backup og meta

Pemilik Darah Jenis B Yang Mahu Turun Berat Badan, Tak Boleh Makan Ayam?

Pemilik Darah Jenis B Yang Mahu Turun Berat Badan, Tak Boleh Makan Ayam?

Sekiranya anda termasuk dalam golongan jenis atau kumpulan darah B, berikut adalah senarai makanan yang boleh diamalkan atau dielakkan dalam usaha meningkatkan kualiti kesihatan dan menurunkan berat badan. Teruskan baca artikel!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Jenis darah umum – O, A, B, AB

Jenis darah anda ditentukan oleh genetik dan terdapat 4 jenis darah:

  • O
  • A
  • B
  • AB

Mereka yang terdiri daripada golongan kumpulan darah B mempunyai rangkaian ciri yang berbeza berbanding individu berdarah jenis O atau A.

Baca lagi artikel berkaitan:

Diet jenis darah diwujudkan oleh Peter D’Adamo, seorang doktor naturopati yang berteori bahawa individu bertindak balas dengan pelbagai makanan bergantung pada jenis darah mereka.

Rancangan ini diperkenalkan dalam bukunya yang diterbitkan pada tahun 1996 ‘Eat Right 4 Your Type,’ yang diperbaharui dengan edisi ulang tahun ke-20 pada tahun 2016.

Teori di sebalik diet adalah dengan memakan makanan dengan lektin (sejenis protein) yang tidak sesuai dengan jenis darah seseorang boleh menyebabkan sel darah blackouts.

kumpulan darah b

Ini yang disebut aglutinasi, dan mengakibatkan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, buah pinggang atau kanser.

Selain itu, D’Adamo juga percaya jenis darah seseorang mempengaruhi kemampuan mereka untuk mencerna dan menghadam banyak jenis makanan.

Ini kerana perbezaan pencernaan adalah berkaitan dengan jenis darah yang berbeza.

Makanan yang harus diamal & dielak, mengikut blood type!

Berikut adalah garis makanan yang boleh dimakan dan perlu dielak berdasarkan setiap jenis kumpulan darah:

  • Jenis O: Bagi darah jenis O, D’Adamo menyarankan agar menjauhi gandum, tenusu, kafein, dan alkohol. Justeru, amalkan buah-buahan, sayur-sayuran, dan daging organik tanpa lemak
  • Jenis A: Mereka yang darahnya jenis A pula disarankan untuk mengamalkan pemakanan yang cenderung ke arah diet vegetarian, termasuk protein soya, biji-bijian, dan sayur-sayuran. Mereka juga digalakkan untuk makan makanan organik dan segar
  • Jenis B: Bagi individu kumpulan darah jenis B dikenali sebagai omnivor yang boleh makan pelbagai jenis makanan. Namun, mereka harus menghindari makanan tertentu seperti jagung, gandum, soba, lentil, tomato, kacang tanah, dan ayam, sebaliknya digalakkan memilih daging kambing, arnab, sayur-sayuran hijau, telur, dan produk susu rendah lemak
  • Jenis AB: Golongan darah jenis AB pula digalakkan memilih tauhu, makanan laut seperti ikan mahi-mahi dan salmon, produk tenusu seperti yogurt, sayur-sayuran hijau seperti kangkung serta brokoli. Mereka harus menghindari kafein, alkohol dan cuba untuk makan lebih banyak hidangan kecil sepanjang hari, bersesuaian dengan diet anda

Dengan mengikuti rancangan makanan yang dirancang secara khusus mengikut jenis darah, individu dikatakan akan dapat mencerna makanan dengan lebih baik, menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

kumpulan darah b

Diet khusus untuk golongan kumpulan darah B!

Berita baik buat golongan kumpulan jenis darah B, anda dikatakan mempunyai sistem imun yang kuat, sistem pencernaan yang mampu bertoleransi dan daya ketahanan lebih baik terhadap penyakit kronik berbanding jenis darah lain!

Pun begitu, faktor terbesar yang boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan bagi golongan ini adalah jagung, gandum, mee soba, kekacang, tomato, kacang tanah dan biji bijan.

Setiap jenis makanan ini mempengaruhi kecekapan proses metabolik, yang mengakibatkan keletihan, fluid retention, dan hipoglikemia (penurunan gula darah yang teruk setelah makan).

Justeru, apabila makanan-makanan tersebut dielak dan amalkan makanan yang sesuai dengan jenis darah, kadar gula dalam darah akan kekal pada paras normal.

Bukan itu sahaja, salah satu ‘pengorbanan’ paling sukar yang harus dilakukan oleh golongan ini adalah dengan tidak makan ayam!

Ini kerana, ayam mengandungi lektin aglutinasi dalam tisu ototnya yang dapat menyerang aliran golongan kumpulan darah jenis B dan berpotensi menyebabkan strok dan gangguan imun!

Oleh sebab itu, D’Adamo menyarankan agar golongan ini menjauhkan diri daripada makanan berasaskan ayam dan menggantikannya dengan protein yang lebih bermanfaat seperti kambing, arnab dan daging rusa.

Di samping itu, makanan lain yang mendorong penurunan berat badan adalah pengambilan sayur-sayuran hijau, telur, dan susu rendah lemak.

Adakah diet kumpulan darah B ini benar berkesan?

kumpulan darah b

Penting untuk para pembaca fahami, tidak ada bukti saintifik yang menyokong diet mengikut kumpulan darah ini.

Satu kajian pada tahun 2014 menyatakan jenis pemakanan ini mungkin popular kerana menekankan pengambilan makanan yang seimbang, mengelakkan makanan diproses, dan bersenam.

Prinsip-prinsip ini juga sebenarnya dikaitkan dengan banyak jenis diet lain dan merupakan cadangan yang biasa diberikan oleh doktor dan pakar pemakanan untuk menambah atau menjaga kesihatan.

Pada tahun 2013, tinjauan sistematik dalam American Journal of Clinical Nutrition melihat 16 kajian sebelumnya mengenai diet jenis darah.

Susulan kajian tersebut, pakar menyimpulkan bahawa tidak ada bukti terkini yang mampu menyokong diet jenis darah.

Keempat-empat diet dalam golongan darah menekankan agar mengamalkan makanan sihat dan kerap bersenam, yang sudah tentu bermanfaat bagi kesihatan anda.

Namun begitu, untuk elak sebarang komplikasi kesihatan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar pemakanan berbanding mencuba diet ini secara melulu.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Blood Type Diet, https://www.winchesterhospital.org/health-library/article?id=214387, Accessed Mar 31 2021.
  2. Blood Type Diet, Fact or Fiction?, https://eatrightpa.org/members/blog/blood-type-diet-fact-fiction/, Accessed Mar 31 2021.
  3. The Blood Type Diet: Science or Fiction?, https://nutritionstudies.org/the-blood-type-diet-science-or-fiction/, Accessed Mar 31 2021.
  4. Does Science Support the Blood Type Diet?, https://foodrevolution.org/blog/does-science-support-the-blood-type-diet/, Accessed Mar 31 2021.
  5. Diet not working? Maybe its not your type, https://www.health.harvard.edu/blog/diet-not-working-maybe-its-not-your-type-2017051211678, Accessed Mar 31 2021.

Versi Terbaru

29/08/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Anda Pemilik Darah O & Sedang Turunkan Berat Badan? Nah Cuba Diet Ini, Mana Tahu Berkesan!

Kita Tahu Jenis Darah A, B, O, AB... Tapi Apa Pula Darah Bombay Ini? Tak Pernah Dengar Pun


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 29/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan