Ujian papanicolaou atau lebih dikenali sebagai ujian pap smear merupakan satu bentuk saringan bagi mengesan kanser serviks. Tetapi bagaimana cara buat pap smear?
Untuk mengetahui caranya, teruskan pembacaan anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.
Ujian pap smear
Memandangkan kanser serviks merupakan kanser ke-4 lazim didiagnosis pada wanita (global), ujian ini boleh membantu meningkatkan kualiti hidup mereka melalui pengesanan dan rawatan awal.
Pada tahun 2018 sahaja, kira-kira 570,000 kes baharu kanser serviks telah didiagnosis di seluruh dunia.
Apa yang lebih menyedihkan kadar kematian berada pada angka 274,000 setahun menjadikan ia kanser kedua dengan kadar kematian tertinggi dalam populasi wanita.
Apabila seorang doktor perubatan Yunani, Georgios Papanikolaou, telah memperkenalkan ujian pap smear pada tahun 1940-an, ia telah merevolusikan rawatan dan pencegahan bagi kanser serviks.
Penggunaan kaedah saringan ini telah berjaya menurunkan insiden bagi kanser serviks sebanyak 50%.
Ini merupakan satu perkembangan yang menakjubkan!
Situasi kanser serviks di Malaysia dan kekerapan ujian pap smear
Di Malaysia, khidmat ujian saringan bagi mengesan dan merawat kanser serviks pada peringkat awal telah pun wujud sejak tahun 1960-an.
Walaupun kerajaan telah mempromosikan khidmat pap smear secara agresif, kadar kematian di hospital kerajaan akibat kanser serviks adalah setinggi 10.5% (pada tahun 1998, 119 kematian).
Ia merupakan kanser kedua terlazim dalam kalangan wanita di Malaysia dengan kadar insiden setinggi 12.9% berbanding dengan kanser lain.
Wanita yang berisiko untuk mendapat kanser serviks kebiasaannya adalah mereka yang tidak pernah membuat ujian saringan atau yang melakukan ujian tersebut lebih dari 3 tahun sekali.
Saranan umur bagi melakukan ujian ini berbeza mengikut kajian terkini berkaitan dengan aktiviti jangkitan virus human papilloma virus (HPV).
Di Malaysia, mereka yang kerap terlibat dengan hubungan seks atau berusia di antara 20 hingga 65 tahun disarankan untuk menjalani ujian saringan ini.
2 sampel awal perlu dilakukan pada kekerapan setahun sekali. Jika kedua-duanya negatif (normal), anda disarankan untuk membuat ujian pap smear 3 tahun sekali.
Ujian saringan ini tidak boleh dilakukan ketika wanita mengalami pendarahan haid atau nifas.
Cara buat pap smear #Teknik pengambilan sampel sel pada serviks
Walaupun prosedur ujian pap smear tidak selesa bagi sesetengah wanita, namun pengambilan sampel dilakukan dalam masa yang singkat.
Antara persediaan sebelum ujian pap smear, anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan hubungan seks atau menggunakan sebarang ubat-ubatan di dalam faraj.
Perkara penting bagi doktor yang mengambil sel serviks adalah untuk memastikan jumlah sampel mencukupi untuk dianalisis.
Tumpuan utama adalah zon transformasi yang terletak pada serviks (kawasan di mana terdapat perubahan pada jenis sel pada permukaan serviks).
Oleh itu, penting bagi doktor untuk melihat dengan sebaiknya struktur anatomi serviks anda sebelum mengambil sampel.
Virus HPV gemarkan kawasan tersebut. Maka pengambilan sampel daripada zon transformasi boleh memberikan penilaian yang tepat terhadap perubahan sel untuk mengetahui risiko anda mendapat kanser.
Doktor akan menggunakan peralatan yang dikenali sebagai berus serviks bagi mengambil sampel sel daripada permukaan serviks anda dalam cara buat pap smear.
Peralatan lain seperti spekulum dan spatula juga mungkin menjadi pilihan.
Jangan risau, doktor akan menerangkan langkah prosedur tersebut secara terperinci kepada anda.
Cara buat pap smear: Keputusan & langkah seterusnya
Berbeza dengan keputusan lain yang mungkin boleh diperolehi dalam masa beberapa jam/hari, laporan cara buat pap smear hanya boleh diambil selepas beberapa minggu.
Proses pemeriksaan perlu dilakukan secara teliti. Ia bagi memastikan tiada tanda, tidak kira sekecil mana pun, terlepas daripada pandangan mata pegawai perubatan makmal.
Walau bagaimanapun, keputusan tersebut akan diberikan kepada anda dengan kadar segera.
Ia boleh menunjukkan sama ada status normal atau tidak normal.
Jika anda mendapat keputusan tidak normal, sampel tisu akan diambil bagi memeriksa struktur sel sebelum diagnosis kanser serviks boleh dibuat.
Baca juga: