Kalkulator Kadar Degup Jantung Sasaran

Ketahui berapakah kadar degup jantung maksimum yang normal untuk usia anda serta bagaimana senaman berintensiti dan faktor lain akan mempengaruhinya.

health-tool-icon

Berapa kadar degup jantung anda? (bpm)

60
Bagaimana memeriksa kadar degup jantung rehat?

Apa itu Degup Jantung Rehat (RHR)?

Degup jantung rehat (RHR) merujuk kepada berapa kali jantung anda berdegup per saat ketika sedang berehat. Ini bermakna jantung anda akan mengepam darah paling sedikit untuk menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh badan. RHR yang normal adalah sekitar 60 ke 100 bpm (degupan per minit).

Bagaimana cara mengukur RHR anda?

Masa paling bagus untuk periksa degup jantung rehat adalah pada waktu pagi sebelum bangkit dari katil. Ada 2 cara untuk anda melakukannya:

• Letakkan jari telunjuk dan jari tengah pada pergelangan tangan, tepat di bawah ibu jari.

• Letakkan jari telunjuk dan jari tengah pada bawah leher, tepat di bawah rahang.

Kira degupan selama 15 saat. Darabkan jumlah itu dengan 4 untuk dapatkan degup jantung rehat anda.

advertisement iconIklan
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti