backup og meta

Nak Elak Orang Tua Dapat Jangkitan? Berikan Mereka Makanan Kaya Probiotik Ini!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/11/2023

    Nak Elak Orang Tua Dapat Jangkitan? Berikan Mereka Makanan Kaya Probiotik Ini!

    Pernahkah anda mendengar mengenai probiotik? Antara faedah probiotik adalah dapat memastikan kesihatan usus manusia terjaga. Namun, probiotik juga sangat berperanan penting dalam aspek penuaan dan panjang umur.

    Bagaimana ia bertindak? Jawapannya ada dalam artikel ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini.

    Maksud probiotik dan mikrobiota

    Probiotik bermaksud jenis-jenis bakteria baik yang tinggal dalam tubuh badan kita dan berperanan menjaga fungsi tubuh badan dengan baik.

    Antara fungsi bakteria baik adalah untuk melawan jumlah bakteria jahat yang masuk ke dalam tubuh badan kita.

    Mikrobiota pula bermaksud segala mikroorganisme tertentu yang dijumpai pada kawasan atau persekitaran tertentu. Ini termasuklah kulat, protozoa, bakteria dan juga virus.

    Kesihatan usus warga emas semakin menurun

    kesihatan usus

    Dalam kalangan warga emas atau mereka yang telah berusia, kesihatan usus mereka semakin terjejas seiring dengan usia yang semakin lanjut. Komposisi mikrobiota dan tindak balas imun usus menjadi terjejas.

    Dalam kalangan warga emas juga, kepelbagaian bakteria baik dalam usus ini menjadi semakin menurun. Sesetengah bakteria tertentu mengalami penurunan dari segi jumlah, manakala jenis bakteria lain pula mengalami peningkatan.

    Namun, perubahan dalam ketidakseimbangan faedah probiotik ini tidak diketahui puncanya dengan jelas. Mungkin ia berlaku disebabkan faktor penuaan atau faktor lain seperti pertukaran diet harian dan juga aktiviti fizikal.

    Walaupun penuaan ini dilihat mempunyai kesan terhadap probiotik, namun perubahannya mungkin disebabkan oleh keadaan penyakit yang sering dialami warga emas atau pengambilan jenis ubat-ubatan tertentu. 

    Faedah probiotik dalam kesihatan usus warga emas

    Wujud kesedaran yang semakin meningkat mengenai faedah probiotik dalam menyeimbangkan mikrobiota usus. Ini bertujuan untuk menjaga kesihatan usus dan kesihatan umum dalam kalangan warga emas.

    Ujian klinikal yang menilai keberkesanannya terhadap populasi warga emas agak sedikit. Namun, ia mungkin menunjukkan bahawa manfaat kesihatan dapat dicapai melalui:

    • Kesan probiotik terhadap komposisi mikrobiota dalam populasi warga emas
    • Kesan probiotik terhadap gejala penyakit gastrousus utama

    Probiotik dengan kandungan bakteria Bifidobacterium dan Lactobacillus genera adalah antara yang paling banyak dikaji dalam ujian klinikal dengan populasi warga emas.

    Bakteria-bakteria ini boleh memulihkan mikrobiota yang sihat dan mengawal proses pengoksidaan dan keradangan.

    Ia amat bermanfaat dalam mengurangkan risiko jangkitan, dan gangguan sistem saraf dalam kalangan warga emas.

    Kajian mengenai faedah probiotik terhadap usus

    Dalam kajian terbaharu yang diterbitkan di mSphere oleh American Society for Microbiology, para penyelidik di China telah mengumpulkan dan menganalisis mikrobiota usus daripada lebih 1,000 orang Cina yang sihat.

    Peserta kajian kesemuanya berumur antara 3 tahun dan lebih daripada 100 tahun. Mikrobiota usus dikumpulkan daripada setiap peserta dan dianalisis menggunakan penjujukan gen 16S rRNA bersama dengan pelbagai teknik pengukuran.

    Para penyelidik mendapati, peserta daripada usia 30 tahun dan ke atas, mempunyai mikrobiota yang serupa dengan mereka yang jauh lebih muda daripada mereka.

    Hasil kajian ini menunjukkan kepada para penyelidik bahawa, dengan menetapkan (resetting) semula mikrobiota usus warga emas ke tahap yang lebih sihat, ia mungkin boleh mempengaruhi kesihatan seseorang pada masa akan datang.

    faedah probiotik

    Faedah probiotik menyihatkan usus, memanjangkan umur

    Apabila kita semakin berusia, kita sememangnya terdedah dengan pelbagai perkara dan kemungkinan. Ini termasuklah jenis makanan yang kita ambil, ubat-ubatan yang kita makan dan antibiotik yang diambil.

    Kesemua perkara ini sememangnya akan mengubah tahap bakteria dalam usus kecil kita. Semakin banyak bakteria probiotik dalam tubuh, maka semakin sihat usus kita.

    Dengan itu, secara umumnya, kita akan kurang mendapat penyakit serta menjadi lebih sihat dan panjang umur. 

    Ini jenis makanan yang kaya dengan probiotik 

    fungsi probiotik

    Bagi anda yang ingin menambahkan bilangan probiotik atau bakteria baik dalam usus anda, berikut adalah jenis makanan yang kaya dengan kandungan probiotik:

    Boleh dilihat, kesemua jenis makanan ini adalah makanan yang terhasil daripada proses penapaian dan penjerukan yang melibatkan bakteria. 

    Perlukan kajian lebih mendalam

    Secara umumnya, tidak dinafikan bahawa antara kesan makan probiotik adalah dapat melindungi warga emas daripada mudah dijangkiti penyakit.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengelakkan beberapa jenis penyakit yang berkaitan penuaan.

    Namun, kajian yang lebih terperinci dan mendalam diperlukan untuk melihat potensi sebenar probiotik dengan lebih baik. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 29/11/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan