Apa itu Skistosomiasis?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Skistosomiasis?

Skistosomiasis turut dikenal sebagai bilharzia atau “demam siput”. Ia merupakan penyakit yang disebabkan oleh cacing parasit yang hidup dalam air tawar di kawasan subtropika dan tropika. Parasit tersebut ialah fluk atau cacing dan terdapat dalam spesis yang berbeza. Parasit ini biasanya banyak ditemui di seluruh Afrika, tetapi turut hidup pada sebahagian Amerika Selatan, Caribbean, Timur Tengah dan Asia.

Ia menjejaskan usus dan sistem kencing pada awalnya, namun kerana ia hidup dalam darah, ia boleh menjejaskan sistem lain. Bahagian badan yang terjejas bergantung kepada spesis parasit. Sesetengah sepsis boleh menjejaskan paru-paru dan saraf tunjang mahupun otak serta sistem saraf utama (CNS).

Anda selalunya tidak mengalami sebarang simptom apabila anda pertama kali dijangkitit dengan skistosomiasis. Namun begitu, parasit tersebut boleh kekal di dalam badan selama banyak tahun dan menyebabkan kerosakan pada organ seperti pundi kencing, buah pinggang dan hati. Bilharzia biasanya tidak menyebabkan kematian serta merta, tetapi ia merupakan penyakit kronik yang boleh merosakkan organ dalaman secara serius. Ia mungkin menyebabkan sehingga membantutkan tumbesaran dan perkembangan kognitif pada kanak-kanak.

Apakah kebarangkalian Skistosomiasis?

Skistosomiasis sangat biasa berlaku. Ia biasanya menyerang wanita lebih banyak daripada lelaki. Ia boleh terjadi kepada pesakit pelbagai umur. Ia juga boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Skistosomiasis?

Simptom bervariasi dengan spesies cacing dan fasa jangkitan. Simptom biasa Skistosomiasis adalah:

  • Banyak parasit boleh menyebabkan demam, kedinginan, nodus limfa bengkak dan bengkak hati dan limpa.
  • Apabila cacing pertama kali masuk ke dalam kulit, ia boleh menyebabkan gatal dan ruam (kegatalan perenang). Dalam keadaan ini, Skistosom telah dihancurkan dalam kulit.
  • Simptom usus termasuk sakit perut dan cirit-birit (yang mungkin berdarah).
  • Simptom kencing mungkin termasuk kencing yang kerap, kencing yang menyakitkan dan terdapat darah dalam air kencing.

Simptom-simptom ini yang dikenali sebagai skistosomiasis akut sering menjadi lebih baik dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu. Walau bagaimanapun, ia masih penting untuk mendapatkan rawatan kerana parasit boleh kekal di dalam badan dan membawa kepada masalah jangka panjang.

Sesetengah orang yang menghidap skistosomiasis, tidak kira sama ada mereka mempunyai sebarang simptom awal atau tidak, akhirnya ia mengakibatkan masalah yang lebih serius pada bahagian-bahagian badan yang telurnya telah lalui. Hal ini dikenali sebagai skistosomiasis kronik. Skistosomiasis kronik termasuk pelbagai simptom dan masalah, bergantung kepada kawasan sebenar yang dijangkiti. Sebagai contoh, jangkitan di:

  • Sistem pencernaan boleh menyebabkan anemia, sakit perut dan bengkak, cirit-birit dan darah pada najis anda.
  • Sistem kencing boleh menyebabkan kerengsaan pundi kencing (sistitis), sakit ketika kencing, kerap perlu kencing dan darah dalam air kencing anda.
  • Jantung dan paru-paru boleh menyebabkan batuk yang berterusan, berdehit, sesak nafas dan batuk berdarah.
  • Sistem saraf atau otak boleh menyebabkan sawan (konvulsi), sakit kepala, lemah dan kebas pada kaki anda serta pening.

Tanpa rawatan, organ yang terjejas boleh menjadi rosak secara kekal.

Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor anda sekiranya anda mempunyai mana-mana penyakit berikut:

Mengalami mana-mana tanda atau simptom dinyatakan di atas:

  • Melancong ke kawasan tropika atau subtropika di mana penyakit ini diketahui ada.
  • Terdedah kepada air yang tercemar atau mungkin tercemar.

Punca

Apakah punca Skistosomiasis?

Cacing-cacing ini yang menyebabkan skistosomiasis hidup dalam air tawar, seperti:

  • Kolam.
  • Tasik.
  • Sungai.
  • Takungan air.
  • Terusan.

Hujan yang membawa air tidak ditapis secara langsung dari tasik atau sungai mungkin juga menyebarkan jangkitan. Namun begitu, cacing ini tidak ditemui di laut, kolam renang berklorin atau bekalan air yang dirawat dengan betul.

Anda boleh dijangkiti jika anda bersentuhan dengan air yang tercemar. Sebagai contoh, apabila mendayung, berenang atau mencuci – dan cacing-cacing kecil ini mengorek ke dalam kulit anda. Sekali ia berada dalam tubuh anda, cacing tersebut bergerak melalui darah anda ke bahagian seperti hati dan usus. Selepas beberapa minggu, cacing mula bertelur. Sesetengah telur kekal di dalam badan dan diserang oleh sistem imun, manakala sesetengahnya disingkirkan ke dalam air kencing atau najis seseorang. Tanpa rawatan, cacing boleh bertelur selama beberapa tahun.

Jika telur disingkirkan daripada badan ke dalam air, ia melepaskan larva kecil yang perlu tumbuh di dalam siput air tawar selama beberapa minggu sebelum mereka dapat menjangkiti orang lain. Hal ini bermakna, tidak mustahil untuk mendapat jangkitan daripada seseorang yang memilikinya.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Skistosomiasis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk Skistosomiasis, seperti:

  • Anda tinggal pada atau pergi ke kawasan-kawasan yang berlaku skistosomiasis.
  • Kulit anda bersentuhan dengan air tawar dari terusan, sungai atau tasik.
  • Anda adalah kanak-kanak.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Skistosomiasis didiagnosis?

Sekiranya anda baru pulang ke rumah selepas melancong di kawasan bilharzia yang lazim, dan mempunyai simptom-simptom, anda harus berjumpa dengan doktor. Doktor akan bertanya tentang di mana anda telah melancong, berapa lama anda berada di sana dan sama ada terdapat sebarang sentuhan dengan air yang tercemar. Doktor akan memeriksa anda. Ujian yang boleh dilakukan termasuk:

  • Ujian antibodi untuk memeriksa tanda-tanda jangkitan.
  • Biopsi tisu.
  • Kiraan darah lengkap (CBC) bagi memeriksa tanda-tanda anemia.
  • Kiraan Eosinofil untuk mengukur bilangan sel darah putih tertentu.
  • Ujian fungsi buah pinggang
  • Ujian fungsi hati
  • Pemeriksaan najis untuk mencari telur parasit;
  • Urinalisis untuk mencari telur parasit.

Mungkin idea yang baik untuk melakukan pemeriksaan 3 bulan selepas pulang ke rumah walaupun tiada simptom. Hal ini kerana simptom mungkin tidak timbul sehingga kemudian.

Bagaimana pesakit Skistosomiasis dirawat?

Praziquantel adalah ubat yang boleh diberikan sebagai jalan pendek untuk menghilangkan jangkitan. Ia boleh membantu, walaupun penyakit pesakit telah mencapai tahap lanjut. Ia biasanya berkesan selagi kerosakan atau komplikasi yang ketara belum lagi berlaku. Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang jangkitan untuk berlaku semula.

Ubatan steroid juga boleh digunakan bagi membantu melegakan simptom skistosomiasis akut, atau simptom yang disebabkan oleh kerosakan pada otak atau sistem saraf.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Skistosomiasis?

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi Skistosomiasis:

Sekiranya anda tinggal atau melancong ke kawasan yang terjejas:

  • Elakkan mendayung, berenang dan mencuci dalam air tawar – hanya berenang di laut atau kolam renang berklorin.
  • Memakai seluar dan kasut kalis air sekiranya terdapat kemungkinan anda perlu menyeberangi sungai.
  • Rebus atau tapis air sebelum minum – kerana parasit dapat masuk ke dalam bibir atau mulut jika anda minum air yang tercemar.
  • Menyapu penghalau serangga pada kulit anda atau dengan cepat keringkan diri dengan tuala selepas keluar dari air bukan cara yang boleh dipercayai bagi mencegah jangkitan.
  • Ambil dos oral tunggal Praziquantel setiap tahun, untuk mengurangkan peluang jangkitan dan komplikasi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 18, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 18, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.