backup og meta

Kenapa Senaman Bukan Cara Terbaik Untuk Hilang Berat Badan?

Kenapa Senaman Bukan Cara Terbaik Untuk Hilang Berat Badan?

Anda berlatih di gim selama 1 jam sehari, 5 kali seminggu dan kini, anda masih gemuk! Kenapa ye? Salah ke teknik senaman yang anda praktikkan untuk hilang berat badan? Degil sangat ke lemak kat perut ni? Ikuti artikel ini untuk mengetahui jawapannya. 

Kajian berkenaan senaman dan hilang berat badan

Kebaikan melakukan senaman secara kerap sering diuar-uarkan melalui video di YouTube, jurnal-jurnal perubatan dan buku-buku motivasi.

Ia merangkumi kebaikan pada aspek produktiviti, kekuatan minda dan pengurangan berat badan.

Namun tahukah anda berkenaan dengan beberapa kajian saintifik yang telah membuktikan bahawa senaman bukanlah alternatif terbaik untuk seseorang individu itu hilang berat badan?

Berikut merupakan dapatan-dapatan kajian yang boleh menjadi contoh:

Anda mungkin berminat:

  • Beberapa kajian lain menunjukkan penggunaan tenaga sewaktu aktiviti senaman tidak mempunyai hubungan dengan penurunan berat badan dalam jangka masa panjang. 
  • Kajian meta-analisis yang lain tidak menjumpai kaitan yang kuat di antara aktiviti senaman dan penurunan berat badan

Berdasarkan kepada kesemua kajian yang telah dijalankan pada masa lalu, kita boleh rumuskan bahawa aktiviti fizikal cuma memberikan kesan minima terhadap proses hilang berat badan.

Tanpa penyelarasan faktor lain seperti gaya pemakanan, paten tidur dan sebagainya, anda mungkin akan mengalami kenaikan berat badan dan bukannya penurunan.

Namun, tidak dinafikan bahawa senaman boleh memberikan kesan terbaik dalam aspek kesihatan dan produktiviti individu. 

Keseimbangan kalori keluar dan masuk

hilang berat badan

Pada tahun 1958, pengkaji Max Wishnofsky telah mencipta satu algoritma bagi memudahkan penjangkaan penurunan berat badan.

Menurutnya, 1 paun lemak badan bersamaan dengan 3,500 kalori dan jika anda mengambil 500 kalori kurang daripada keperluan badan harian, anda akan mengalami penurunan berat badan sebanyak 1 paun seminggu.

Namun, pengkaji pada masa kini merasakan algoritma ini terlalu mudah. Tubuh badan manusia bukanlah satu sistem yang statik.

Ia merupakan sistem yang dinamik dan penggunaan kalori boleh berubah mengikut keperluan semasa. 

Sebagai contoh, selepas melakukan aktiviti senaman, sesetengah individu mengalami kelembapan reaksi, menjurus kepada penggunaan tenaga yang sedikit pada aktiviti yang tidak melibatkan senaman.

Mereka terdorong untuk menggunakan lif, tidur selepas aktiviti senaman dan melakukan aktiviti yang tidak melibatkan banyak pergerakan disebabkan oleh keletihan.

Fenomena ini dipanggil sebagai compensatory behaviours. Ia bagi mengimbangi penggunaan kalori harian.

Akibatnya, pengurangan kalori yang dianggap 500 sehari sebenarnya lebih kurang daripada itu. Skala pemberat anda tidak akan menunjukkan perubahan yang ketara.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang bersenam kebiasaannya akan mengambil kalori lebih banyak daripada jumlah yang biasa mereka ambil.

Ini berikutan kurang kesedaran berkenaan dengan kalori makanan yang diambil atau membuat anggaran berlebihan berkenaan dengan jumlah kalori yang digunakan semasa bersenam.

Bayangkan, sepotong piza, boleh membuatkan senaman selama 1 jam sia-sia, begitu juga dengan minuman kopi mocha dan kon aiskrim.

Jika anda tahu secara objektif berkenaan dengan maklumat kalori tersebut, sudah tentu anda akan menjauhi makanan sebegitu.  

Apa yang berkesan untuk hilang berat badan?

senaman

Menurut The National Weight Control Registry, terdapat beberapa persamaan di antara mereka yang berjaya menurunkan berat badan serta mengekalkan penurunan itu dalam jangka masa panjang:

  • Mereka timbang berat sekurang-kurangnya sekali seminggu
  • Mereka mengehadkan pengambilan kalori
  • Mereka mengehadkan pengambilan makanan tinggi lemak 
  • Mereka melakukan aktiviti fizikal secara kerap

Penurunan berat badan yang signifikan boleh dicetuskan dengan mengimbangi faktor pemakanan, kekerapan aktiviti fizikal dan tidur.

Pengambilan kalori merupakan faktor yang paling besar memandangkan mudah untuk kita mengambilnya namun sukar untuk kita menggunakannya.

Kajian menunjukkan bahawa amalan pemakanan seimbang beserta senaman boleh memberikan kesan penurunan berat terbaik berbanding dengan sekatan kalori semata-mata.

Konklusi

Senaman tidak akan memberikan kesan penurunan yang maksima. Ia boleh menguatkan kesan penurunan berat badan jika ia diamalkan bersama dengan sekatan kalori harian.

Walau bagaimanapun, senaman penting bagi memastikan kesihatan individu secara umum dalam keadaan baik.

Mereka yang bersenam secara kerap terhindar daripada penyakit kardiovaskular, mempunyai kestabilan emosi dan mental yang baik.

Jangan tinggalkannya hanya kerana ia tidak berkesan dalam menurunkan berat badan. Lakukannya untuk kebaikan yang lain.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The science is in: exercise won’t help you lose much weight. (https://www.vox.com/2018/1/3/16845438/exercise-weight-loss-myth-burn-calories). Diakses pada 30 Oktober 2019.
  2. Why you shouldn’t exercise to lose weight, explained with 60+ studies. (https://www.vox.com/2016/4/28/11518804/weight-loss-exercise-myth-burn-calories). Diakses pada 30 Oktober 2019.

Versi Terbaru

04/05/2020

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Jangan Percaya 4 Mitos Senaman Ini!

Ini Salah Faham Tentang Senaman Yang Menjadi Kepercayaan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 04/05/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan