagi. Demi rasa dan warna salad yang menarik, kiwi dan oren adalah pilihan yang sangat bagus.
Tidak kurang dengan itu, buah sitrus memang kaya dengan vitamin khususnya C yang amat bagus untuk kesihatan mata, otak, otot, tulang serta perut selain tinggi dengan kandungan serat.
#2. Variasi buah beri
Keluarga buah yang bagus untuk menu pencuci mulut anda seterusnya adalah beri. Wujud banyak jenis yang anda boleh pilih daripada strawberi, rasberi, mulberi, beri biru serta banyak lagi.
Apa yang menakjubkan adalah ia turut tinggi dengan vitamin terutama C yang bukan sahaja bakal memberi impak seperti di atas malahan kaya antioksidan yang boleh melawan radikal bebas.
#3. Pisang
Merupakan buah yang rendah harga tetapi tinggi nilai, pisang punya pelbagai jenis multivitamin, serat, potasium, kalium, antioksidan serta banyak lagi fitonutrien untuk tubuh badan. Jadi, kenapa tidak untuk ia dimasukkan ke dalam menu salad anda itu?
#4. Nanas
Ramai percaya jika nanas tidak bagus untuk ibu hamil sedangkan ini tidak benar. Sebenarnya, ia adalah sumber pelbagai jenis multivitamin, serat, antioksidan, kalium, natrium serta banyak lagi nutrien-nutrien penting untuk kesihatan tubuh badan anda!
#5. Epal
Benarlah kalau orang kata makan sebiji epal setiap hari mampu menjauhkan doktor daripada kita kerana buah ini ternyata bukan sahaja bagus untuk aspek kesihatan malah kecantikan.
Sama ada warna merah atau hijau, kedua-duanya kaya dengan pelbagai jenis vitamin khususnya A, C dan K, serat serta sifat antioksidan yang dipercayai mampu mencegah penyakit termasuk kanser.