backup og meta

Jika Ada Penyakit Tekanan Darah Tinggi, Anda Patut Cuba Amalkan DIET Jenis Ini!

Jika Ada Penyakit Tekanan Darah Tinggi, Anda Patut Cuba Amalkan DIET Jenis Ini!

Jutaan penduduk dunia menderita penyakit tekanan darah tinggi dan angka ini dilihat tidak akan menurun. Sebaliknya, bilangan pesakit kondisi ini kian melonjak berkali ganda dalam masa 40 tahun lantas mendatangkan kegusaran kita semua. Selain mengambil ubatan dan rawatan, katanya ada satu diet untuk pesakit darah tinggi atau hipertensi.

Apakah ia? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu tentangnya!

 Diet untuk pesakit darah tinggi: DASH

Disebabkan lonjakan angka penderita hipertensi yang makin meruncing, pakar diet telah menghasilkan diet khas bernama Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH).

Diet khas ini adalah diet untuk pesakit darah tinggi kerana ia berkemampuan mengurangkan risiko mereka diserang komplikasi organ jantung.

Buat anda yang mungkin masih belum tahu, ia merupakan diet yang berfokuskan kepada makanan berasaskan tumbuhan dan mengelakkan daging haiwan.

Ini bermakna komposisi asas diet ini adalah buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, kekacang serta daging yang telah dikategorikan sebagai sihat sahaja.

Daging yang diperkatakan itu bukanlah daging merah sebaliknya daging putih seperti ayam dan ikan selain turut tidak menggalakkan gula, garam dan lemak.

 diet untuk pesakit darah tinggi

Dengan usaha ini, ramai pakar diet percaya risiko penyakit hipertensi ini mampu dikurangkan ke tahap terkawal jika amalkan diet untuk pesakit darah tinggi ini.

Apa manfaat diet DASH?

Seperti mana yang kita semua telah tahu, diet ini dicipta khas buat pesakit tekanan darah tinggi bagi mengelakkan komplikasi teruk daripada berlaku.

Untuk pengetahuan anda, diet DASH akan membantu penderita hipertensi dengan 2 cara utama iaitu:

#1. Mengawal tekanan darah

Tekanan darah adalah satu unit ukuran untuk mengukur tekanan yang terdapat pada salur darah dan organ badan yang dikira melalui dua kategori iaitu:

  • Tekanan sistolik: Tekanan pada salur darah apabila jantung berdegup
  • Tekanan diastolik: Tekanan pada salur darah di antara degupan jantung

Tekanan yang normal biasanya adalah dalam lingkungan bacaan 140/90 dan sekiranya lebih daripada itu, ia sudah dianggap penyakit tekanan darah tinggi.

Sebagai salah satu usaha mengawalnya, diet DASH sangat disarankan untuk diamalkan kerana ia berupaya menurunkan bacaan ini.

Pun begitu, diet ini bukanlah satu-satunya usaha yang perlu dilakukan untuk mengawal hipertensi sebaliknya ubatan dan rawatan masih perlu diambil.

#2. Mengawal berat badan

 diet untuk pesakit darah tinggi

Untuk pengetahuan anda, individu mungkin lebih berisiko menghidap kondisi tekanan darah tinggi jika mereka mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.

Disebabkan itu, anda sangat disarankan untuk menurunkan berat badan sekiranya anda tinggi risiko atau sudah menghidap penyakit hipertensi ini.

Salah satu cara paling utama untuk mengawal berat badan adalah melalui diet pemakanan dan di sinilah diet DASH akan memainkan peranannya.

Ini kerana diet ini akan menyingkirkan segala lemak, gula, garam dan lain-lain unsur yang menggemukkan sekali gus mengurangkan kalori.

Dengan pengamalan diet ini, anda bukan sahaja dapat menurunkan berat badan malahan juga risiko serangan hipertensi kelak nanti.

Kebaikan diet untuk pesakit darah tinggi ini

Dalam pada itu, kalian yang mahu mencuba diet DASH ini juga perlu tahu bahawa terdapat beberapa lagi manfaatnya yang lain terhadap kesihatan termasuklah:

  • Mengurangkan risiko kanser
  • Menurunkan risiko diabetes
  • Merendahkan risiko sindrom metabolik
  • Merendahkan risiko serangan jantung

Kebaikan yang dinyatakan ini mungkin disebabkan oleh pengambilan tinggi tumbuhan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bagus untuk kesihatan.

Disebabkan itu, ramai juga dalam kalangan individu biasa yang tidak menghidap penyakit tekanan darah tinggi ingin mencuba diet ini demi kesihatan tubuh badan.

 diet untuk pesakit darah tinggi

Persoalannya, adakah boleh untuk mereka mengamalkannya?

Jawapannya adalah ya kerana kajian tidak menyatakan bahawa bukan penderita hipertensi tidak boleh mengamalkan diet DASH ini.

Ia juga sudah tentu lebih bagus kerana pengambilan unsur tidak sihat seperti garam, gula, lemak dan daging merah akan dikurangkan.

Selain itu, ia juga mungkin merupakan alternatif lebih baik berbanding menjadi seorang vegetarian yang langsung tidak akan menyentuh daging.

Konklusinya, diet untuk pesakit darah tinggi ini sudah tentu bagus untuk individu terutamanya penderita hipertensi!

Pun begitu, sila rujuk dengan pakar diet terlebih dahulu sebelum mula mengamalkannya agar tidak timbul komplikasi yang tidak diingini kemudian hari nanti.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. DASH diet: Healthy eating to lower your blood pressure. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/dash-diet/art-20048456. Accessed Dec 3, 2021.
  2. Sample menus for the DASH diet. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/dash-diet/art-20047110. Accessed Dec 3, 2021.
  3. DASH Eating Plan. https://www.nhlbi.nih.gov/health-topics/dash-eating-plan. Accessed Dec 3, 2021.
  4. Diet Review: DASH. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/healthy-weight/diet-reviews/dash-diet/. Accessed Dec 3, 2021.
  5. The DASH Diet and the Mediterranean Diet. https://www.dashdiet.org/. Accessed Dec 3, 2021.

Versi Terbaru

03/12/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

WOW! Percaya Atau Tidak, Ada Satu Jenis Diet Yang Boleh Bantu Kita Lawan Depresi!

Azam Tahun Baharu Nak Fit & Langsing? Jom Mulakan Diet Eat Clean Hari Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/12/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan