Kanser Paru-paru: Bagaimana Meringankan Kesakitan Anak Anda?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Kesakitan akibat kanser paru-paru adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, namun ada banyak strategi untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan ini.

Kedua-dua kesakitan akibat kanser paru-paru dan kesan sampingan kanser paru-paru boleh menyebabkan pesakit menderita. Oleh itu, pengurusan kesakitan sangat penting dalam pelan rawatan keseluruhan. Walaubagaimanapun, anda bernasib baik kerana terdapat banyak pilihan yang tersedia, dari ubat-ubatan  hingga ke terapi alternatif.

Punca Kesakitan Akibat Kanser Paru-paru

Orang yang mengalami kanser paru-paru mungkin mengalami pelbagai jenis kesakitan termasuk:

  • Kesakitan disebabkan oleh kanser itu sendiri. Tumor di dalam paru-paru boleh menjadi punca yang menekan saraf pada tulang belakang dan menyebabkan kesakitan di dada dan belakang.
  • Sakit yang berasal dari kanser dan merebak ke tempat lain di dalam badan. Jika kanser merebak ke tulang akan menyebabkan sakit tulang. Kanser yang merebak ke hati boleh menyebabkan sakit di bahagian perut. Kanser yang merebak ke otak boleh mengakibatkan sakit kepala.
  • Sakit disebabkan oleh rawatan kanser. Beberapa hari atau minggu selepas pembedahan, pesakit mungkin akan mengalami  kesakitan. Kemoterapi (terapi ubat) untuk kanser paru-paru juga boleh menyebabkan kesakitan. Kerosakan saraf yang menyebabkan kesakitan, sensasi kesemutan juga boleh berlaku. Kerosakan ini boleh disebabkan oleh beberapa ubat kemoterapi terutamanya di kaki atau tangan.
  • Sakit akibat sindrom paraneoplastik. Sindrom ini jarang berlaku di mana ia dihasilkan oleh tindak balas imunisasi terhadap kanser. Sistem imunisasi menyerang bukan sahaja sel-sel kanser tetapi juga sel normal. Oleh itu, ia menyebabkan pelbagai simptoms, termasuk kesakitan.

Pengurusan Kesakitan Akibat Kanser Paru-paru

Merawat kesakitan berdasarkan kadar kesakitan dan sebab. Strategi dalam pengurusan kesakitan adalah termasuk:

Ubat-ubatan

Kesakitan yang berkaitan dengan kanser boleh dikurangkan dengan ubat-ubatan seperti acetaminophen (Tylenol) atau ibuprofen (Advil, Motrin). Sekiranya rasa sakit berlanjutan terlalu lama, opioid seperti codeine atau morfin boleh dicadangkan. Untuk kesakitan yang  tertentu, ubat antidepresan atau antikonvulsi mungkin membantu.

Radiasi

Pihak kesihatan boleh mencadangkan radiasi untuk kesakitan yang berlaku akibat kanser atau penyebaran kanser ke bahagian badan yang lain. Selain itu, ia boleh mengecutkan tumor dan membantu mengurangkan ketidakselesaan.

Pembedahan

Kaedah ini boleh membuang sebahagian atau semua tumor untuk melegakan kesakitan dalam sesetengah kes. Ia juga boleh membuang saraf dan melegakan kesakitan.

Blok saraf

Ubat yang mensasarkan saraf boleh diberikan melalui suntikan untuk mengawal kesakitan.

Strategi alternatif

Terapi relaksasi, biomaklumbalas, imej berpandu, hipnosis, rangsangan saraf, akupunktur, senaman, terapi fizikal, dan kaunseling semuanya menunjukkan bahawa ia membantu menguruskan kesakitan yang berkaitan dengan kanser. Walaupun kebanyakan pendekatan ini melibatkan seorang pengamal kesihatan, ada beberapa daripadanya seperti terapi relaksasi dan gambar berpandu boleh dilakukan di rumah dan secara sendirian.

Kehidupan anak anda akan terjejas secara negatif kerana ia mengganggu aktiviti hariannya. Oleh itu, jika dia menderita, jangan ragu-ragu untuk memberitahu doktor dan pihak kesihatan. Mereka boleh mencadangkan strategi untuk membantu meringankan rasa sakit agar tidak menjadi faktor penghalang dalam kehidupan anda dan anak anda.

 Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut