backup og meta

4 Suplemen Kurus Yang Selamat Dan Berkesan, Jangan Beli Sembarangan!

4 Suplemen Kurus Yang Selamat Dan Berkesan, Jangan Beli Sembarangan!

Pada zaman ini, terlalu banyak suplemen kurus atau pil kurus yang dijual di pasaran. Dengan pelbagai jaminan yang kadangkala tidak masuk dek akal, bagaimana kita dapat memilih produk yang terbaik untuk kesihatan?

Menurut National Institutes of Health (NIH), hampir 15% orang dewasa di Amerika Syarikat pernah mengambil suplemen untuk menguruskan berat badan. 

Sudah tentulah, wanita lebih banyak menggunakannya berbanding lelaki.

Suplemen kurus datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Sebotol pil kurus boleh mengandungi sehingga 90 jenis bahan yang berbeza. 

Antara bahan yang lazim digunakan ialah serat, kafein dan mineral tertentu yang bertujuan untuk membakar lemak dengan lebih pantas. 

Menurut pakar, keberkesanan suplemen ini masih lagi diragui. 

Walaupun ada suplemen yang berkesan dan dapat membantu kita menurunkan berat badan, namun ada juga yang boleh mendatangkan bahaya terhadap kesihatan.

Jika anda ingin mengambil suplemen kurus, ada beberapa jenis suplemen yang selamat dan dapat membantu anda menurunkan berat badan.

Suplemen kurus terbaik

suplemen kurus

Kami faham, bukan mudah untuk menurunkan berat badan, lebih-lebih lagi apabila kita sudah berusia.

Dengan metabolisme yang perlahan dan keinginan untuk makan yang tinggi, proses untuk menurunkan berat badan merupakan sesuatu yang sukar dan mencabar.

Pil kurus yang terbaik sepatutnya dapat membantu anda membakar lemak degil, mengurangkan keinginan untuk makan dan menambah tenaga harian.

Lebih baik lagi jika anda boleh mencari pil kurus yang mengandungi 100% bahan semula jadi.

Jika anda sedang mencari suplemen yang dapat membantu anda menurunkan berat badan, kami telah senaraikan 4 jenis suplemen terbaik yang disokong oleh pakar.

1. Suplemen teh hijau

Teh hijau merupakan makanan super yang digemari ramai. Malah, khasiatnya juga tidak perlu diperjelaskan lagi.

Ekstrak teh hijau juga merupakan salah satu bahan yang telah dikaji dengan ekstensif oleh pakar. Penggunaannya sebagai suplemen kurus juga didapati berkesan dan selamat.

Kombinasi antara kafein dan catechins di dalam teh hijau merupakan antara mekanisme yang ideal untuk penurunan berat badan.

Kafein dapat meningkatkan pembakaran lemak badan. Catechin pula merupakan sejenis antioksidan yang dapat membantu mengurangkan inflamasi dan mempercepatkan penurunan berat badan.

2. Vitamin B12

Menambah suplemen B12 di dalam diet harian mungkin dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan lebih pantas.

Vitamin ini dapat meningkatkan metabolisme badan yang secara tidak langsung akan mempercepatkan pembakaran lemak.

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Frontiers in Endocrinology, individu yang kurang mengambil vitamin B-12 didapati mempunyai berat badan berlebihan.

Oleh sebab itu, cuba tambahkan makanan yang mengandungi vitamin B12 dalam diet harian anda. Ia amat bermanfaat untuk memastikan anda kekal kurus dan langsing.

3. Probiotik

suplemen kurus

Probiotik merupakan bakteria atau yis hidup yang amat bermanfaat untuk badan. Ramai yang sangka bakteria dan yis ini adalah sejenis kuman yang boleh menyebabkan penyakit. 

Namun, badan manusia sebenarnya mengandungi pelbagai bakteria, dan ada di antaranya merupakan bakteria ‘baik’ yang mempunyai tugas masing-masing untuk memastikan kita kekal sihat. 

Probiotik bukan sahaja baik untuk kesihatan sistem pencernaan, ia juga dapat membantu anda menurunkan berat badan!

Selain itu, ada juga kebaikan tambahan yang boleh anda dapati daripada suplemen probiotik. Ia dapat mengekalkan bakteria baik dalam perut pada tahap yang sihat walaupun anda melakukan perubahan dalam diet.

4. Inulin

Inulin merupakan satu komponen serat yang boleh dijumpai di dalam pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan seperti pisang, bawang, asparagus dan gandum. 

Suplemen ini dapat membantu anda menurunkan berat badan dan menstabilkan microbiota perut.

Oleh sebab itu, suplemen yang mengandungi inulin mungkin dapat membantu mereka yang ingin menguruskan badan. Dalam masa yang sama, suplemen ini juga dapat mengawal selera makan.

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang ingin mengambil suplemen untuk kurus ini, anda dinasihatkan untuk minum air dengan banyak bagi mengelakkan sebarang ketidakselesaan.

Kaji sebelum beli suplemen kurus

suplemen kurus

Sebelum membeli apa-apa jenis suplemen, pastikan anda kaji dulu senarai kandungannya.

Selain itu, periksa juga kesahihan suplemen kurus tersebut supaya ia tidak akan mendatangkan sebarang bahaya kepada anda pada masa hadapan.

Selain itu, ibu yang mengandung tidak digalakkan untuk mengambil apa-apa jenis suplemen. Dalam masa yang sama, sebarang produk yang menjanjikan penurunan berat badan yang drastik perlu dielakkan.

Ada beberapa jenis suplemen di pasaran yang mengandungi ubat-ubatan preskripsi yang berbahaya terhadap kesihatan.

Bukan itu sahaja, suplemen juga boleh menyebabkan tindak balas yang berbahaya terhadap badan. 

Sebagai contoh, ephedra merupakan sejenis herba yang sering digunakan untuk tujuan menguruskan berat badan.

Ephedra telah diharamkan penggunaannya oleh FDA kerana ia boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak sekata, strok, sawan dan sakit jantung.

Oleh sebab itu, lakukan kajian terlebih dahulu sebelum membeli apa-apa jenis suplemen. Disebabkan harganya yang mahal, pastikan anda tidak menghabiskan duit untuk membeli produk yang tidak berkesan.

Kesimpulan

Pil kurus selalunya dijual sebagai makanan tambahan. Antara bahan yang terkandung di dalam suplemen ini ialah vitamin, mineral, serat, kafein dan juga herba lain.

Ada di antara pil ini yang dikatakan dapat menguruskan badan dengan pantas, menambah nutrisi, menguatkan tenaga, membina otot atau membakar lemak.

Walau bagaimanapun, pastikan anda lakukan kajian sebelum membeli.

Ingatlh! Suplemen juga bukanlah ubat. Ia juga tidak boleh digunakan untuk mengubati sebarang penyakit.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dietary supplements for weight loss. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/weight-loss/in-depth/weight-loss/art-20046409. Accessed January 5, 2022.
  2. Dietary Supplements for Weight Loss – Health Professional Fact Sheet. https://ods.od.nih.gov/factsheets/WeightLoss-HealthProfessional/. Accessed January 5, 2022.
  3. Inulin: Properties, health benefits and food applications. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27178951/. Accessed January 5, 2022.
  4. Inverse Association Between Serum Vitamin B12 Concentration and Obesity Among Adults in the United States. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6610317/. Accessed January 5, 2022.
  5. Probiotics: What is it, Benefits, Side Effects, Food & Types. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/14598-probiotics. Accessed January 5, 2022.

Versi Terbaru

15/03/2022

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini Baik Buruk 5 Jenis Suplemen Untuk Penghidap Diabetes, MESTI Rujuk Doktor Sebelum Ambil!

7 Perkara Kena Tahu Sebelum Ambil Suplemen Agar Buah Pinggang Terjaga!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 15/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan