backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Setiap Kali Sebelum Haid Mesti Rasa Pening Kepala? Ini Puncanya, #8 Mengejutkan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 19/07/2022

    Setiap Kali Sebelum Haid Mesti Rasa Pening Kepala? Ini Puncanya, #8 Mengejutkan!

    Sebelum haid, ramai wanita akan mengalami kerengsaan kerana perubahan hormon yang mendadak berlaku dalam badan. Kerap kali, pening kepala sebelum haid merupakan aduan yang utama dalam kalangan wanita.

    Namun begitu, tidak semua pening kepala berkait rapat dengan haid anda!

    Anda perlu tahu bahawa banyak lagi keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkan kepala pening seperti mengandung, tekanan darah rendah, dehidrasi dan anemia.

    Artikel ini akan menyenaraikan 10 punca pening kepala sebelum haid, dan mungkin salah satunya dialami oleh anda sendiri!

    Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Wanita di sini.

    Punca pening kepala sebelum haid

    Punca pening #1: Sindrom prahaid (PMS)

    PMS ialah gabungan tanda-tanda fizikal, emosi dan psikologi yang berhubung kait dengan kitaran haid wanita yang dipengaruhi oleh perubahan hormon.

    Rata-rata sebanyak 3 daripada 4 wanita akan mengalami sindrom prahaid. Ia bermula 14 hari sehingga sehari sebelum haid.

    Kajian mendedahkan simptom pening kepala semasa PMS adalah biasa kerana perubahan tahap estrogen yang mendadak dalam tubuh.

    Punca pening #2: Premenstrual dysphoric disorder (PMDD)

    pening kepala sebelum haid

    Premenstrual dysphoric disorder (PMDD) atau penyakit kemurungan ialah masalah kesihatan mental yang berkait dengan kitaran haid.

    Ia merupakan spektrum yang lebih serius berbanding dengan PMS dan mengganggu kehidupan seharian wanita.

    Tanda-tanda PMDD ialah:

    • Kemurungan
    • Gemuruh
    • Keresahan dan ketegangan
    • Mudah tertekan
    • Mood senang berubah mendadak
    • Hilang minat untuk aktiviti biasa
    • Mudah penat dan lesu
    • Perubahan selera makan dan tidur
    • Sakit otot, sendi atau buah dada

    Perubahan vaskular sebelum haid mengakibatkan pening kepala sebelum haid, dan boleh menjadi lebih teruk jikalau anda ada PMDD.

    Selalunya, wanita yang mengalami PMDD memerlukan rawatan perubatan dan psikologi.

    Punca pening #3: Senggugut

    Senggugut ialah kesakitan di bahagian pelvis atau bawah perut sebelum atau semasa haid.

    Kajian menunjukkan senggugut mempengaruhi lebih 60% daripada wanita, dan 1 dalam 10 wanita perlu mendapatkan rawatan kerana senggugut teruk.

    Selain itu, sebuah kajian dijalankan di Universiti Cairo mendedahkan 48% responden mengakui mereka mengalami pening kepala ketika senggugut.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Punca pening #4: Mengandung

    Perubahan hormon estrogen dan progesterone yang mendadak menyebabkan saluran darah lebih kendur dan terbuka. Justeru, isipadu darah akan berubah dan menjadi rendah.

    Isipadu darah yang rendah mengakibatkan tekanan darah rendah terjadi, lantas membuatkan anda pening kepala.

    Namun, ingatlah bahawa pening kepala bukanlah satu-satunya tanda awal mengandung. Selalunya seorang wanita akan mengalami tanda-tanda lain seperti loya dan muntah di awal pagi.

    Punca pening #5: Anemia

    Anemia merupakan satu keadaan di mana bilangan sel darah merah tidak mencukupi untuk membekalkan oksigen bagi keperluan sel-sel dalam tubuh.

    Selalunya, anemia kekurangan zat besi acapkali terjadi semasa kedatangan haid lebat. Anda akan merasa pening kerana kekurangan bekalan oksigen untuk keperluan fisiologi tubuh anda.

    Punca #6: Tekanan darah rendah

    pening kepala sebelum haid

    Tahap estrogen yang tinggi mampu menyebabkan tekanan darah rendah dan menyebabkan rasa pening.

    Tahap estrogen selalunya memuncak seminggu sebelum kedatangan haid, jadi rasa pening ialah normal.

    Punca #7: Hipoglisemia

    Hipoglisemia ialah keadaan di mana kadar glukosa dalam darah adalah lebih rendah daripada paras normal. Salah satu simptom hipoglisemia ialah pening.

    Ini adalah kerana estrogen juga mampu mengawal kadar glukosa dalam darah anda.

    Punca #8: Menstrual migraine

    Perubahan hormon sebelum kedatangan haid menyebabkan sesetengah wanita mengalami migrain. Keadaan ini dikenali sebagai menstrual migraine.

    Terdapat banyak punca haid migrain namun kajian mendedahkan ia boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon seperti serotonin.

    Punca #9: Ubat-ubatan

    pening kepala sebelum haid

    Banyak ubat yang ada pening kepala sebagai kesan sampingan seperti antibiotik, ubat lawas kencing, ubat bius dan sebagainya.

    Namun tidak semua orang akan mengalami kesan sampingan, rata-rata hanya 20-30% individu yang mengalami pening kepala.

    Oleh itu, pekalah tentang kesan sampingan ubat terhadap diri anda untuk mengurangkan pening kepala sebelum haid.

    Punca #10: Masalah kesihatan lain

    Terdapat banyak masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan pening kepala, tetapi tidak berkait rapat dengan haid anda. Sebagai contoh:

    • Migrain kronik
    • Infeksi dalam telinga (labyrinthitis)
    • Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV)
    • Meniere’s disease

    Konklusinya, banyak punca pening kepala sebelum haid merupakan perubahan fisiologi badan. Ia berlaku seketika sahaja dan selalunya tidak memudaratkan kesihatan.

    Jika anda khuatir atau simptom menjadi lebih teruk, sila dapatkan khidmat rawatan perubatan daripada doktor anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 19/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan