Bulan Ramadan adalah bulan di mana umat manusia akan menjalankan ibadah puasa selama 30 hari.
Puasa ditakrifkan sebagai perbuatan menahan hawa nafsu, baik nafsu makan, emosi, dan sebagainya, dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
Namun di samping ibadah puasa yang memang dianjurkan dalam agama, benarkah bahawa puasa boleh menurunkan berat badan?
Jika anda mengalami terlebih berat badan, puasa adalah peluang untuk anda menurunkan berat badan.
Berpuasa tidak hanya boleh menurunkan berat badan, tetapi juga bermanfaat untuk kesihatan anda.
Bahkan kajian telah mendapati bahawa puasa dapat memperbaiki keadaan tekanan darah, kadar kolestrol, dan sensitiviti insulin anda.
Beberapa manfaat puasa untuk kesihatan
Proses lain yang berlaku semasa anda berpuasa adalah detoksifikasi.
Apabila anda berpuasa, racun yang tersimpan pada lemak tubuh anda dicairkan dan dikeluarkan dari tubuh anda.
Malah, selepas beberapa hari anda berpuasa, badan anda akan menghasilkan hormon endorfin (hormon yang akan membuat anda merasa bahagia) lebih banyak, sehingga memberi kesan pada kesihatan mental yang lebih baik.
Berpuasa juga merupakan cara berkesan untuk menjana semula jadi sel imun atau sel ketahanan badan anda.
Apabila anda berpuasa, badan cuba untuk menyimpan tenaga; salah satunya dengan mengitar semula sel imun yang tidak diperlukan atau berisiko untuk rosak.
Mengapa berpuasa dapat menurunkan berat badan?
Apabila anda berpuasa, badan anda tidak mendapat tenaga dari makanan yang anda ambil; makanan tersebut disimpan dalam bentuk glukosa pada hati dan otot.
Proses tersebut bermula lapan jam selepas anda mengambil makanan yang terakhir.
Apabila glukosa yang tersimpan digunakan, tubuh mula membakar lemak – yang kemudian dijadikan sebagai sumber tenaga.
Hal tersebutlah yang membuat berat badan anda berkurangan.
Penggunaan lemak sebagai tenaga juga dapat menjaga kekuatan otot serta menurunkan kadar kolesterol badan.
Oleh kerana itu, ketika anda berpuasa, anda perlu memberi perhatian kepada keseimbangan makanan yang anda ambil.
Makanan yang diambil harus mengandungi tenaga yang cukup, seperti makanan yang mengandungi karbohidrat dan lemak.
Namun, perkara yang perlu anda perhatikan adalah pola makan anda, terutamanya ketika berbuka.
Sering kali, kerana berpuasa seharian membuat anda berasa berat badan berkurangan, anda merasa tidak salah jika mengambil banyak makanan.
Padahal, puasa membuatkan metabolisme badan anda bekerja lebih lambat dari biasa.
Hal tersebut membuat anda lebih berisiko untuk bertambah berat badan jika mengambil makanan yang berlebihan.
Tip menurunkan berat badan ketika berpuasa
#1. Perhatikan pengambilan makanan anda
Ramai yang beranggapan bahawa untuk kekal bertenaga selama berpuasa seharian, anda perlu mengambil banyak karbohidrat sewaktu sahur.
Hal tersebut tidak berlaku jika anda ingin menurunkan berat badan – kerana anda dianjurkan untuk mengehadkan pengambilan karbohidrat yang berlebihan.
#2. Jangan tidur selepas sahur
Rasa mengantuk sering kali membuat anda tidak tahan untuk kembali tidur selepas sahur.
Padahal, tidur selepas sahur dapat membuat tubuh anda mengumpul kalori yang baru anda ambil.
#3. Minum air yang cukup
Kalian perlu ambil ekurang-kurangnya 8 hingga 12 gelas air kosong sehari.
Kekurangan cecair boleh menyebabkan dehidrasi, yang menyebabkan anda mengalami migrain atau sakit kepala.
#4. Lakukan senaman
Puasa bukanlah alasan untuk anda bermalas-malasan.
Jika anda hanya menghabiskan masa dengan duduk diam dan tidak melakukan apa-apa, anda akan lebih kerap merasa lapar.
Imaginasi fikiran anda akan lebih liar memikirkan berbagai macam jenis makanan.
Akhirnya, anda akan berpotensi untuk makan lebih banyak semasa berbuka.
Puasa memang mempunyai manfaat untuk kesihatan, termasuk boleh menurunkan berat badan anda.
Namun, jangan sampai anda tersalah niat kerana niat utama berpuasa adalah untuk beribadah, sedangkan turunnya berat badan adalah manfaat tambahan yang boleh anda dapatkan.
[embed-health-tool-bmi]