Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana orang korea boleh memiliki kulit halus, mulus, cantik dan bersih tanpa sebarang solekan? Untuk makluman anda, makanan korea sebenarnya mengandungi zat-zat yang sihat dan mereka juga mengamalkan prinsip makanan adalah ubat kepada kecantikan.
Gwenchana (tidak mengapa)! Mari ikuti artikel ini sehingga tamat kerana kami akan kongsikan khas buat anda mengenai jenis makanan korea yang lazat dan sihat yang patut anda cuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat sila dapatkannya di sini.
Makanan korea yang sedap dan sihat
Sebenarnya, makanan orang korea terdiri daripada lemak dan karbohidrat yang sangat rendah.
Misalnya, kebanyakkan adegan dalam drama korea pasti memaparkan jenis makanan yang mengunakan cara masakan melalui rebusan, panggang dan bersama sajian yang berasaskan sayur-sayuran, kimchi (sayur yang diperam), atau jeon (lempeng) dan sebagainya.
Berikut kami kongsikan kepada anda beberapa jenis makanan orang korea yang enak dan sihat yang boleh ditambah dalam diet harian anda untuk mendapatkan kulit yang berseri.
Bibimbap ini merupakan sejenis makanan nasi campur yang terdiri daripada nasi putih, sayur-sayuran, sos gochujang dan juga telur separuh masak.
Cara untuk makan makanan ini juga mudah dimana anda boleh mengaul sahaja kesemua ramuan tersebut dalam satu mangkuk.
Anda juga boleh mencuba makanan ini di restoran makanan korea atau menyediakan hidangan ini sendiri di rumah sahaja.
Jenis makanan orang korea ini sihat kerana ia kaya dengan nutrien sayur-sayuran yang mengandungi vitamin A seperti lobak merah dan rumpai laut kering.
Bibimbap ini juga mengandungi serat, asid amino penting dan juga bahan antioksida daripada sayur-sayuran cendawan hitam, tauge dan zukini.

Untuk pengetahuan anda, kimchi merupakan salah satu hidangan yang paling popular di Korea Selatan. Ia merupakan menu pelengkap yang wajib dimakan bersama hidangan yang lain.
Kimchi terdiri daripada sayuran lobak dan kubis yang telah diperap bersama bahan lain seperti bawang putih, halia, ikan bilis dan lada merah.
Kajian ada mengatakan juga bahawa kimchi dapat membuat kulit anda berseri dan menggalakkan lagi pertumbuhan rambut yang bersinar.
Secara amnya, 100 gram kimchi, kebiasaannya mengandungi 22 kalori, 0,32g lemak, 4,16g karbohidrat, dan 1,73g protein.
Berikut merupakan beberapa manfaat apabila anda makan kimchi:
Makanan korea yang viral tetapi tidak menyihatkan
Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa makanan korea yang tidak sihat untuk pemakanan harian anda. Berikut merupakan beberapa makanan orang korea yang tidak sesuai untuk anda ambil secara berlebihan:
Tidak dapat dinafikan bahawa rasa ayam goreng korea ini enak, ranggup dan kebiasannya disediakan bersama sos manis.
Namun begitu, ayam goreng korea ini sebenarnya tidak sihat untuk dimakan selalu kerana ia tinggi dengan kandungan lemak, garam dan juga kalori.
Tetapi anda juga boleh mengurangkan jumlah kalori dengan menggunakan air fryer di rumah berbanding menggoreng ayam tersebut menggunakan minyak.

Jajangmyeon adalah makanan berasaskan mee yang mengandungi pelbagai bahan lain seperti pes kacang, wain beras, stok ayam dan juga tepung jagung.
Makanan jenis ini sebenarnya mengandungi karbohidrat dan protein yang tinggi. Ia juga tinggi dengan kandungan garam, minyak dan bahan perasa lain yang boleh memudaratkan kesihatan badan anda juga.
Oleh itu, anda disarankan untuk mengambil makanan ini sekurang-kurangnya seminggu sekali sahaja kerana ia akan menambah berat badan anda lagi dan menyebabkan kalori anda juga bertambah.

Ramyeon adalah sejenis makanan segera yang juga popular di Korea. Makanan jenis ini sering dimakan oleh mereka yang kesibukan, memiliki masa yang terhad dan mempunyai bajet yang sedikit.
Ramyeon ini boleh disamakan dengan makanan segera di Malaysia seperti maggi segera. Mee daripada ramyeon ini diperbuat dari tepung gandum, minyak sayur dan pelbagai perasa yang lain.
Secara amnya, sebungkus ramyeon sebenarnya mengandungi kira-kira 317 kalori tanpa nutrien. Ia juga tinggi dengan kandungan sodium yang boleh meningkatkan lagi risiko kanser perut, jantung dan juga strok.
Oleh itu, anda tidak digalakkan untuk mengambil makanan ini selalu kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah dan memberi kesan negatif kepada buah pinggang dan juga jantung anda.
Anda dinasihatkan untuk sentiasa bersederhana dan tidak mengambil makanan orang korea secara berlebihan. Tidak salah sekiranya anda ingin mencuba makanan kegemaran anda, namun aspek kesihatan menjadi keutamaan bagi memastikan kesihatan tubuh badan anda sentiasa terjamin.