Bagaimana Mengenalpasti Kanser Serviks

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Kanser serviks adalah penyakit yang menghasilkan sel-sel yang tidak normal pada serviks. Serviks adalah bahagian bawah uterus yang membuka ke dalam faraj. Sekiranya simptom didiagnosis lebih awal, kanser serviks boleh dirawat dengan berkesan melalui ujian Pap.

Penyebab kanser

Kanser serviks disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai human papillomavirus (HPV). Jika anda mempunyai hubungan seksual dengan seseorang yang memilikinya, anda boleh mendapat HPV. Terdapat banyak jenis virus HPV dan tidak semuanya boleh menyebabkan kanser serviks. Apa pun, wanita perlu menjalani ujian Pap kerana ujian ini boleh mencari perubahan dalam sel-sel serviks sebelum ia menjadi kanser.

Simptom kanser serviks

  • Pendarahan yang tidak normal daripada faraj
  • Sakit di bahagian bawah perut atau pelvis
  • Sakit semasa seks
  • Keputihan/lelehan faraj (vagina discharge) yang tidak normal

Ujian Pap dapat mengenal pasti perubahan sel daripada serviks. Sekiranya hasilnya adalah perubahan yang tidak normal, doktor akan melakukan ujian lain untuk mencari sel-sel precancerous atau kanser pada serviks anda.

Ujian Pap bukan ujian diagnostik. Ia tidak boleh memastikan sama ada anda menghidap penyakit atau tidak. Walau bagaimanapun, jika ada apa-apa yang luar biasa dalan ujian itu, anda perlu mendapatkan lebih banyak ujian. Kadang-kadang ianya termasuk ujian untuk melihat jika ada kewujudan kanser atau pra-kanser. Ujian-ujian ini termasuk colposcopy (dengan biopsi), endocervical scraping, dan cone biopsies.

Colposcopy

Sekiranya anda mempunyai simptom yang mungkin simptom kanser dan ujian Pap menunjukkan sel yang tidak normal, anda akan mempunyi ujian yang dikenali sebagai colposcopy. Anda akan berbaring seperti melakukan pemeriksaan pelvis. Spekulum akan diletakkan di dalam faraj untuk membantu doktor melihat serviks. Doktor akan memeriksa serviks dengan alat yang dipanggil colposcope. Walau bagaimanapun, adalah buruk untuk melakukannya semasa anda haid.

Biopsi serviks

Beberapa jenis biopsi boleh digunakan untuk mendiagnosis pra-kanser serviks dan kanser. Selepas prosedur ini, pesakit dapat merasakan kekejangan ringan atau sakit dan mungkin juga mengalami pendarahan ringan.

Biopsi kolposkopik

Untuk jenis biopsi ini, serviks diperiksa dengan colposcope untuk mencari kawasan yang tidak normal. Serviks mungkin akan mengalami anestetik setempat sebelum biopsi. Menggunakan biopsy forceps, bahagian kecil kawasan tidak normal dikeluarkan.

Endocervical curettage

Doktor akan memasukkan curette (alat berhujung tajam dan berbentuk sudu untuk membersihkan permukaan dan dinding) ke kanal endokervis bagi mengikis di dalam kanal untuk mengeluarkan beberapa tisu. Selepas itu, ia itu akan dihantar ke makmal untuk ujian.

Cone biopsy

Ia dikenali sebagai conization. Doktor akan mengeluarkan sekeping tisu berbentuk kon daripada serviks. Ia juga boleh digunakan sebagai rawatan kerana ia kadang-kadang boleh menghilangkan pra-kanser dan beberapak kanser yang sangat awal.

Sesetengah kaedah yang digunakan untuk biopsi kon adalah prosedur loop excision electrosurgical yang dikenali sebagai eksisi gelung besar zon transformasi, dan cold knife cone biopsy. Anda boleh mengalami pendarahan selama beberapa minggu dengan dua prosedur berkenaan.

Pendek kata, anda boleh mendapatkan vaksin HPV apabila anda berusia kurang dari 26 tahun. Vaksin HPV boleh melindungi daripada pelbagai jenis HPV yang menyebabkan kebanyakan kes kanser serviks.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    MENGEJUTKAN! Tanpa Hubungan Intim Pun Anda Boleh Terkena HPV, Anak Dara Turut Berisiko!

    Tahukah anda, jangkitan HPV sebenarnya bukan hanya berlaku disebabkan hubungan intim, ia juga mampu terjadi tanpa libatkan aktiviti seksual!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 09/11/2020 . 3 minit bacaan

    Sejenis Cendawan Dikatakan Boleh Merawat HPV? Jangan Terlambat Untuk Ambil Vaksin!

    HPV adalah penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku dan berbahaya. Persoalannya, apa rawatan penyakit HPV? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 02/11/2020 . 3 minit bacaan

    Jangan Sangka Kanser Prostat Hanya Boleh Berlaku Pada Lelaki, Wanita Pun Berisiko?

    Apa itu kanser prostat adalah sejenis kanser yang banyak terjadi kepada kaum lelaki. Persoalannya, wanita pun boleh terkena? Jom klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Kanser, Kanser Prostat 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Terdapat mitos berkaitan kanser serviks yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat. Tetapi sejauh manakah kebenaran mitos tersebut?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Kanser, Kanser Serviks 26/10/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    masalah menstruasi wanita

    Ladies… Jangan Abaikan Simptom Haid Ini, Khuatir Ia Boleh Disebabkan Oleh Kanser!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit wanita

    Penyakit Tak Mengenal Jantina, Ada 7 Sakit Orang Perempuan Boleh ‘Hinggap’ Pada Lelaki

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/12/2020 . 3 minit bacaan

    Selalu Mengalami Keputihan Berwarna Coklat Sebelum Haid, Ini Petanda Kanser Serviks?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan
    penyebab kanser kolon

    Kanser Kolon, Pembunuh Senyap Yang Berbahaya? Awasi Penyebab Sebenar Ia Berlaku!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 13/11/2020 . 3 minit bacaan