Air sama sekali tidak akan menyebabkan anda turun berat badan tetapi hanya mengekalkan tubuh badan kekal terhidrasi selain penting untuk kesihatan dan kecantikan. Jadi, teruskan minum lebih banyak air agar badan anda sentiasa kekal sihat namun bukan tujuannya untuk kurus.
Tips untuk kurus #3. Kurangkan makan snek
Pengambilan snek mungkin bakal menyukarkan anda untuk kurus dan ia amat bergantung kepada jenis snek yang diambil. Kalau anda masih mahu makan snek tetapi tidak ingin gemuk, sila elakkan pengambilan snek seperti kerepek, keropok atau coklat yang tinggi garam, gula dan lemak.
#4. Ambil ubat atau suplemen di pasaran
Kini, ubat atau suplemen untuk kurus sudah semakin banyak di pasaran seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Hakikatnya, produk-produk ini mungkin tidak akan berkesan malah berbahaya!
Punca utama ubat atau suplemen ini akan efektif kepada sesetengah individu adalah angkara kesan plasebo yang membuat mereka lebih prihatin dan waspada dengan menu serta diet seharian.
Meskipun wujud produk yang benar bagus, namun ia juga mungkin hanya akan mendatangkan hasil dalam jangka masa panjang dan tiada jaminan untuk sebarang kesan sampingan tidak timbul kelak.

Tips kurus dengan cepat #5. Berlapar
Apa yang jauh lebih membimbangkan, ada orang yang sanggup mengamalkan diet jenis crash iaitu berlapar sepanjang hari semata-mata ingin menurunkan berat badan yang telah berlebihan.
Ketahuilah bahawa ini adalah jenis diet yang sangat tidak digalakkan oleh pakar kerana ia umpama menyiksa, memaksa dan ‘membunuh’ diri tanpa wujud sebarang jaminan anda boleh kurus.
Baca lagi artikel berkaitan:
Sebaliknya pula boleh terjadi di mana tubuh badan anda yang sudah terlalu lapar dan tiada tenaga memberi isyarat kepada diri untuk mengidam makanan yang tinggi garam, gula serta lemak, lantas membuat anda lebih banyak makan lalu menjadi gemuk.
Konklusinya, memang wujud banyak tips kurus dengan cepat di internet namun tidak semua anda boleh percaya dengan mudah. Dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor tentangnya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen