Senaman Pernafasan Yang Akan Membantu Anda Hidup Lebih Mudah Dengan Kanser Paru-paru

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Perasaan yang paling tidak menyenangkan ialah apabila anda tidak boleh bernafas atau mengalami sesak nafas. Ia juga dikenali sebagai dyspnea. Jika anda menghidapi kanser paru-paru, anda mungkin menghadapi perasaan ini setiap hari. Masalah pernafasan boleh menjadi sangat mengganggu dan menghalang anda dari melakukan rutin harian. Di sini terdapat beberapa senaman pernafasan yang boleh membantu anda hidup dengan kanser paru-paru lebih mudah.

Sebelum anda boleh bernafas, anda perlu mewujudkan mod. Bina satu suasana dimana anda boleh berasa tenang. Anda harus memakai pakaian longgar yang selesa dan tidak menghalang pergerakan.

Pernafasan sejajar

Amalan yang sangat mudah ini boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa. Yogi yang mencipta teknik ini mengatakan bahawa senaman ini akan menenangkan sistem saraf, meningkatkan fokus dan mengurangkan tekanan. Ia juga berfungsi membuatkan anda tidur sepertimana mengira kambing.

Bagaimana ia dilakukan: Sebaik sahaja anda sudah berada pada posisi yang selesa, tarik nafas melalui hidung sambil mengira sehingga empat. Kemudian, hembuskan nafas melalui hidung juga sambil mengira sehingga empat. Sangat mudah, bukan?

Teknik pernafasan abdomen

Jika anda menghidapi kanser paru-paru, di samping sesak nafas, anda mungkin mengalami tekanan atau kebimbangan. Senaman ini bertujuan mengurangkan kadar degupan jantung dan tekanan darah untuk membuatkan anda tenang.

Bagaimana ia dilakukan: Letakkan satu tangan di atas dada anda dan satu lagi di atas perut. Tarik nafas dalam; pastikan anda menggunakan diafragma untuk nafas yang lebih dalam. Tahan nafas selama yang anda selesa. Kemudian, hembuskan nafas dengan perlahan.

Relaksasi progresif

Tujuannya ialah untuk membuatkan seluruh badan anda relaks melalui pernafasan. Anda perlu menahan nafas bagi melakukan senaman ini. Jadi, sila hanya tahan nafas selama anda rasa selesa untuk mengelakkan pening lalat.

Bagaimana ia dilakukan: Sila berada pada posisi yang selesa, lebih baik dalam posisi duduk supaya anda boleh mendapatkan kapasiti paru-paru paling besar. Tutup mata dan fokus pada meregangkan dan mengendurkan setiap kumpulan otot selama dua ke tiga saat bagi setiap satu kumpulan. Mulakan dengan kaki dan jari kaki. Kemudian, bergerak ke lutut, paha, belakang, dada, lengan, tangan, leher, rahang dan mata. Semasa melakukannya, bernafas dengan dalam dan perlahan.

Visualisasi terpandu

Senaman ini menggabungkan minda dan pernafasan anda. Visualisasi terpandu membantu meletakkan anda di tempat yang anda mahu, bukannya membiarkan minda anda pergi ke dialog dalaman yang penuh dengan tekanan.

Bagaimana ia dilakukan: Sebelum mula, anda harus fikirkan tentang tempat yang mengembirakan. Bernafas dalam-dalam sambil fokus pada imej yang positif dan menyenangkan untuk menggantikan fikiran-fikiran negatif.

Pernafasan lubang hidung bersilih ganti

Saya mengaku bahawa senaman ini nampak agak lucu tapi saya janji ia sangat berkesan! Pernafasan ini dikatakan bertujuan mendatangkan ketenangan dan keseimbangan dan menghubungkan bahagian kiri dan kanan otak. Sila ingat bahawa ia hanya berfungsi jika hidung anda tidak tersumbat. Contohnya saluran sempit yang menghalang udara melaluinya dengan mudah.

Bagaimana ia dilakukan: Untuk memulakannya, anda harus meletakkan ibu jari dan jari manis pada lubang hidung anda. Ibu jari kanan pada lubang hidung kanan dan jari manis pada lubang hidung kiri. Angkat ibu jari anda untuk tarik nafas selagi mana yang boleh dan tutup lubang hidung kanan dengan ibu jari anda semasa mengangkat jari manis dari lubang hidung kiri dan hembuskan nafas.

Bernafas ialah sesuatu yang kita lakukan setiap hari dalam keadaan bawah sedar. Ramai yang tidak menyedari bahwa mereka bernafas dalam keadaan yang salah. Mengamalkan senaman penafasan yang mudah ini bukan hanya akan membantu menenagkan minda tapi juga meningkatkan fungsi paru-paru anda terutamanya bagi mereka yang menghidapi kanser paru-paru.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut