Rawatan Alternatif Untuk Kanser Paru-paru

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Terapi alternatif dan pelengkap boleh digunakan untuk merawat simptom-simptom kanser paru-paru dan kesan sampingan dari rawatannya. Ia tidak bermaksud untuk dijadikan rawatan yang berdiri sendiri tetapi untuk membantu pesakit berasa lebih baik semasa dan selepas rawatan konvensional kanser.

Seperti terapi-terapi yang lain, kajian sokongan mengenainya tidak banyak dan pandangan yang ada kebiasannya bercampur berkenaan keberkesanan metod ini. Walaubagaimanapun, ramai yang telah berjaya menggunakan rawatan alternatif dalam menguruskan banyak penyakit dan keadaan termasuk kanser paru-paru.

Sebelum menggunakan rawatan alternatif, sila rujuk doktor untuk memastikan keselamatan dan kesesuaian metod tersebut dengan anda.

Akupuntur

Akupuntur ialah metod lama China dalam merangsang titik-titik spesifik pada badan menggunakan jarum yang sangat halus. Rawatan ini bertujuan mengembalikan aluran semula jadi pada fungsi badan. Akupuntur telah didapati efektif dalam merawat mual dan muntah yang disebabkan oleh kemoterapi. Ia juga telah berjaya membantu mengawal rasa sakit selepas pembedahan.

Aromaterapi

Aromaterapi menggunakan minyak pati untuk merangsang bahagian otak yang mengawal emosi. Kajian menunjukkan bahawa minyak pati boleh menggalakkan kesihatan mental dan emosi dengan mengurangkan tekanan, depresi, sakit dan mual. Lavender menggalakkan ketenangan. Kemenyan membantu dalam meditasi. Jasmin meningkatkan mod. Pudina boleh melawan rasa mual. Rosemary menghilangkan sakit dan kongesti. Campurkan beberapa titik minyak pati di dalam minyak jojoba dan sapukannya di titik-titik tekanan seperti pergelangan tangan, leher dan belakang telinga. Letakkan setitik di dalam pencuci muka anda atau 4 ke 5 titik untuk digunakan semasa mandi.

Urut

Anda boleh mengurangkan sakit dan menggalakkan ketenangan dengan urut. Ahli terapi mengurut menggunakan tangan atau kaki mereka untuk memberikan tekanan bagi mengendurkan “ikatan” di dalam otot yang disebabkan oleh sakit atau ketegangan. Sebahagian ahli terapi urut pakar dalam merawat pesakit kanser.

Hipnosis

Ahli terapi menggunakan hipnosis untuk meletakkan pesakit dalam keadaan seperti berkhayal menggunakan teknik relaksasi. Hipnosis telah didapati membantu mengurangkan kebimbangan, mual dan sakit yang disebabkan oleh kanser.

Meditasi

Meditasi ialah satu keadaan refleksi dalaman senyap dimana seorang individu cuba untuk membuatkan mindanya senyap dari “perbualan” di luar. Ia boleh membantu mengurangkan tekanan dan ketegangan yang disebabkan oleh rawatan kanser paru-paru.

Yoga

Yoga ialah satu rangkaian kedudukan badan yang menggabungkan antara pernafasan dan pergerakan meregang sebagai satu bentuk meditasi. Ia boleh menggalakkan ketenangan bagi pesakit kanser dan memberikan tidur yang lebih merehatkan.

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut