backup og meta

7 Tip Berkesan Untuk Bantu Anda Capai Berat Ideal

7 Tip Berkesan Untuk Bantu Anda Capai Berat Ideal

Berdiet merupakan pilihan kebanyakan individu yang mahu menurunkan berat badan. Tapi banyak yang terhenti di tengah jalan. Apa kata cuba 7 cara menguruskan badan ini, pasti berkesan jika anda patuhinya! 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Sering gagal berdiet?

Siapa yang tidak pernah gagal dalam berdiet? 

Setelah berminggu-minggu (atau mungkin bulan) mengikuti diet sihat untuk menguruskan badan, sedikit sebanyak anda dapat lihat kemajuan yang dicapai.

Bukan sekadar itu, berat badan impian juga hampir diperolehi. Senang cerita, semuanya dalam keadaan baik dan berjalan lancar sehinggalah anda melakukan ‘hari mengelat’ atau cheat day.

Umumnya, cheat day adalah dengan menjadikan 1 hari dalam seminggu sebagai hari yang memberi anda peluang untuk makan apa sahaja.

Tapi malangnya, daripada cuma SEHARI, ia ‘melekat’ pada anda. Setiap hari anda mengelat daripada menjaga pemakanan atau berdiet. 

Cheat day punca tidak dapat menguruskan badan 

Ia mungkin bermula daripada hanya potongan kecil coklat kepada 2 3 keping dengan saiz lebih besar setiap hari. 

Mungkin juga ia berlaku secara mendadak seperti sambutan ulang tahun kelahiran atau perayaan yang membuatkan anda terlupa tentang matlamat menguruskan badan dan makan tanpa henti

Tidak kira yang mana 1 alasannya, dalam kedua-dua kes ini akan menyebabkan wujud rasa bersalah dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan mengenainya.

Pertama sekali, usah menyalahkan diri sendiri dalam hal ini. Percayalah, apa yang anda lalui adalah 1 situasi normal yang pernah dilalui oleh rata-rata individu yang mahu berdiet. 

Terima kesilapan itu dan kembali berusaha mendapatkan diet sihat anda. Tetapi bagaimana? Bertenang, Hello Doktor ada tip yang boleh membantu. 

7 tip menguruskan badan 

menguruskan badan

Lupakan kegagalan diet anda yang sebelum ini dan buka buku baru untuk melakukan penurunan berat badan, okay?

  1. Jangan langkau waktu makan

Apabila berdiet, pasti anda terfikir untuk melangkau waktu makan kerana ingin mengurangkan pengambilan kalori.

Kesannya, anda akan menjadi lebih lapar pada waktu makan seterusnya dan ini meningkatkan kemungkinan untuk makan secara berlebihan.

Sudah pasti ia punca peningkatan berat badan.

  1. Catatan jurnal dan tetapkan semula matlamat

Dikatakan individu yang cuba menguruskan badan dan mencatatkan setiap pengambilan kalori dalam jurnal cenderung lebih berjaya mencapai penurunan berat badan.

Pantau juga pengambilan garam, lemak dan juga karbohidrat setiap hari.

  1. Buat perancangan

Rancang pemakanan berdasarkan jumlah kalori, karbohidrat, lemak atau garam untuk seharian. 

Pilih sarapan pagi yang baik, seperti bijirin atau oat, buah-buahan, dan susu. Pilih hidangan salad pada waktu hidangan makan tengah hari. 

Hidangan makan malam pula boleh mengandungi sumber protein rendah lemak seperti ikan bakar atau dada ayam dengan banyak sayuran hijau dan berwarna-warni seperti brokoli, lobak atau labu. 

menguruskan badan

  1. Elak makanan diproses atau segera

Makanan segera dan yang diproses biasanya tinggi kalori daripada lemak serta karbohidrat, dan rendah kandungan serat, vitamin mahupun mineral. 

Pilihlah buah dan sayur-sayuran serta ayam atau daging tanpa lemak mahupun ikan berbanding makanan yang diproses jika mahu menguruskan badan.

  1. Minuman manis bergula

Minuman manis memberi anda kalori tanpa sebarang faedah pemakanan lain.

Perbanyakkan pengambilan air kosong. Ia dapat memenuhi keperluan badan anda untuk cecair tanpa menambahkan kalori.

Mahukan sesuatu sebagai penambah rasa? Boleh, masukkan sepotong lemon, limau atau timun untuk sedikit rasa. 

Di samping itu, susu rendah lemak dan 100% jus buah atau sayuran juga merupakan minuman yang sihat untuk mereka sedang berdiet.

  1. Melakukan aktiviti kecergasan fizikal

Bila kali terakhir anda melakukan sebarang senaman? 

Aktiviti fizikal yang dilakukan secara berkala pastinya membantu dalam proses menguruskan badan. 

Bersenam membantu penurunan berat badan dengan membakar kalori tambahan. Selain itu, ia dapat meningkatkan mood dan membantu mengatasi keinginan anda untuk makan. 

susah kurus

  1. Ruang untuk ganjaran

Tinggalkan sedikit ruang untuk ganjaran setelah berdiet. 

Umumnya, apabila anda mengamalkan diet, ia secara semula jadi bermakna pemakanan anda terhad dan terkawal. 

Peruntukkan 100 hingga 150 kalori setiap hari untuk snek ringan atau sebarang makanan yang memberikan anda ketenangan.

Tetapi awas! Perhatikan saiz hidangan anda dan jangan ambil secara berlebihan pula.

Rehat mencukupi bantu menguruskan badan 

Selain menjaga pemakanan dan bersenam untuk menguruskan badan, rehat yang mencukupi juga penting.

Berdasarkan kajian, individu yang tidak mendapat tidur mencukupi akan meningkatkan jumlah ghrelin dan leptin dalam tubuh.

Kedua-dua hormon itu berfungsi untuk mengawal rasa lapar dan merangsang selera makan.

Maka, apabila kurang tidur, besar kemungkinan ia menyebabkan kecenderungan untuk menginginkan makanan yang akan menggemukkan badan, mengurangkan tahap tenaga serta membuatkan anda ingin makan secara berlebihan. 

Situasi ini bermaksud tahap produktiviti anda menjadi lebih rendah dan akan berdepan banyak kesukaran untuk bergerak cergas waktu pagi.

Anda harus selalu berusaha mendapatkan tidur berkualiti selama 7 hingga 9 jam setiap malam untuk meningkatkan tahap kesihatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Sept 13, 2020 from

https://health.gov/our-work/food-nutrition/2015-2020-dietary-guidelines

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/expert-answers/sleep-and-weight-gain/faq-20058198

https://health.clevelandclinic.org/do-cheat-meals-help-or-hurt-your-diet/

https://www.icwanm.org/too-many-cheat-meals/

https://www.beaumont.org/health-wellness/blogs/is-it-ok-to-have-a-cheat-day

https://kidshealth.org/en/teens/dieting.html

https://tntnutrition.org/reasons-to-not-use-the-word-cheat-meal/

Versi Terbaru

04/07/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Pssttt.. Rahsia Nak Turun Berat Badan Cuma Jaga Tidur Saja? Orang Nak Kurus Wajib Baca!

Badan Naik Lepas Raya, Cuba 7 Petua Kurus Ini, 'Confirm' Turun Berat Dalam 7 Hari!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 04/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan