Pertolongan Cemas untuk Reaksi Alahan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 01/12/2019
Share now

Sistem imun anda menghasilkan antibodi untuk melawan bahan-bahan asing supaya anda tidak akan sakit. Kadangkala sistem imun anda akan mengenal pasti bahan asing sebagai berbahaya walaupun sebenarnya tidak. Apabila ini berlaku, ia dipanggil reaksi alahan. Ketahui beberapa tip pertolongan cemas dalam menghadapi reaksi alahan untuk membantu anda menyelamatkan nyawa anda dan orang di sekeliling anda.

Reaksi alahan ini boleh berlalu disebabkan sebarang makanan, ubat, atau faktor persekitaran.

Bilakah anda memerlukan pertolongan cemas?

Anda perlu memberikan pertolongan cemas kepada pesakit jika mereka pernah mengalami reaksi alahan yang teruk pada masa lalu atau mempunyai simptom-simptom berikut:

  • Kesukaran bernafas atau nafas berdehit (wheezing)
  • Suara serak atau masalah bercakap
  • Rasa tegang pada tekak atau rasa seperti saluran pernafasan ditutup
  • Bibir, lidah, atau tekak yang bengkak
  • Denyutan jantung atau nadi laju
  • Mual, sakit perut, atau muntah
  • Kehilangan kesedaran
  • Kegelisahan atau pening
  • Simptom lain reaksi alahan yang teruk (anafilaksis).

Sekiranya anda mengalami alahan yang teruk, anda perlu menyimpan dua kit suntikan epinefrin dengan anda pada setiap masa dan pastikannya sentiasa tersedia.

Sesetengah maklumat yang perlu diberi perhatian mengenai anafilaksis

Reaksi alahan yang paling serius boleh menyebabkan anafilaksis. Reaksi ini boleh berlaku beberapa minit selepas pendedahan kepada alergen dan jika tidak dirawat, boleh mengakibatkan kehilangan kesedaran, jantung terhenti dan kesusahan bernafas.

Tanda-tandanya termasuklah:

  • Reaksi kulit seperti geligata, gatal-gatal, atau kulit pucat
  • Pening kepala, pitam atau pengsan
  • Muka bengkak
  • Nafas berdehit atau Masalah pernafasan,
  • Loya
  • Nadi lemah dan laju

Apa yang perlu anda lakukan jika anda bersam seseorang yang mengalami anafilaksis?

  • Hubungi nombor telefon kecemasan dengan segera.
  • Suntik dengan segera pada tanda pertama anafilaksis. Suntikan tidak boleh mencederakan mereka jika mereka sebenarnya tidak mengalami anafilaksis tetapi boleh menyelamatkan nyawa mereka. Jika pesakit tersebut mempunyai pelan tindakan anafilaksis dari doktor tentang cara menyuntik epinefrin dan langkah-langkah kecemasan lain, ikut pelan tersebut.
  • Cuba pastikan pesakit bertenang.
  • Bantu pesakit berbaring.
  • Naikkan kaki mereka kira-kira 12 inci dan selimutkan badan mereka.
  • Jika mereka muntah atau mengalami pendarahan, anda perlu mengiringkan mereka.
  • Pastikan pakaian mereka longgar supaya mereka boleh bernafas.

Lebih cepat pesakit mendapat suntikan epinefrin mereka, lebih baik. Anda harus mengelakkan memberi ubat oral, minuman atau mengangkat kepala mereka, terutama jika mereka mengalami masalah pernafasan.

CPR untuk anafilaksis

Jika pesakit tersebut tidak bernafas, batuk, atau bergerak, anda mungkin perlu melakukan CPR. Ini boleh dilakukan walaupun tanpa latihan CPR yang formal. CPR melibatkan melakukan tekanan dada, sekitar 100 kali per minit sehingga bantuan tiba. Sebaiknya anda mengambil bahagian dalam kelas latihan CPR jika ahli keluarga anda mempunyai sebarang simptom tindak balas alahan.

Sekiranya anda dapat mengawal pendedahan kepada alergen, risiko mengalami reaksi alahan akan berkurangan. Pastikan rakan sekerja dan kawan anda tahu tentang alahan anda dan di mana anda menyimpan suntikan epinefrin anda. Anda juga harus mengajar rakan anda bagaimana untuk merawat reaksi alahan, yang dapat membantu menyelamatkan nyawa.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Rujukan

    Severe Allergic Reaction Treatment. http://www.webmd.com/first-aid/severe-allergic-reaction-anaphylactic-shock. Accessed 22 November 2016.

    Allergic Reaction Treatment. http://www.webmd.com/first-aid/allergic-reaction-treatment. Accessed 22 November 2016.

    Allergic Reaction First Aid: What to Do?. http://www.healthline.com/health/allergies/allergic-reaction-treatment#Treatment5. Accessed 22 November 2016.

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Anda Suka Makan Pakai Tangan? Jangan Pelik Ini Mungkin Punca Naik Berat Badan

    Tahukah anda, mereka yang makan pakai tangan lebih menikmati makanan berbanding yang guna sudu? Ada banyak lagi dapatan kajian jika makan guna tangan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    JANGAN Ambil Mudah! Alahan Kulit Kacang Tanah Boleh Sebabkan MAUT Jika Tidak Cepat Dirawat

    Anda penggemar kacang tanah? Hati-hati jika anda juga adalah seorang yang mempunyai alahan kulit terhadap kacang tanah kerana ia boleh sebabkan maut

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Nak Panjang Umur? Amalkan Makanan Jepun Ini, Banyak Kebaikannya Buat Kesihatan!

    Jika anda biasa memakan ramen, anda tahu ia disirami dengan sup miso. Tetapi adakah anda tahu pes miso ini bantu panjangkan umur anda?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Anda Tahu Ada Asid Borik Dalam Mi Kuning? Ini BAHAYANYA Jika Anda Termakan Ia!

    Selalu makan mi kuning kan? Anda tahu bahawa asid borik banyak digunakan dalam pembuatan mi kuning dan juga bebola ikan sebelum ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz