Khasiat air kelapa manfaat kesihatan untuk manfaat kesihatan tidak perlu dipertikaikan lagi. Ia termasuk mengembalikan kehilangan air dan mineral dalam badan terutamanya selepas berolahraga.
Namun, benarkah minuman ini berkesan dalam memberikan penghidratan diperlukan tubuh selepas bersukan?
Ingin mengetahui dengan lebih lanjut? Jom baca artikel ini okay!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Kenali air kelapa
Secara semula jadi ia bersifat menyegarkan dan mempunyai rasa manis yang tersendiri.
Di samping itu, ia turut mengandungi karbohidrat mudah dicerna dalam bentuk gula dan elektrolit.
Tidak boleh dikelirukan dengan santan atau minyak lemak tinggi, air kelapa adalah cecair yang jernih di tengah buah yang diambil daripada kelapa muda dan hijau.
Minuman ini mengandungi sekitar 46 kalori setiap satu cawan di samping menyediakan kira-kira 9 gram karbohidrat, 2 gram protein dan sifar lemak.
Bukan itu sahaja, ia juga meningkatkan pengambilan mikronutrien tertentu yang memberikan faedah khusus kepada pelari.
Khasiat air kelapa setelah berolahraga
Air kelapa dikatakan mampu menjadi minuman semula jadi yang sangat baik untuk kesihatan.
Tanpa perlu menambah gula tambahan dan pewarna, air ini sudah sangat enak dan menyegarkan untuk diminum begitu sahaja.
Tambahan pula jika diminum setelah bersukan, minuman ini memiliki berbagai-bagai manfaat seperti:
#1 Mengembalikan cecair tubuh yang hilang
Penelitian yang diterbitkan dalam Journal of Physiological Anthropology and Applied Human Science menyatakan, dengan meminum air ini setelah olahraga membantu mengisi kembali cairan tubuh yang hilang.
Dengan itu, mereka yang bersukan terutamanya para atlet akan dapat elak daripada dehidrasi yang mampu membahayakan kesihatan.
Namun, ia tidak memiliki kandungan natrium dan elektrolit sebanyak minuman tenaga yang dijual di pasaran.
Oleh itu, anda juga boleh mengambil minuman tenaga yang lain jika melakukan aktiviti olahraga yang berat.
#2 Menjaga tubuh kekal bertenaga, antara khasiat air kelapa
Untuk pengetahuan, minuman ini turut mengandungi karbohidrat yang mudah dicerna dalam bentuk gula semula jadi.
Disebabkan itu, minuman ini mampu menjaga tahap tenaga dalam tubuh dan daya tahan otot semasa berolahraga.
Pun begitu, kandungan karbohidrat di dalamnya adalah lebih sedikit jika dibandingkan dengan minuman tenaga.
Jika anda bersukan dalam tempoh masa sekitar lebih dari 90 minit, tubuh tidak akan memiliki kembali tenaga yang mencukupi jika hanya minum air kelapa.
Baca juga:
#3 Mengandungi kalium dan magnesium
Selain mengandungi karbohidrat yang mudah dicerna, ia juga terkandung mikronutrien, kalium dan magnesium, yang biasanya hilang daripada tubuh apabila berolahraga.
Kalium berfungsi dengan membantu menjaga kontraksi otot, hubungan sistem saraf, dan fungsi jantung agar kekal normal.
Tambahan itu, secawan air kelapa terkandung sekitar 600mg kalium yang diperlukan oleh tubuh badan.
Sementara magnesium pula merupakan mikronutrien yang berguna untuk mengatur fungsi otot dan saraf.
Justeru, dengan mengambil minuman ini semasa dan setelah olahraga, kedua-dua nutrien di dalamnya dapat memastikan tubuh berfungsi pada tahap optimum.
- Nota: Tidak perlu menambah gula
Untuk memaksimumkan tahap hidrasi tubuh setelah olahraga, anda tidak disarankan untuk menambahkan gula ke dalam minuman ini.
Menambahkan gula ke dalam air ini sama sahaja seperti menambah kalori tambahan yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Oleh itu, minumlah air kelapa tanpa sebarang gula atau pemanis tambahan agar khasiatnya dapat dimanfaatkan secara maksimum.
Air kelapa & minuman lain
Air kelapa sering dianggap sebagai alternatif yang baik berbanding air dan minuman tenaga lain. Untuk memahami kelebihan minuman ini, teruskan membaca okay!
-
Khasiat air kelapa dan air kosong
Penyelidikan telah mengkaji bagaimana minuman ini dibandingkan dengan air kosong untuk tujuan penghidratan semasa bersukan.
Sebilangan besar kajian yang membandingkannya dengan air kosong atau minuman tenaga adalah agak terhad.
Disebabkan itu, kebanyakan kajian merumuskan minuman ini tidak begitu berkesan untuk menghidrat tubuh selepas bersukan jika dibandingkan dengan air kosong.
Walau bagaimanapun, ia masih mengandungi kalori (sumber tenaga) dan mikronutrien yang dapat mengekalkan tubuh yang bertenaga selepas bersukan.
-
Air kelapa dan minuman tenaga
Seperti yang anda sedia maklum, minuman tenaga cenderung untuk mengandungi jumlah gula yang tinggi.
Bertentangan dengan khasiat air kelapa yang sudah sedia enak diminum begitu sahaja, ia tidak perlu ditambah dengan pemanis tambahan.
Pun begitu, air kelapa tidak mengandungi sumber elektrolit terutama natrium, yang terdapat dalam minuman tenaga dan diperlukan untuk menggantikan semua elektrolit yang hilang melalui peluh.
Walau bagaimanapun, satu kajian mendapati air kelapa dapat mengurangkan rasa mual, meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan masalah sakit perut jika dibandingkan dengan minuman tenaga.
Apa yang dapat disimpulkan?
Penting untuk kalian yang gemar bersukan kekal hidrat terutamanya selepas melakukan aktiviti senaman bagi mengganti semula cecair yang telah dikeluarkan.
Ya, minuman semula jadi ini boleh menjadi salah satu cara untuk melakukannya, namun pilihan lain seperti air kosong serta minuman tenaga juga boleh menjadi alternatif yang bagus selepas bersukan.
[embed-health-tool-bmr]