backup og meta

6 Vitamin & Mineral Paling Penting Buat Anak, Tapi JANGAN Beri Pada Budak Bawah 4 Tahun!

6 Vitamin & Mineral Paling Penting Buat Anak, Tapi JANGAN Beri Pada Budak Bawah 4 Tahun!

Tumbesaran seorang anak adalah sangat penting buat setiap ibu bapa. Bagi memastikan tumbesaran mental dan fizikal anak anda terjamin, diet yang mengandungi vitamin dan mineral paling penting perlu diamalkan. Ikuti artikel ini untuk mengetahui dan merancang pemakanan yang terbaik buat anak anda.

Vitamin dan Mineral Paling Penting

#1. Vitamin A

Vitamin A akan memberi sumbangan yang sangat hebat untuk tumbesaran anak anda kerana ia membantu menguatkan sistem imun, memperbaiki tisu dan tulang serta bagus buat kulit dan mata yang sihat. Vitamin A boleh ditemui dalam produk tenusu seperti susu dan keju, telur dan sayur-sayuran kuning seperti lobak atau labu.

#2. Vitamin B

Vitamin daripada kumpulan vitamin B terutamanya B2, B3, B6, dan B12 memainkan peranan penting dalam melancarkan sistem metabolisme anak anda, menambah penghasilan tenaga serta memperbaiki sistem saraf anda. Contoh makanan yang tinggi kandungan vitamin B adalah daging, ayam, telur, susu, kekacang dan ikan.

#3. Vitamin C

Vitamin C sangat bagus untuk kulit, tisu dan otot anak anda. Tomato, sayur-sayuran hijau atau buah-buahan sitrus adalah kaya dengan vitamin C.

#4. Vitamin D

Vitamin D sangat terkenal dengan kebolehannya membantu membentuk tulang yang kuat di samping membantu proses penyerapan kalsium. Cahaya matahari adalah sumber terbaik vitamin D. Selain itu, contoh makanan yang mengandungi vitamin D adalah ikan berlemak, kuning telur, bijirin dan buah oren.

#5. Kalsium

Sama seperti vitamin D, kalsium membantu dalam membantu membentuk tulang yang kuat. Yogurt, susu, keju dan tofu adalah antara contoh sumber utama kalsium.

#6. Zat besi

Otot dan sel darah merah adalah tidak sihat jika ia kurang mengandungi kandungan zat besi. Untuk anak perempuan, zat besi akan memainkan peranan yang lebih penting apabila mereka mula mencapai akil baligh kelak. Antara contoh makanan yang kaya dengan zat besi adalah daging merah, ayam belanda, bayam dan kekacang.

Cara lain untuk memberikan anak anda vitamin dan mineral paling penting

Ya, diet yang seimbang adalah cara yang terbaik untuk memberikan mereka vitamin dan mineral paling penting yang diperlukan. Namun begitu, anda juga mungkin perlu memberikan mereka suplemen. Ikuti tip berikut untuk mengelakkan sebarang komplikasi:

  • Sebelum memberikan anak anda apa-apa suplemen, berbincang terlebih dahulu dengan doktor. Ini bertujuan untuk mengelakkan anak anda mempunyai sebarang kesan sampingan ubat-ubatan tersebut terhadap kesihatan mereka.
  • Kanak-kanak di bawah usia 4 tahun tidak boleh mengambil suplemen multivitamin dan megavitamin tanpa saranan doktor untuk mengelakkan mereka terlebih dos.
  • Jangan biarkan anak anda mempercayai bahawa suplemen yang mereka ambil itu adalah gula-gula. Ajar mereka akan suplemen itu dan kepentingannya terhadap mereka.
  • Anda boleh memberikan mereka suplemen yang boleh dikunyah jika anak anda tidak mahu mengambil suplemen dalam bentuk pil atau cecair.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Kids’ Vitamins and Minerals: Top 6 Nutritional Needs & Vitamin Tips. http://www.webmd.com/parenting/vitamins-for-kids-do-healthy-kids-need-vitamins#1. Accessed April 17, 2017.

Versi Terbaru

12/05/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Betulkah Biji Chia Berkhasiat? Ini 7 Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 12/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan