backup og meta

3 Tip Pemakanan untuk Anak Remaja

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 07/06/2022

    3 Tip Pemakanan untuk Anak Remaja

    Menyediakan makanan untuk anak remaja sama sukarnya dengan memujuk anak kecil untuk makan! Ini kerana, anak remaja sudah pandai untuk menjaga badan dan bimbang dengan berat badan mereka. Walau bagaimanapun, pada usia remaja, anak anda akan melalui pelbagai perubahan fizikal yang memerlukannya mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang.

    Makan makanan sihat

    Anda mungkin risau jika anak anda gemarkan makanan rapu pada usia sebegini. Makan makanan sihat tidak bermakna anak anda perlu meninggalkan langsung kesemua makanan rapunya. Makan makanan sihat bermaksud mereka perlu menyeimbangkan makanan dan mengurangkan minuman manis serta makanan segera. Nutrien yang perlu ada dalam makanan seperti protein, karbohidrat, dan lemak diperlukan sebagai sumber tenaga untuk tubuh.

    • Protein memberikan sehingga 50% daripada berat badan. Makanan kegemaran anak remaja selalunya mengandungi amaun protein yang tinggi, seperti daging, ayam, turki, ikan, telur, dan keju.
    • Karbohidrat, ditemui dalam kanji dan gula, merupakan sumber tenaga utama untuk badan. Meskipun semua karbo memberikan anda lonjakan tenaga, namun tidak semua karbo adalah sama. Pakar Pemakanan menasihatkan anak remaja untuk mengambil 50% hingga 60% kalori daripada makanan karbohidrat kompleks (sayuran berkanji, sayur kacang, kacang pis, dan sayuran hijau) dan mengambil sedikit karbohidrat ringkas (gula, gula-gula, minuman tenaga dan minuman soda).
    • Lemak hanya diperlukan tidak lebih daripada 30% daalam pemakanan anda. Anak remaja selalunya mengelak untuk makan makanan lemak, namun sebenarnya, lemak juga penting sebagai sumber tenaga dan vitamin larut lemak: A, D, E, dan K.
    • Vitamin dan mineral juga hanya diperlukan dalam amaun yang kecil, tetapi tiada alasan untuk anda tidak mengambilnya. Anak remaja perlu memberi perhatian pada pengambilan amaun kalsium, zat besi, zink, dan vitamin D.

    Jangan melangkau sarapan pagi

    Jika anak anda selalunya tidak mengambil sarapan pagi, anda perlu menyediakan sarapan pagi untuk seisi keluarga. Melangkau sarapan pagi tidak akan membantu anak remaja menurunkan berat badan, malah ianya juag tidak elok untuk kesihatan mereka.

    Idea snek yang sihat

    Anak remaja memerlukan banyak tenaga untuk tumbesaran mereka. Berbanding membiarkan anak anda makan makanan seperti burger ataupun minum minuman ringan, cuba ajar mereka untuk makan snek berkhasiat. Anda boleh memenuhkan peti sejuk anda dengan snek berkhasiat seperti buah-buahan segar, supaya apabila mereka berasa lapar, mereka boleh senang mendapatkan snek berkhasiat di rumah.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 07/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan