Anemia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 18/12/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu anemia?

Anemia merujuk kepada keadaan yang menyebabkan tubuh anda mengalami kekurangan hemoglobin (sel darah merah yang sihat yang membawa oksigen ke seluruh tisu anda). Sekiranya anda mempunyai keadaan ini, badan anda tidak akan mendapat oksigen yang cukup untuk berfungsi dengan baik.

Terdapat pelbagai jenis anemia, yang paling umum adalah:

  • Anemia kekurangan zat besi (IDA). Seperti namanya, IDA berlaku apabila badan anda kekurangan zat besi. Tanpa zat besi, sumsum tulang anda tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi
  • Anemia kekurangan vitamin. Sel darah merah yang sihat juga memerlukan folat dan vitamin B12 untuk dihasilkan. Dalam sesetengah kes, individu yang terjejas mungkin belum lagi mampu memproses vitamin tersebut
  • Anemia aplastik. Ini adalah bentuk yang jarang berlaku dan mengancam nyawa. Ia disebabkan oleh jangkitan, pendedahan terhadap toksik, dan juga ubat-ubatan
  • Anemia hemolitik. Anda boleh mendapatkan keadaan ini jika badan anda memusnahkan sel darah merah lebih cepat daripada yang dihasilkannya. Ia boleh diwarisi atau berkembang dalam usia yang semakin dewasa
  • Anemia sel sabit. Keadaan ini adalah keadaan yang diwarisi. Ia menyebabkan sel darah merah bertukar kepada bentuk sabit, yang menjadikannya sukar bagi darah tersebut untuk bergerak di dalam saluran darah. Hasilnya menyebabkan kesakitan dan kerosakan tisu

Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom anemia?

Simptom anemia yang mungkin berlaku termasuklah keletihan, kelemahan, kulit yang pucat, kadar jantung yang tidak normal, kesukaran bernafas, pening kepala, sakit dada, tangan dan kaki yang sejuk dan sakit kepala. Anemia cenderung tidak dapat dikesan pada permulaannya. Simptom-simptom akan menjadi semakin teruk apabila anemia berlaku.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, cara yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor anda bagi menentukan penyelesaian terbaik untuk situasi anda.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan anemia?

Penyebab utama anemia ialah kekurangan sel darah merah. Ini sering berlaku apabila badan anda tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi atau anda kehilangannya melalui pendarahan. Kadangkala, tubuh anda sendiri boleh memusnahkan sel darah merah, lalu mengakibatkan anemia.

Selain itu, anemia juga boleh disebabkan oleh banyak penyakit kronik lain seperti kanser, HIV / AIDS, dan penyakit sumsum tulang.

Ketahui faktor risiko

Apa yang meningkatkan saya kepada risiko anemia?

Anda mungkin mempunyai risiko anemia yang lebih tinggi jika:

  • Diet anda tidak mempunyai zat besi, folat, dan vitamin B12
  • Anda mempunyai gangguan usus yang mempengaruhi keupayaan anda untuk memproses nutrien
  • Anda seorang wanita yang mempunyai haid
  • Anda hamil
  • Anda mempunyai salah satu keadaan kronik seperti yang disebutkan di atas

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana anemia didiagnosis?

Jika anda menunjukkan tanda-tanda anemia, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan diagnosis lengkap memandangkan anemia boleh menjadi petunjuk penyakit yang lebih parah.

Anemia boleh didiagnosis melalui sejarah berasaskan keluarga, ujian darah untuk memeriksa sebarang ketidaknormalan dalam sel darah merah anda. Sebaik sahaja anda didiagnosis dengan anemia, anda mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut untuk memeriksa keadaan perubatan yang dialami.

Bagaimana anemia dirawat?

Jika anemia anda adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi atau vitamin, rawatan mungkin boleh dilakukan melalui cara pengambilan makanan tambahan untuk mengatasi masalah kekurangan zat besi dan vitamin tersebut. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah lain, doktor mungkin akan memberi tumpuan kepada rawatan masalah yang mendasari. Anda mungkin diberi ubat yang boleh membantu mengurangkan simptom yang berlaku.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh diambil untuk menangani anemia?

Sama ada keadaan anda bersifat sementara atau kekal, anda masih boleh menguruskannya dengan ubat-ubatan yang betul dan diet yang sihat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sembelit Akibat Pengambilan Suplemen Zat Besi? Ketahui Cara Mengatasinya

    Jika anda mengambil suplemen zat besi untuk masalah anemia, anda mungkin telah pun dimaklumkan tentang kesan sampingannya. Malangnya, sembelit adalah antara kesan sampingan yang biasa dialami akibat pengambilan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 15/02/2019 . 2 minit bacaan

    JANGAN Lupa Ambil 6 Nutrisi Ini Ketika Sahur & Berbuka, Cegah Virus COVID-19 Ketika Puasa!

    Dalam pengambilan diet pemakanan seharian, adakah anda merasakan apa yang anda makan itu sihat? Adakah pengambilan nutrien harian anda mencukupi? Anda mungkin perlu memikirkannya sekali lagi. Ini kerana kebanyakan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z, Pemakanan 15/02/2019 . 2 minit bacaan

    Diet Pemakanan Untuk Penghidap Anemia

    Terdapat pelbagai faktor boleh menyebabkan anemia. Kekurangan zat besi atau vitamin tertentu seperti asid folik dan vitamin B12 boleh mengakibatkan anemia. Anemia bermakna: Anda mempunyai sel darah merah yang ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 17/12/2018 . 6 minit bacaan

    Anemia: Risiko Tinggi Pada Vegetarian

    Selain vegetarian, terdapat sesetengah orang yang tidak memakan daging atau produk haiwan seperti susu, keju, dan telur dengan pelbagai alasan. Namun sebenarnya ia boleh meningktkan risiko anemia, keadaan yang berisiko ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Artikel lain untuk anda

    Cara diet

    Tak Makan Sayur, Tubuh Masih Boleh Dapat Khasiat Ke? Ini Cara Diet Sihat Tanpa Sayur-Sayuran

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 24/08/2020 . 3 minit bacaan
    ibu bersalin

    Normal Ke Ibu Rasa Tak Bermaya Lepas Bersalin? Atau Ini Petanda Anemia, Sila Check, Mama!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
    menu berpantang czer

    7 Makanan Ini Kunci Utama Untuk Sembuh Cepat Lepas Bersalin Czer, Ibu Kena CUBA!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 3 minit bacaan

    3 Menu Makanan Berpantang Yang BAGUS Bagi Wanita Selepas Bersalin, Jom Try!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 06/01/2020 . 4 minit bacaan