backup og meta

5 Makanan Tinggi Potassium Terbaik, Bagus Buat Orang Yang Darah Tinggi!

5 Makanan Tinggi Potassium Terbaik, Bagus Buat Orang Yang Darah Tinggi!

Kebanyakan orang mungkin hanya akan fokus pada 3 makronutrien paling utama iaitu protein, lemak dan karbohidrat. Namun kebanyakannya seringkali terlupa kepada mikronutrien seperti potassium. Persoalannya, apa antara contoh makanan yang tinggi potasium ini?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Apa maksud & fungsi nutrien potassium?

Untuk pengetahuan anda semua, potassium atau kalium adalah antara mineral penting yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Pengambilan sekitar 100 miligram sehari begitu digalakkan.

Sebenarnya, mineral ini mampu dihasilkan secara semula jadi dalam tubuh badan manusia. 80% daripada jumlah itu wujud pada otot manakala sisanya pula di sel tulang, sel darah dan organ hati.

Kenapa ia penting? Nutrien potassium ini diperlukan oleh tubuh badan untuk tujuan yang berikut:

makanan tinggi kalium
Kepentingan potassium dalam badan.

Dalam erti kata lebih mudah, kepentingannya sebaris dengan mineral lain seperti kalsium, sodium, selenium, magnesium, 3 zat utama (besi, zink, tembaga) dan lain-lain. Disebabkan itu pula, kita perlu lebih banyak mengambil makanan yang tinggi potasium.

Contoh makanan yang tinggi potasium

Dalam usaha untuk mendapatkan jumlah potassium yang tinggi dalam tubuh badan, sila berikan lebih perhatian terhadap makanan tinggi potassium Malaysia yang anda ambil. Contoh makanan yang tinggi potasium:

Makanan tinggi potassium #1. Ubi kentang

Ramai orang yang keliru sama ada ia termasuk di dalam kategori sayur atau buah. Dalam pada itu, tidak ramai pula yang tahu bahawa ia sebenarnya sangat tinggi dengan mineral potassium.

Dikatakan bahawa setiap 100 gram ubi kentang mengandungi sekitar 396 miligram potassium, 2 per 3 wujud dalam isi manakala 1 per 3 lagi pada kulit, memang jumlah yang agak tinggi!

Disebabkan itu pula, ramai pakar yang menyarankan agar anda tidak membuang malah memakan kentang ini dengan isi bersama kulit bagi mendapatkan sumber mineral ini dengan lebih banyak.

Makanan tinggi potassium #2. Ubi bit

Selain kentang, ada satu lagi jenis ubi yang juga tinggi dengan potassium iaitu ubi bit. Juga dikenali dengan nama ubi jalar merah, ia turut mempunyai banyak lagi manfaat kesihatan yang lain.

Kandungan potassium di dalam ubi ini adalah sekitar 565 miligram di dalam setiap 100 gram. Kalau hendak dibandingkan, jumlah mineral itu jauh lebih tinggi berbanding dengan ubi kentang.

Cara untuk ambil ubi bit ini juga lebih pelbagai di mana anda boleh makan ia begitu sahaja selepas dikukus dan dipanggang atau mencampurkan ia dengan nasi serta lauk dalam menu seharian.

Kalium juga wujud dalam #3. Kacang merah

makanan yang tinggi potasium
Manfaat pengambilan kacang merah.

Ada banyak jenis kacang yang tinggi dengan mineral ini namun kacang merah adalah yang terbaik.

Dipercayai bahawa di dalam setiap 100 gram kacang ini memiliki sekitar 360 miligram kalium. Ia juga kaya dengan manfaat serat dan antioksidan yang bagus untuk tubuh badan manusia.

Apabila digabungkan ketiga-tiganya, kacang merah boleh membantu memulihkan masalah radang, melancarkan sistem perut serta menurunkan risiko pelbagai jenis penyakit yang kronik.

Makanan tinggi potassium #4. Susu

Sekotak susu segar mengandungi kira-kira 150 miligram potassium. Lebih menarik, jumlah ini akan meningkat lebih tinggi jika ia diproses menjadi produk tenusu lain seperti yogurt atau keju.

manfaat minum susu
Perbezaan jenis susu dan manfaatnya.

Di dalam setiap 100 gram produk tenusu lain, kandungan kalium ini boleh mencecah 300 miligram selain turut tinggi dengan nutrisi lain seperti kalsium yang sangat bagus untuk tulang anda.

Tidak hanya itu, makanan yang tinggi potasium ini juga adalah salah satu sumber probiotik terbaik dan akan memberi manfaat kepada kesihatan sistem pencernaan, penghadaman dan selera makan.

Makanan tinggi potassium #5. Jeruk

Ada banyak jenis jeruk namun yang paling popular adalah jeruk buah dan sayur. Dikatakan jeruk dengan rasa masam yang sangat kuat boleh mempunyai kira-kira 470 miligram mineral ini.

Tidak kurang dengan itu, jeruk juga tinggi dengan kandungan nutrisi daripada keluarga vitamin seperti vitamin A, B1 (folat), B9 (tiamin) serta beberapa jenis sebatian antioksidan yang lain.

Menurut Journal of Medicinal Food, pengambilan jeruk bersama dengan makanan yang tinggi mineral kalsium serta vitamin jenis D mampu membantu membuat tulang lebih tumpat dan padat.

Kesimpulan

Kini, anda telah mengetahui jenis makanan yang tinggi potasium dan bagus untuk tubuh badan manusia. Namun begitu, terdapat juga bahaya potassium tinggi untuk tubuh badan anda.
Sebaiknya, dapatkan nasihat dan informasi daripada doktor anda terlebih dahulu tentang pengambilannya ya!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Potassium, https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/potassium/, Accessed Jul 1 2022.
  2. 10 Foods That Are High in Potassium, https://health.clevelandclinic.org/10-foods-that-are-high-in-potassium/, Accessed Jul 1 2022.
  3. High-Potassium Foods, https://healthy.kaiserpermanente.org/health-wellness/health-encyclopedia/he.high-potassium-foods.abo9047, Accessed Jul 1 2022.
  4. Potassium Content of Foods, https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=111893, Accessed Jul 1 2022.
  5. High-Potassium Foods, https://www.peacehealth.org/medical-topics/id/abo9047, Accessed Jul 1 2022.

Versi Terbaru

25/03/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Masalah Paras Potassium (Kalium) Rendah

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 25/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan