backup og meta

Tengah Diet & Tak Sabar Nak Lihat Hasil, Tapi Berapa Lama Perlu Tunggu?

Tengah Diet & Tak Sabar Nak Lihat Hasil, Tapi Berapa Lama Perlu Tunggu?

Ketika mula berdiet, semangat diet anda pasti berkobar-kobar. Anda juga pasti akan rasa seronok dan teruja untuk melihat kesan diet kepada tubuh badan anda.

Adakah anda semakin langsing? Dagu semakin meruncing atau pipi tembam semakin membujur?

Namun, setelah lama anda memerhatikan pantulan anda pada kaca cermin, anda mula rasa ragu-ragu.

“Macam tak ada perubahan je,” detik hati anda.

Relaks, diet dan senaman yang sihat tidak akan membuatkan anda kurus dalam sekelip mata.

Malah, diet ataupun senaman yang menurunkan berat badan secara drastik adalah tidak sihat dan lebih banyak membawa mudarat daripada kebaikan.

Pakar menyarankan untuk anda turun berat badan sedikit demi sedikit. Pengurangan yang selamat ialah sekitar 1/2 kilogram seminggu ataupun 2 kilogram dalam masa sebulan.

Jika anda melakukan diet secara drastik, ada kemungkinan untuk anda berasa amat lapar dan kemudiannya makan secara berlebihan. Ini akan mengakibatkan diet anda jadi sia-sia!

Semangat diet nak turunkan berat badan secara sihat

semangat diet

Bukan mudah untuk memulakan perjalanan anda dalam menurunkan berat badan. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Tetapi, apa yang penting, anda haruslah lakukannya dalam kadar yang sihat.

Ikuti tip-tip kami di bawah.

1. Semangat diet? Kena ada target sendiri

Jika anda baru hendak memulakan diet, pastikan anda mempunyai target berat badan yang ingin dicapai.

Pastikan anda target sekurang-kurangnya 10% penurunan berat badan dari berat asal dalam masa 6 bulan. Jika berat asal anda ialah 100 kilogram, cuba target sekurang-kurangnya 10 kilogram.

Walaupun 10 kilogram mungkin tidak nampak banyak pada kaca mata anda, tetapi penurunan sebanyak 10% ini sudah cukup untuk membuatkan tekanan darah, kadar kolesterol dan kadar gula dalam darah anda menjadi semakin baik.

Jika anda sudah turun berat sebanyak 10% tetapi anda masih lagi obes, ketahuilah bahawa risiko anda untuk menghidap penyakit yang berkaitan dengan obesiti juga telah menjadi rendah.

2. Mulakan senaman dan diet ikut keupayaan diri

Selain itu, penting untuk anda memulakan senaman dan diet mengikut keupayaan diri terlebih dahulu. Jangan paksa diri kerana anda mungkin akan tercedera akibat bersenam terlalu banyak.

Cuba mulakan senaman dan diet dengan kadar yang realistik. Walaupun senaman mungkin nampak mudah dan simple pada awalnya, tetapi lama-kelamaan, kadar kesihatan fizikal anda akan meningkat.

Peningkatan ini akan membolehkan anda untuk meningkatkan tahap senaman anda.

Anda akan dapat melihat perubahan positif dari segi tenaga, keupayaan anda untuk bergerak, mood harian dan juga keyakinan diri.

3. Disiplin paling penting!

semangat diet

Rahsia di sebalik kejayaan individu yang berjaya menurunkan berat badan ialah disiplin!

Ada pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk kekal bersemangat.

Sebagai contoh, anda boleh menyimpan diari makanan (food diary) untuk tujuan kiraan kalori ataupun menggunakan aplikasi dalam telefon pintar untuk mengingatkan anda bersenam.

Anda juga boleh cuba sertai komuniti berdekatan anda yang mempunyai minat dan matlamat yang sama seperti anda.

Sebagai contoh, anda boleh sertai Facebook group tentang penjagaan berat badan untuk informasi mengenai diet dan senaman.

Tabia tyang baik mengambil masa sekurang-kurangnya 12 minggu untuk dibentuk.

Jika anda berjaya mengharungi semua cabaran dan juga kekal fokus dalam perjalanan anda untuk menguruskan badan, tidak mustahil untuk habit ini terus kekal bersama anda hingga ke akhir hayat.

Nampak kurus ke? Mestilah jika kesan diet berhasil!

Setelah mengambil kira kesemua tip-tip di atas, perubahan yang dapat dilihat mungkin sedikit perlahan. Namun, ini bukanlah bermaksud anda tidak akan nampak perubahan kesan diet langsung!

Di bawah kami sertakan contoh perubahan yang anda dapat lihat setelah bersenam dan mengamalkan diet secara konsisten.

semangat diet

Minggu 1 – 2: Anda dapat melihat penurunan berat badan sebanyak 1-3 kilogram. Anda akan rasa lebih bersemangat dan cergas.

Mungkin sukar untuk anda mengelakkan makan makanan bergula dan fast food. Namun cubalah untuk kekal disiplin supaya anda dapat membentuk habit yang sihat di kemudian hari.

Minggu ke-3: Anda mula rasa lemau dan malas. Tetapi, jika anda teruskan dengan plan anda, anda akan dapat lihat keberkesanannya pada alat penimbang.

Minggu ke-4: Anda mungkin telah kehilangan hampir 4 atau 5 kilogram ketika ini. Mungkin ada telah mula mendengar puji-pujian daripada orang sekeliling tentang keberkesanan diet dan senaman anda!

Konklusi

Jika anda disiplin dalam mengamalkan senaman dan diet, anda akan dapat rasai perubahannya pada tubuh badan.

Seluar akan menjadi longgar dan anda akan nampak perubahan dalam berat badan anda. Mungkin penurunan berat ini juga akan membuatkan wajah anda lebih runcing!

Apa yang penting, anda perlu lakukannya dalam keadaan yang sihat ya! Jangan bahayakan tubuh anda semata-mata untuk kelihatan cantik!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

CDC. 2020. Losing Weight. February 4. https://www.cdc.gov/healthyweight/losing_weight/index.html.

CDC. 2015. Losing Weight: Getting Started. December 10. https://www.cdc.gov/healthyweight/losing_weight/getting_started.html.

Help Guide. 2019. How to Lose Weight and Keep It Off. June. https://www.helpguide.org/articles/diets/how-to-lose-weight-and-keep-it-off.htm.

Mayo Clinic. 2019. Weight Loss. October 10. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/weight-loss/basics/diet-plans/hlv-20049483.

Mayo Clinic. 2019. Weight loss: 6 strategies for success. December 18. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/weight-loss/in-depth/weight-loss/art-20047752.

MyHEALTH Portal. n.d. 7 Langkah Mengurangkan Berat Badan. http://www.myhealth.gov.my/7-langkah-bagi-mengurangkan-berat-badan/.

MyHEALTH. 2012. Pengurusan Berat Badan. April 20. http://www.myhealth.gov.my/pengurusan-berat-badan/.

NHS. 2019. Start the NHS Weight Loss Plan. November 29. https://www.nhs.uk/live-well/healthy-weight/start-the-nhs-weight-loss-plan/.

 

Versi Terbaru

24/12/2021

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Nak Diet Tapi Nak Juga Makan Makanan Sedap? Cuba 9 Jenis Makanan Diet Ini!

5 Manfaat Kalau Anda Amalkan Diet Sihat Dan Seimbang! #4 Itu Paling Utama?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 24/12/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan