Rata-ratanya, peserta menilai individu yang mempunyai obesiti sebagai ‘kurang berkembang’ berbanding individu yang tidak mempunyai obesiti. Secara purata, peserta meletakkan individu yang mempunyai obesiti kira-kira 10 mata di bawah individu yang tidak mempunyai obesiti. Dehumanisasi adalah yang paling biasa dalam kalangan peserta yang lebih kurus, tetapi juga telah diperhatikan dalam kalangan peserta yang akan diklasifikasikan secara perubatan sebagai ‘overweight’ atau ‘obese’.
Individu-individu yang secara terang-terangan melakukan dehumanisasi terhadap mereka yang mempunyai obesiti, lebih cenderung untuk menyokong dasar kesihatan yang mendiskriminasi individu disebabkan oleh berat badan mereka. Salah seorang penyelidik, Eric Robinson menyatakan, ia adalah perkara biasa bagi masyarakat untuk bercakap tentang kegemukan dalam cara yang tidak wajar, dengan menggunakan kata-kata berkaitan haiwan untuk menerangkan mengenai masalah yang berkaitan dengan makanan (cth. ‘pigging out’ atau ‘makan dengan banyak atau secara tamak’) atau menggunakan imej yang menghilangkan maruah individu yang hidup dengan obesiti. Obesiti adalah masalah kompleks yang dipacu oleh kemiskinan dan komponen genetik, psikologi dan alam sekitar secara signifikan. Dehumanisasi secara jelas atau tidak jelas daripada mana-mana kumpulan adalah salah secara moral dan dalam konteks obesiti, apa yang kita juga tahu ialah stigma yang mengelilingi obesiti sebenarnya merupakan halangan untuk membuat perubahan gaya hidup sihat untuk jangka panjang.
Baca juga:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen