brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

5 Cara Untuk Anda Kurus Dengan Lebih Cepat Tanpa Perlu Bersenam, Berkesan!

Meskipun ada banyak petua dan tips untuk tampil lebih langsing di internet, ramai individu mungkin kurang sabar kerana ia akan makan masa yang lama. Jadi, bagaimana cara kurus dengan cepat?

5 Cara Untuk Anda Kurus Dengan Lebih Cepat Tanpa Perlu Bersenam, Berkesan!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Kenapa ramai individu mahu badan yang kurus?

Kebanyakan orang mengimpikan untuk memiliki badan yang kurus kerana merasakan ia adalah antara petanda diri mereka sihat dan cantik. Sedangkan, ia mungkin kurang tepat.

Sebenarnya, apa yang lebih penting di sini adalah mempunyai berat badan yang ideal dengan tinggi badan. BMI atau indeks jisim badan yang tepat amat wajar dipertimbangkan.

Bayangkan jika anda terlalu kurus sehingga terlihat seperti tulang yang berjalan, adakah ia imej yang menarik?

cara kurus dengan cepat

Pun begitu, anda juga tidak salah jika ingin menurunkan berat badan yang berlebihan untuk mengurangkan risiko penyakit seperti obesiti, kencing manis, sakit jantung dan lain-lain.

Dengan badan yang kurus bersama BMI di tahap ideal, anda akan berjaya mendapatkan tubuh lebih cantik dan sihat tanpa perlu merisaukan tentang kesan buruk di sebalik usaha itu.

Cara untuk kurus dengan cepat tanpa bersenam!

Seperti mana ramai sedia maklum, tiada langkah mudah untuk cepat kurus. Bersenam pada kadar dan intensiti yang sedikit tinggi merupakan salah satu cara paling efektif buat anda.

Memandangkan kita semua mungkin terlalu sibuk dan malas untuk bersenam, perlu ada beberapa alternatif berkesan lain agar hasrat untuk memiliki badan kurus itu mampu tercapai.

Ussah panik, kami ada beberapa cara kurus dengan cepat yang berkesan tanpa perlu bersenam seperti berikut:

Cara kurus dengan cepat #1. Pemakanan

Pertama dan paling penting, anda wajib jaga makan! Pemakanan tidak sihat merupakan punca utama anda gemuk!

Rahsia untuk pemakanan yang sihat terletak pada kadar pengambilan kalori seharian. Jadi, anda perlu kenal dan kira setiap unit kalori di dalam diet agar ia tidak terlalu berlebihan.

cara kurus dengan cepat

Dalam pada itu, ambil berat tentang dua kelas makanan ini iaitu karbohidrat dan protein. Anda perlu kurangkan karbo dan lebihkan protein tanpa lemak dalam usaha untuk kurus.

Jika anda sedang mencari jenis diet yang paling sesuai untuk dijalani bagi menguruskan badan, diet intermittent (IF) adalah antara cara pemakanan terbaik dan terpercaya oleh pakar.

#2. Banyak minum air kosong

Kedua, pengambilan cecair itu amat penting bagi mengekalkan hidrasi dalam badan. Namun, pengambilan air yang tinggi kandungan gula tentu sahaja tidak bagus untuk berat badan.

Sebaiknya, minum sahaja air kosong kerana gula merupakan penyumbang utama masalah berat badan berlebihan atau obesiti dan bukannya lemak seperti yang ramai orang sangka.

Dalam pada itu, minum air kosong turut mampu membantu membakar kalori dan meningkatkan kadar metabolisme.

#3. Waktu tidur yang cukup

Ketiga, anda perlu tidur dengan kualiti dan kuantiti tidur yang ideal agar badan lebih cepat kurus. Mengikut saranan pakar, individu dewasa perlu tidur sekitar 8 jam dalam sehari.

Kenapa? Anda perlu tahu bahawa kurang tidur boleh meningkatkan nafsu makan gara-gara peningkatan dua jenis hormon – ghrelin dan leptin lalu anda mungkin makan lebih banyak.

Dengan waktu tidur yang cukup juga, badan anda akan mampu berehat lantas dapat berfungsi dengan lebih baik lagi.

#4. Ambil ubat atau suplemen

Menurut kajian terbitan National Institutes of Health (NIH), hampir 15% orang dewasa di Amerika Syarikat pernah mengambil ubat atau suplemen untuk menguruskan berat badan.

cara kurus dengan cepat

Angka ini tidak mungkin mengejutkan kerana memang ada beberapa jenis ‘pil kurus’ yang boleh membantu usaha ada untuk menurunkan berat badan dengan sangat berkesan.

Pun begitu, ketahuilah bahawa di luar sana juga ada banyak produk tiruan atau produk tidak lepas piawaian sekali gus boleh mengakibatkan risiko berbahaya kepada pengguna.

Cara kurus dengan cepat #5. Pembedahan

Terakhir, individu mungkin mahu mempertimbangkan prosedur pembedahan bagi mendapatkan badan yang kurus!

Terdapat beberapa prosedur yang popular termasuk pembedahan pintasan perut, sedutan lemak dan macam-macam kaedah lain. Kesemuanya berkesan tetapi agak berbahaya.

Ini kerana selain tinggi kos, ia juga tinggi risiko di mana anda mungkin akan kembali menjadi gemuk semula terutama jika tidak menjalankan diet dan gaya hidup yang sihat.

Konklusinya, ada banyak cara kurus dengan cepat anda boleh cuba. Namun, ambil tahu setiap pro dan kontra dengan cara berhubung lalu berbincang dengan doktor anda ya?

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu