Degupan jantung laju, palpitasi jantung atau takikardia ialah perasaan bahawa jantung anda berdegup dengan laju atau melangkau degupan jantung normal.
Anda juga mungkin akan merasai seperti jantung berlumba atau melompat dengan ritma yang tidak normal. Keadaan ini kadangkala dapat dirasai pada leher, tekak atau dada.
Persoalannya, kenapa degupan jantung laju? Apakah puncanya?
Teruskan pembacaan anda untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Apakah kebarangkalian degupan jantung laju?
Jantung berdegup laju ialah keadaan kesihatan yang biasa berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya.
Simptom
Apakah simptom degupan jantung laju?
Simptom yang biasa berlaku sewaktu kondisi ini ialah:
- Sesak nafas
- Pening
- Penat secara tiba-tiba
- Degupan jantung yang tidak normal
- Sakit dada
Sesetengah orang dengan takikardia tidak mempunyai sebarang simptom dan hanya disedari melalui pemeriksaan kesihatan.
Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor segera.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Anda patut menghubungi doktor jika mengalami simptom degupan jantung laju seperti yang dinyatakan di atas.
Punca
Apakah punca degupan jantung laju?
Degupan jantung tidak normal dan laju boleh jadi disebabkan pelbagai faktor seperti:
- Penyakit jantung
- Penyakit jantung yang diwarisi
- Anemia
- Senaman berlebihan
- Stres
- Tekanan darah tinggi
- Merokok
- Demam
- Eletrolik tidak stabil
- Penyalahgunaan alkohol atau pengambilan kafein berlebihan
- Kesan sampingan ubat
- Tiroid terlebih aktif
Faktor risiko
Terdapat banyak faktor risiko yang boleh terjadi, seperti:
- Penyakit arteri koronari
- Penyakit jantung
- Tekanan darah tinggi
- Penyalahgunaan alkohol atau kafein
- Stres
- Anemia
- Penyakit jantung yang diwarisi
- Keradangan jantung
- Penyakit paru-paru kronik
- Usia: jantung orang tua lebih berisiko tinggi mengalaminya
Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit degupan jantung laju didiagnosis?
Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk mencari punca degupan jantung laju. Anda mungkin akan ditanyakan soalan berkaitan aktiviti fizikal, tekanan harian, ubat yang anda ambil dan keadaan kesihatan diri. Ujian lain yang boleh membantu diagnosis termasuklah:
- Ujian darah atau air kencing dapat membantu mengesan kehadiran anemia, ketidakstabilan eletrolik atau masalah tiroid.
- Elektrokardiogram (ECG) dan pengawasan Holter adalah prosedur yang akan mengumpulkan signal eletrik jantung dan mengesan sebarang masalah dalam degupan jantung.
- Perakam (event recorder): perakam yang dipasang pada dada ini membantu merekodkan signal eletrik jantung.
- X-ray.
- Ekokardiogram ialah pemeriksaan ultrabunyi untuk memeriksa struktur dan fungsi jantung.
Bagaimana pesakit dirawat?
Rawatan bagi masalah ini bergantung kepada puncanya. Dalam sesetengah kes, kondisi ini tidak berbahaya tanpa perlu rawatan.
Tapi jika kondisi itu disebabkan punca lain, doktor mungkin menyarankan rawatan tertentu untuk mengurangkan simptom dan mengelakkan keadaan bertambah buruk.
- Ubat: Ubat tertentu dapat membantu memperlahankan degup jantung. Ini kerana, kondisi ini boleh meningkatkan risiko anda mengalami darah beku. Anda mungkin diarahkan mengambil pencair darah untuk mengelakkan strok atau serangan jantung.
- Terapi fizikal: Doktor akan melakukan terapi fizikal dengan menggunakan alat tertentu untuk mengembalikan degupan jantung kepada rima yang betul.
- Pembedahan: Dalam sesetengah kes, pembedahan akan dilakukan untuk membuang laluan eletrik berlebihan dalam jantung
- Perentak jantung: Perentak jantung adalah alat kecil yang dimasukkan di bawah kulit untuk membantu membetulkan degupan jantung.
- Implantable cardioverter defibrillator (ICD): alat ini dimasukkan secara pembedahan ke dalam dada untuk mengawasi degup jantung supaya kembali normal.
Cara pencegahan degupan jantung tidak normal
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu pesakit degupan jantung tidak normal untuk menangani masalah kesihatan ini:
- Fahami simptom dan faktor risiko supaya bersedia untuk mendapatkan bantuan perubatan secepat mungkin
- Kurangkan stres dengan terapi seperti yoga dan pernafasan dalam
- Elakkan pengambilan kafein
- Jangan merokok
- Kerap bersenam
- Amalkan diet berkhasiat
- Kawal tekanan darah dan kolesterol
Kesimpulan
[embed-health-tool-heart-rate]