Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Beazyme biasanya diguna untuk mencegah dari edema dan keradangan.
Penagmbilan melalui mulut sebagaimana diarahkan doktor. Semak label ubatan untuk arahan penggunaan dos yang tepat. Ambil bersama makanan.
Beazyme paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Beazyme yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang ubat ini ke dalam tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum mengambil ubatan ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.
Beberapa reaksi alahan mungkin berlaku semasa menggunakan ubatan ini.
Tidak semua akan mengalami kesan sampingan ini. Mungkin ada beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda ada sebarang kerisauan mengenai kesan sampingan, sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda.
Ubat ini mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Terutamanya jika anda mengambil hidrogen peroksida.
Ubat ini mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.
Beazyme akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Kunyah atau hisab 2 tablet untuk hari pertama, kemudian 1 tablet untuk sekurang-kurangnya 5 hari.
Dos masih belum ditentukan khas buat pesakit pediatrik. Ianya mungkin tidak selamat buat anak anda. Adalah penting untuk anda faham sepenuhnya tahap keselamatan ubatan sebelum penggunaan. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.
Ubat ini boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos ubat ini, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen